Klik untuk kembali ke Halaman Utama

08 February 2011

Gambar-gambar Revolusi di Mesir


Photobucket
 Berbahayakah para penunjuk perasaan yang sedang bersembahyang? Hosni Mubarak sememangnya wajar digulingkan...

Isu hangat kini ialah Revolusi di Mesir yang menarik perhatian dunia terutama dunia Islam kerana Mesir merupakan negara gedung ilmu Islam sekarang ini kerana terletaknya Universiti Al-Azhar iaitu pusat pengajian tinggi Islam yang paling ulung dan menjadi impian dikalangan pelajar yang berjaya lulus peperiksaan STAM (Sijil Tinggi Agama Malaysia) .Universiti Al-Azhar diasaskan oleh puteri Rasulullah SAW iaitu Fatimah R.A. Nama Al-Azhar adalah dari gelaran Fatimah dikenali sebagai Az-Zahra (yang pintar).

Walaupun begitu, Mesir pernah mencatat sejarah hitam dunia Islam. Kita masih masih ingat pada tahun lepas, kerajaan Mesir yang dipimpin oleh Hosni Mubarak membina tembok di sempadan Palestin untuk mengelakkan rakyat Gaza untuk masuk ke Mesir kerana melarikan diri dari kekejaman tentera Zionis.

Lebih menyedihkan rusuhan anti-Mubarak ini sudah menjadi perang saudara seagama dengan penyokong Pro-Mubarak. Kumpulan pro-Mubarak bangkit melawan anti-Mubarak selepas Hosni Mubarak menegaskan hidup matinya adalah di Mesir .

Jiran mereka Israel tentulah tersenyum lebar kerana apabila mereka lemah,mudahlah mereka untuk menyusup masuk. Mereka dengan proxy mereka iaitu Polis Dunia – Amerika Syarikat dijangka akan turut masuk jarum. Dengan revolusi kebangkitan rakyat untuk mengjatuhkan rejim Hosni Mubarak yg dilihat akan berjaya. Mereka lantas secepat kilat mencanang calon mereka El-Baradei sbg calon pengganti Hosni Mubarak.

Pada 2 Feb 2011 yang lau satu pertempuran terjadi antara kumpulan pro-Mubarak dengan kumpulan Anti-Mubarak.Kumpulan rusuhan pro-Mubarak telah menyerang kumpulan anti-Mubarak dengan menaiki kuda dan cemeti yang menyebabkan lebih 100 orang cedera parah akibat pertembungan itu yang mana mereka saling melempar batu.


Berikut pula adalah gambar Revolusi di Mesir 2011 yang dikongsi dari forum tranungkite.




Photobucket



Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket




Photobucket


Photobucket
 Photobucket
 Photobucket


Tentu anda masih ingat lagi betapa susah payahnya kita serta saudara Islam seluruh dunia cuba menghantar bekalan makanan dan ubat-ubatan ke Palestine melalui laut yang akhirnya digagalkan oleh Israel. Seluruh dunia mengutuk Israel yang dianggap sangat kejam dan tidak berperi kemanusiaan?

Bagaimana pula dengan Mesir yang menutup sempadan mereka kepada Palestine? Terlupakah kita bahawasanya Mesir sebagai negara Islam sebenarnya lebih kejam dan zalim lagi berbanding Zionis? 

2 comments:

  1. aku benci kat mesir ni dah lama dah. aku anggap mereka yang terkorban tu syahid kerana berjuang menentang pemerintahan kerajaan mesir yang bermuka-muka

    ReplyDelete