Klik untuk kembali ke Halaman Utama

21 April 2014

Pembayaran Gaji secara bulanan satu PENIPUAN?

Umum mengetahui bahawa dalam sebulan kita mempunyai 30 atau 31 hari. Kita juga cukup sedar dalam sebulan kita mempunyai 4 minggu tanpa kita menghiraukan lebihan 2 atau pun 3 hari. Sistem pembayaran gaji yang diguna pakai di negara ini juga adalah berdasarkan bulanan. Ini bermakna dalam setahun kita akan menerima 12 kali bayaran gaji.

Dalam kita tak sedar sebenarnya kita hanya menerima gaji untuk 48 minggu sahaja untuk tempoh setahun sedangkan dalam setahun kita sebenarnya mempunyai 52 minggu. Apapun kita tidak sepatutnya mempertikaikan bayaran gaji secara bulanan ini yang sebenarnya merugikan. Setiap tahun secara kebiasaannya kita diberi bonus sebulan gaji namun sedar tak sedar sebenarnya bonus sebulan itu sebenarnya adalah hak kita seandainya pemberian gaji secara mingguan dipraktikkan.

Mungkin sudah sampai masanya untuk kita meminta kepada pihak berkuasa agar pembayaran gaji dilakukan secara mingguan. Kerajaan boleh melaksanakan sistem pembayaran sebegini dengan memikirkan kaedah dan cara pembayaran yang tepat dan betul agar golongan pekerja tidak merasakan bahawa mereka sebenarnya terkeliru atau sengaja dikelirukan. sudah sampai masa dan ketika golongan pekerja di negara ini dihargai...! 

2 comments:

  1. habis kalo cuti raya seminggu, x de gaji la minggu tu?

    cakap ikut akal kawan, bkn ikut suka...

    ReplyDelete
  2. satu tahun memang dah tetapkan cuti peristiwa berapa banyak. kan kita ada cuti tahunan? nak tanya lain kali pakai akal yang letak kat kepala, bukan pakai akal yang letak kat lutut mazlan ibr oiiii... kang x pasal2 makan kepala lutut aku nanti

    ReplyDelete