Klik untuk kembali ke Halaman Utama

21 April 2013

Kaitan Pergaduhan di Scoot Garden dengan PRU 13

Beberapa hari lepas akhbar kita ada memaparkan mengenai satu insiden pergaduhan yang tercetus di Scoot Garden, Jalan Klang Lama. Insiden dikatakan berpunca akibat dari keengganan pasangan pelanggan (dipercayai warga asing) menjelaskan bayaran parking yang kemudiannya mencetuskan kekecohan. Berlaku pertengkaran dan tolak menolak sehingga akhirnya keadaan diluar kawalan terjadi akibat dari kegagalan mengawal perasaan amarah dalam diri.

Ironinya amat mudah. Perkhidmatan disediakan untuk kemudahan pelanggan dengan bayaran perkhidmatan telah ditetapkan. Sekiranya merasakan bayaran tidak berpatutan ataupun perkhidmatan yang disediakan tidak menepati kehendak diri, janganlah menggunakan perkhidmatan tersebut. 

Apa jua perselisihan yang terjadi, haruslah kita menggunakan akal fikiran dan bukannya perasaan. Kawalan diri amat perlu bagi mengelakkan terjadinya perkara yang pasti akan menyusahkan semua pihak.
Maka adalah amat perlu bagi semua rakyat Malaysia mengambil inisiatif bagi memastikan tidak terjadi sebarang pertelingkahan menjelangnya Pilihanraya Umum Malaysia ke 13 yang akan berlangsung pada 5 Mei 2013. 

Sokongan biarlah berpada jangan sampai mencetuskan perbalahan apatah lagi sekiranya melibatkan satu agama dan satu bangsa. Perlu diingat medan yang akan ditempuhi oleh kita ini sememangnya ditunggu-tunggu oleh beberapa pihak yang sememangnya inginkan agar tercetusnya satu kekacauan.

Sejarah pilihanraya di Malaysia bukan sahaja mencatatkan pergaduhan malah banyak nyawa juga terpaksa dikorbankan demi kepentingan beberapa pihak. Ingatlah... pilihanraya adalah satu proses demokrasi. Demokrasi pula adalah satu medium ciptaan Yahudi bagi menghancurkan umat manusia. Telusuri dan hayatilah sepenuhnya sejarah perjuangan Islam.

Semuga pilihanraya ini berjalan lancar dan bangkitkan satu perasaan kuat di dalam setiap jiwa kita bahawa pilihanraya ini adalah peluang terbaik untuk kita mengenali seterusnya menjalinkan silaturrahim yang lebih utuh di kalangan kita. Kita jadikan ciptaan Yahudi ini satu medium bagi kita membina kejayaan dan mengukir sejarah gemilang di timur...!

3 comments:

  1. KEMBALIKAN SISTEM MONARKI... :)

    ReplyDelete
  2. What's liable to occur to your guitar is the fact that it could heat up and neat down and warp.

    Feel free to visit my webpage ... http://www.getfitnstrong.com/

    ReplyDelete
  3. I am in fact thankful to the owner of this web page who has shared this fantastic paragraph at at this time.


    Also visit my site; westher

    ReplyDelete