Klik untuk kembali ke Halaman Utama

11 January 2011

Nur Dania Qistina mangsa kekejaman ibu tiri



Nur Dania Qistina mempunyai 73 kesan lebam di seluruh badan
JOHOR BAHRU – Kesengsaraan seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun yang terpaksa menanggung pedih didera dipercayai oleh ibu tirinya sejak tiga bulan lalu berakhir dengan tragedi apabila dia disahkan mati di Kampung Sungai Tiram di sini kelmarin.

Lebih memilukan, kematian Nur Dania Qistina Nurafizan didakwa cuba disembunyikan oleh bapanya yang menghubungi bekas isterinya, Nur Aquilla Razali, 27, mengatakan mangsa mati kerana lemas selepas tertonggeng di dalam baldi di bilik air.

Lelaki itu yang cemas sebaik melihat anaknya tidak bernafas kemudian membawa mangsa ke Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini pada pukul 8.25 pagi sebelum Nur Dania Qistina disahkan mati 35 minit kemudian.

Namun, bedah siasat mendapati terdapat 73 kesan lebam di seluruh badan Nur Dania termasuk muka, kaki dan badan dipercayai dipukul dengan benda keras atau tangan.

Difahamkan, Nur Dania Qistina bersama kakak, Nur Dania Batrisyah, 5, dan adiknya, Danish Irsyad, 1, dibawa tinggal bersama bapa dan ibu tirinya sejak tiga bulan lalu. Sebelum ini ketiga-tiga beradik itu menetap di rumah datuknya, Razali Ismail, 56, di Mersing, Johor.
 - dipetik dari kosmo


beginilah nasib seorang anak kecil yang tidak tahu apa-apa mengenai kehidupan menjadi mangsa kepada kekejaman ibu tirinya! melihat kepada 73 kesan kecederaan yang dialamainya, sebak memikirkan betapa Nur Diana mengalami penyeksaan teruk sebelum meninggal dunia.


Panglima sedih memikirkan sampai bilakah kita harus membiarkan perkara sebegini berlaku dalam masyarakat kita? seorang wanita berusia 25 tahun sanggup melakukan kekejaman sehingga membawa kematian. Apakah kita sanggup terus membiarkan manusia sebegini terus bersama kita...



RELATED POST :

KEMATIAN SELEPAS HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN
RAGAM HARI PERTAMA

No comments:

Post a Comment