Klik untuk kembali ke Halaman Utama

23 April 2014

PEMBOHONGAN mengenai Muzium Melaka












dipetik dari :  http://mymediahubonline.blogspot.com/2014/04/10-kisah-seram-misteri-dari-muzium.html

Pelik rasanya bagaimana cerita sebegini boleh tersebar. Jelas semua cerita yang disampaikan adalah tidak benar dan berunsur penipuan. Untuk apa...? entahlah, bukan kepuasan pada mereka sekiranya dapat menipu orang. Menurut blog ini juga cerita diperolehi dari 'The Flash'. Apakah The Flash itu benar-benar wujud pun kita tak dapat pastikan sebab tidak disertakan link.
 
Antara pembohongan yang dicatatkan adalah :
 
  1. Patung Panglima Awang tidak terletak di bangunan Muzium berbentuk kapal. Malah kalau beliau arif mengenai muzium Melaka sudah pasti beliau tahu apakah bangunan yang berbentuk kapal tersebut. 
  2. Tiada patung Ferdinand Magellan terdapat di bangunan berbentuk kapal tersebut.
  3. Blueprint untuk minta dana? agak pelik dan asing bagi muzium Melaka. Malahan Melaka tidak mempunyai MB (Menteri Besar)
  4. Setiap pengawal tidak mempunyai kunci untuk masuk dalam mana-mana bangunan muzium. Tugasan mereka hanyalah di perkarangan dan bukannya dalam muzium.
  5. Muzium Melaka tidak terlibat dengan Pameran Keranda anjuran Jabatan Muzium dan Antikuiti.  
 
Memang tidak dinafikan terdapat cerita-cerita misteri mengenai muzium namun semua cerita rekaan seperti yang dinyatakan dalam http://mymediahubonline.blogspot.com/2014/04/10-kisah-seram-misteri-dari-muzium.html adalah tidak benar   

21 April 2014

Pembayaran Gaji secara bulanan satu PENIPUAN?

Umum mengetahui bahawa dalam sebulan kita mempunyai 30 atau 31 hari. Kita juga cukup sedar dalam sebulan kita mempunyai 4 minggu tanpa kita menghiraukan lebihan 2 atau pun 3 hari. Sistem pembayaran gaji yang diguna pakai di negara ini juga adalah berdasarkan bulanan. Ini bermakna dalam setahun kita akan menerima 12 kali bayaran gaji.

Dalam kita tak sedar sebenarnya kita hanya menerima gaji untuk 48 minggu sahaja untuk tempoh setahun sedangkan dalam setahun kita sebenarnya mempunyai 52 minggu. Apapun kita tidak sepatutnya mempertikaikan bayaran gaji secara bulanan ini yang sebenarnya merugikan. Setiap tahun secara kebiasaannya kita diberi bonus sebulan gaji namun sedar tak sedar sebenarnya bonus sebulan itu sebenarnya adalah hak kita seandainya pemberian gaji secara mingguan dipraktikkan.

Mungkin sudah sampai masanya untuk kita meminta kepada pihak berkuasa agar pembayaran gaji dilakukan secara mingguan. Kerajaan boleh melaksanakan sistem pembayaran sebegini dengan memikirkan kaedah dan cara pembayaran yang tepat dan betul agar golongan pekerja tidak merasakan bahawa mereka sebenarnya terkeliru atau sengaja dikelirukan. sudah sampai masa dan ketika golongan pekerja di negara ini dihargai...! 

17 April 2014

Benarkah terdapat HARTA KARUN di Pulau Nangka...?

 
MELAKA: Harta karun dikatakan bernilai berbilion ringgit dipercayai ditanam di dalam sebuah gua di Pulau Nangka, sebuah pulau kecil kira-kira 17 kilometer (km) dari luar pantai di sini.

Antara barangan yang dipercayai dalam harta karun itu adalah peti yang mengandungi bar emas, takhta dan pakaian diraja.

Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron berkata, kerajaan negeri telah memberikan permit kepada dua syarikat tempatan untuk menjalankan kerja-kerja penggalian di bawah syarat-syarat ketat yang ditetapkan oleh Perbadanan Muzium Melaka (Perzim).

"Buat masa ini, mereka hanya diberi kuasa untuk mengumpul bukti bergambar," katanya.

