Klik untuk kembali ke Halaman Utama

07 January 2014

KREDIBILITI Harian Metro DICABAR

Alor Gajah: Beberapa penduduk terkejut apabila jasad dipercayai seorang bayi perempuan masih sempurna biarpun sudah disemadikan puluhan tahun lalu ketika kerja mengalihkan tujuh pusara lama yang terletak di luar kawasan Tanah Perkuburan Islam Padang Sebang, di sini, pagi kelmarin.

Difahamkan, jasad bayi berkenaan antara tujuh pusara dipindahkan ke kawasan tanah perkuburan yang diwartakan itu.

Naib Pengerusi Masjid Al-Syakirin Padang Sebang Rambeli Md Taha, 73, berkata, tujuh pusara lama itu dipindahkan ke kawasan tanah perkuburan kerana ia membabitkan maruah Islam.

“Saya dan ahli jawatankuasa (AJK) masjid mengambil masa hampir lapan bulan bagi memastikan perpindahan pusara lama ini dapat dilaksanakan dengan sempurna sebelum mendapat persetujuan daripada Mufti Melaka, baru-baru ini.
SEORANG penggali kubur Abdul Ghani Ibrahim mengangkat jasad yang ditemui dan dikafankan
 semula sebelum dipindah serta disemadi.

“Jika dikenal pasti dan diteliti, masih banyak lagi pusara lama tidak ditempatkan dalam kawasan tanah perkuburan, namun ia memerlukan masa agak panjang untuk dipindahkan kerana prosedur yang ketat,” katanya ketika ditemui, di sini, kelmarin.


Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/06
http://www.hmetro.com.my/articles/Jasadbayimasihsempurna//Article?HarianMetro

kredit gambar http://isupanaz.blogspot.com/

Kebebasan akhbar bukanlah bermakna pembaca perlu mempercayai semua yang tertulis apatah lagi para pembaca kini bertambah matang dan mampu membuat analisa sendiri terhadap apa jua isu yang diketengahkan. Dalam kes ini gambar yang disiarkan Harian Metro diragui kesahihannya disebabkan jasad bayi berkenaan seolah terapung dan melanggar hukum fizik. 

Walau bagaimanapun Metro TV pantas mengambil tindakan menemubual individu dalam gambar berkenaan bagi mengesahkan kesahihan laporan mereka. Apa jua yang berlaku hanya mereka yang terlibat sahaja mengetahui ...

1 comment:

  1. Harian Metro mengarut je paper ni... penuh dengan sensasi dan penipuan

    ReplyDelete