Klik untuk kembali ke Halaman Utama

13 January 2011

Bikini Kontroversi : Fasha Sandha Berdiam Diri


SUBANG JAYA: Pelakon popular Fasha Sandha enggan memberi sebarang komen terhadap segala kontroversi termasuklah penyebaran gambarnya memakai bikini dalam Internat.
Jelas Fasha, dia mahu mengambil pendekatan berdiam diri bagi mengelakkan kontroversi tersebut berpanjangan yang akan lebih memburukkan keadaan.
“Tiada komen terhadap semua perkara tersebut. Saya tidak mahu memanjangkan kontroversi ini. Biarlah orang nak beri apa juga persepsi terhadap saya.
“Apa yang penting saya tidak mahu mengulas apa pun. Bagi saya lebih baik saya tidak cakap daripada memberi komen tetapi disalah ertikan maksudnya,” ujarnya yang ditemui pada majlis pengumuman lima finalis Anugerah Bintang Popular (ABP), di sini, Rabu.
Baru-baru ini, Fasha telah digemparkan dengan kontroversi penyebaran gambarnya berbikini di pantai Bali, Indonesia ketika bercuti pada 30 Disember lalu.
Kontroversi bertambah hangat apabila Fasha tidak hadir pada majlis Pertunjukan Fesyen Ceongsam Green, Selasa lalu pada saat-saat akhir sehinggakan pereka fesyen terkenal, Hezree Wahid terpaksa menarik diri pada majlis tersebut.
Dalam pada itu juga, difahamkan ibu bapa kepada pelakon drama Chinta ini telah hadir ke pejabat sebuah akhbar tempatan petang Selasa lalu selepas gambarnya berbikini dikeluarkan akhbar tersebut.
“Saya tidak tahu kalau ibu bapa saya ke (akhbar) Kosmo kerana kontroversi ini dan saya tidak mahu komen apa-apa.
“Yang penting keluarga dan peminat saya memahami keadaan yang berlaku dan sentiasa berada di belakang saya dengan memberikan sokongan,” katanya.
Tambah Fasha, dia menganggap perkara tersebut sebagai ujian dan asam garam dalam mengharungi kehidupan sebagai seorang artis.
Malah katanya, dia sudah biasa berhadapan dengan kontroversi yang lebih teruk sebelum ini
- dipetik dari mstar
erm... elok ler berdiam diri fasha, lagi baik kalau diam je terus elakkan dari mencipta kontroversi lagi. ..

Related Post :

No comments:

Post a Comment