Idris berkata, harta karun di pulau itu dikhabarkan berusia selama berabad-abad dan terdapat banyak cubaan memburu harta berkenaan, di mana sebahagian mereka menggunakan dinamit untuk untuk meletupkan batu, bagi sampai ke gua tersebut.

"Ia tidak saintifik, tetapi penduduk tempatan percaya adanya halangan mistik yang menghalang harta itu daripada dibawa keluar," kata ketua menteri.

Menurut penduduk kampung, gua yang ditanam itu sama ada dilindungi oleh sumpahan atau makhluk halus.

Satu kumpulan kecil dilaporkan dapat memasuki ke dalam gua itu kira-kira 30 tahun lalu, tetapi tidak seorang pun yang keluar dengan membawa harta karun itu walaupun hanya sekeping pun.

Mereka dilaporkan keluar dalam keadaan berkhayal apabila mendakwa melihat harta karun itu, antara lain lebih 80 peti emas.

Difahamkan bahawa wakil kedua-dua syarikat yang akan menjalankan kerja-kerja penggalian untuk kerajaan negeri telah meminta "bantuan kerohanian" sebelum melaksanakan usaha mereka.

Antara perkara-perkara yang mereka "bersetuju" adalah untuk mendapatkan persetujuan pentadbiran di negeri itu dan kekayaan daripadanya digunakan untuk manfaat dan kebaikan rakyat.

Pekerja-pekerja yang terlibat dalam projek itu setakat ini menggali beberapa lubang berdiameter 130mm untuk ke dalam gua itu dengan menggunakan peralatan berteknologi tinggi.

Difahamkan laporan perkembangan terkini mengenai kerja yang masih berterusan itu diserahkan kepada kerajaan negeri pada minggu lepas.

Pulau Nangka terletak kira-kira 4km dari pulau utama negeri iaitu Pulau Besar, destinasi tarikan pelancong yang popular.

Pulau yang berbatu itu berukuran kira-kira 20 hektar, mempunyai pantai berpasir begitu luas dengan air jernih yang mengelilinginya.

Terumbu karang berdekatan pulau tersebut turut menarik perhatian menarik para penyelam.

* dipetik dari editor@mstar.com.my

Persolannya... benarkah terdapat harta Karun di Pulau berkenaan? Atas dasar apakah Pulau yang terletak kira-kira 17 kilometer dari Kota Melaka ini dipilih untuk menyimpan harta yang dikatakan milik Kesultanan Melaka? Faktor geografi kurang membantu untuk menjawab teori ini apatah lagi ketika serangan Portugis pada 1511 merekalah yang menguasai laluan laut ketika itu.
Apakah terdapat kemungkinan harta berkenaan disembunyikan terlebih dahulu sebelum kejatuhan Melaka? 
 Pulau Nangka

03 April 2014

Insiden MH 370 : 'Saya TERKEJUT!!'


Bukti Terkini MH370 : Ikuti Analisa & Kajian Kapten Nik Huzlan Yang Bakal Hapuskan Segala Teori & Hipotesis Sebelum Ini! : Sudah lebih 3 minggu telah pun berlalu, dan dunia termasuk pakar-pakar yang terlibat terus memerah buah fikiran bagi mencari jawapan disebalik tragedi Mh370 disbealik pelbagai persoalan yang terus dibiarkan “tergantung” sehingga ke hari ini. 

Terbaru didedahkan maklumat terbaru yang menunjukkan gambar yang dirakam pada sesi penerangan yang datangnya daripada pihak berkuasa kerajaan Malaysia termasuk Malaysia Airlines kepada keluarga mangsa penumpang di China.




Melihatkan bukti terbaru ini dan berdasarkan analisa Kapten Nik Huzlan, ini jawapannya :


Nampak terang di sini pesawat Mh370 kelihatan berpusing disebelah kanan pada kedudukan 270 darjah. Kapten Nik Huzlan menilai pusingan pesawat MH370 adalah “pusingan yang sempurna dan tiada cacat celanya” dan terus merentas semula laluan yang pernah dilakukannya sebelum itu dan pusing semula di sebelah kiri dan seterusnya menuju ke arah Pulau Pinang.

Dan ini bermakna pesawat Mh370 tidak mengalami kerosakan seperti yang benar didedahkan oleh seorang juruterbang berpengalaman. Kapten Nik Huzlan sendiri terkejut dengan maklumat terbaru ini dan sekaligus bercanggah dengan informasi dan maklumat yang mengatakan selama ini pesawat MH370 hanya melakukan pusingan kiri sahaja. 

