Klik untuk kembali ke Halaman Utama

23 June 2011

2,508 kali dicerobohi, kita beri bantahan je...?

 

Sebanyak 2,508 pergerakan pesawat tentera udara Singapura dikesan menceroboh ruang udara negara sejak tahun 2008, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Katanya Malaysia telah mengemukakan bantahan diplomatik terhadap pencerobohan tersebut oleh pesawat udara republik itu.

Menurutnya setiap pergerakan pesawat tentera udara Singapura yang mencurigakan dipantau dengan menggunakan kelengkapan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan juga kelengkapan Jabatan Penerbangan Awam Malaysia.

"Pada tahun ini sahaja iaitu sehingga bulan Mei, sebanyak 19 pergerakan pesawat (menceroboh) dikesan dengan purata sebanyak empat pergerakan pesawat sebulan," katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Khairy Jamaluddin (BN-Rembau) di Dewan Rakyat hari ini.

Katanya sebanyak 985 pergerakan pesawat Singapura dikesan pada tahun 2008, 1,286 pergerakan (2009) dan 218 pergerakan pesawat (2010).

Beliau juga berkata bantahan tersebut bermula setelah Mahkamah Keadilan Antarabangsa memutuskan hak kedaulatan ke atas Pulau Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan pada 23 Mei 2008.

alahai... 2,508 kali dicerobohi semenjak 2008! apa yang tak kena ni? Adakah terlalu toleransi atau terlalu menebal sikap 'tidak mengapa'... 

kalau setakat 250 kali mungkin kita boleh pejam mata, tapi kalau dah 2,508 kali memang kita tunjukkan kepada mereka bahawa kita sememangnya terlalu lemah dan tidak berdaya! kalau dah macam ni elok lah kita sewakan sahaja ruang udara kita untuk kegunaan mereka, sekurang-kurangnya wang sewaan tu nanti bolehlah kita gunakan untuk pembangunan negara...!

3 comments:

  1. alasan lapuk sumer tue.. pesawat canggih tak kan tak tau takat mana sempadan.. klu sampai banyak tue, tue bukan 'TER'ceroboh.. tue pencabulan namanya. die usik 'anu' kita pun, kita wat tak tau je.. "Biarlah.. Mungkin kesilapan teknikal diorang".. Jawapan paling KUNO penah aku dengar..

    ReplyDelete
  2. Malaysia ku yang lemah dan longlai... Pijaklah kami, walau kerajaan kami lemah jgn sekali kamu berfikir rakyat Malaysia lesu juga. KAMI BERSEDIA MEMPERTAHANKAN TANAH MELAYU INI!!!

    ReplyDelete