Buat pertama kalinya, pesawat MH370 dikatakan telah melakukan pusingan kanan. Kapten Nik Huzlan mengatakan pesawat MH370 melakukan pusingan kanan sebaik sahaja Co Pilot Farid mengucapkan perkataaan “Alright, Good Night” dan terus merentasi ke arah Teluk Siam dan terus pergi ke Pulau Pinang.

Jikalau pesawat MH370 mahu pulang semula ke Malaysia, MH370 hanya perlu pusing kiri terus ke Malaysia .Jikalau pesawat MH370 dalam keadaan kecemasan mengapa perlu MH370 melakukan satu pusingan disebelah kanan secara perlahan-lahan dan kemudian merentas laluan yang dilakukan sebelumnya? Mengapa?

Kapten Nik Ahmad Huzlan merasakan perbuatan dan cara pengendalian MH370 sepertidirancang dengan cukup-cukup teliti

Dan….jikalau ada kecemasan sekalipun, juruterbang dan co Pilot tidak berhubung dengan mana-mana pusat kawalan trafik udara? Mengapa?

Dan Kapten Nik Huzlan mengatakan dari IGREX, cara pesawat MH370 terbang pun sangat-sangat meragukan kerana dilihat mahu mengelak Laut Sumawi Dan Pulau Nicobar dan memotong jalan merentasi terus ke selatan Lautan Hindi yang mana laluan tersebut adalah merupakan laluan yang tiada satu pun berada di bawah kawalan radar.
Kronologi Lengkap Detik-detik Kehilangan MH370 8 mac 2014



Cuma Kapten Nik Huzlan mula merasa pelik dan merasakan tidak logik untuk pesawat MH370 sampai ke IGREX pada 2:15 pagi (8 Mac 2014). Pesawat MH370 buat pusingan kanan pada pukul 1:31 pagi. Pergi ke Penang dan seterusnya ke VAMPI dan signal point yang terakhir ke IGREX pada pukul 2:15 pagi.

Apa jawapan Kapten Nik Huzlan? Pesawat MH370 tidak akan dapat sampai pada IGREX dalam tempoh hanya sekitar 40 minit sahaja melihatkan tahap kelajuan yang boleh dicapai pesawat MH370 dan juga pusingan kanan dan kiri yang telah dilakukan oleh pesawat MH370 ini.

Berdasarkan kajian Kapten Nik Huzlan, kelihatan teori Human Interferance (perbuatan yang disengajakan) amatlah kuat melihatkan pesawat MH370 sebenarnya “under full control” kerana ia mampu membuat corak pusingan kanan dengan baik ditambah pula mampu merentas semula laluan yang perlu dilakukan sebelum itu.

* dipetik dari www.beritasemasa.com.my

sudah terang lagi bersuluh...! Kalau benar ianya dirancang dan pesawat dirampas oleh negara lain sekalipun, apa yang mampu kita lakukan? Sedihnya melihat penganiayaan yang dilakukan ke atas negara kita sedangkan kita sebenarnya tidak mampu melakukan apa-apa pun sebenarnya! Kita amat lemah sebenarnya walaupun kita sering membuat perbandingan dengan negara laian dan mengakui bahawa kita adalah antara yang terbaik di dunia!

Andainya pihak atau negara yang merampas samada Amerika Syarikat ataupun Israel, atau mana-mana negara sekalipun mengakui perbuatan mereka sekalipun, hanya bantahan sahaja yang kita mampu suarakan! nak mengadu pada negara lain jawapannya memang semua negara akan berdiam diri, nak mengadu pada negara Islam lainnya pastilah mereka lebih selesa berdiam diri.

Lalu apa yang boleh kita buat sebenarnya? Kita melihat saudara Islam kita disembelih di negara lain pun kita hanya suarakan bantahan atau lebih mudah jangan mencampuri urusan mereka kerana itu sikap yang paling selamat. Lemahnya negara-negara Islam sebenarnya.

Walau apa sekalipun kita perlu teruskan usaha. Sebaik-baik senjata adalah doa, dan teruskan berdoa agar Islam terus terpelihara ke akhirnya... kita serahkan sahaja segala urusan kepada Allah kerana DIA adalah perancang TERBAIK. Sesungguhnya Allah jua yang maha mengetahui