Klik untuk kembali ke Halaman Utama

30 May 2012

Ampun TUANKU... PANJI HITAM kami sembahkan!

“JOHOR Royal Family does Not take any Money from the Government.Since the time of Almarhum Sultan Ibrahim. Feel free to ask the MB or any Government officials.The money allocated to My Father and I every month as a Sultan and Tunku Mahkota is put into Yayasan Iskandar and Yayasan Ibrahim.The purpose of these foundation (Yayasan Iskandar and Yayasan Ibrahim)is for the Rakyat and to assist the Johor State Government.I my self,since the time I was Raja Muda,Never took 1 cent from the Government till this very Day.Its my Rakyat’s Money.Sobefore You Open you mouth.Do your research,”

Demikianlah kenyataan balas Tengku Mahkota Johor berhubung isu bidaan no pendaftaran kenderaan WWW 1. Inilah hakikat yang berlaku di malaysia apabila seorang raja terpaksa mempertahankan diri apabila berdepan isu remeh yang akhirnya menjadi cemuhan di kalangan rakyat.

Banyak pandangan terbuka disuarakan orang ramai secara terbuka di twitter, facebook, blog dan lain-lainnya. Amat tidak wajar kami siarkan petikan berkenaan di sini kerana ada antara komen tersebut sangat tidak beretika sehingga mampu menjatuhkan maruah institusi raja di Malaysia. Kemana perginya prinsip rukunegara yang sepatutnya menjadi amalan setiap warga yang bertanggung jawab?

'Kesetiaan kepada Raja dan Negara' - ternyata hanyalah satu prinsip rukunegara yang hanya terukir di bibir namun gagal terpahat di hati. Kritikan terbuka kepada Sultan adalah amat tidak wajar dilakukan oleh mana-mana pihak di Malaysia.

Kenapa ini berlaku? Janganlah kita pantas menuding kepada pihak itu dan ini. Selami diri anda dan cuba bertanya kemanakah hala tuju yang akan kita bawa untuk sebuah negara merdeka bergelar Malaysia. Apakah kita perlu tunduk kepada sistem yang diterapkan oleh penjajah kita atau pun inilah masa yang sesuai untuk kita merangka satu sistem mengikut acuan kita sendiri?

Janganlah kita terus berbangga dengan institusi raja berperlembagaan yang sekian lama diamalkan sehingga dikatakan antara yang paling unik diamalkan di dunia. Itu semua hanyalah sekadar manisan yang terus-terusan dihasilkan oleh penjajah dan talibarutnya yang kekal bersemi di bumi merdeka ini. Memang unik sangat sistem ini sehingga Sultan sebenarnya tidak mempunyai kekuasaan terhadap pentadbiran negara kecuali hal yang berkaitan agama dan adat resam Melayu sahaja. 

Agama dan adat resam Melayu sahaja...! Percayalah, kita bangga menjadi warga merdeka yang sebenarnya amat dungu dan bodoh. 54 tahun merdeka namun kita masih lagi mengikut telunjuk yang digariskan oleh British. 

Malangnya bangsaku... beratus tahun dijajah sehingga hilang jatidirinya malahan selepas  merdeka pun masih dibuai dengan mimpi manis yang diciptakan penjajah!
Kembalilah... lupakan segala sengketa. Kita mulakan langkah baru untuk mengibarkan PANJI HITAM DARI TIMUR!    

29 May 2012

Wajarkah seorang SULTAN terpaksa turut sama MEMBIDA...?



Tahniah kami ucapkan kepada Sultan Johor atas kejayaan memenangi bidaan tersebut dengan harga RM 520,000. Sesungguhnya sebagai seorang Sultan baginda sememangnya layak apatah lagi baginda dikatakan mempunyai senarai aset yang banyak di Singapura. Manakala DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pula berjaya dalam bidaan WWW 5 yang bernilai RM 220,000

Persoalannya wajarkah seorang Sultan terpaksa membida untuk mendapatkan nombor tersebut? Bagaimanakah agaknya sekiranya seorang Sultan gagal dalam bidaan disebabkan adanya pembida yang menawarkan harga lebih tinggi. Apakah kita sebagai seorang rakyat Malaysia yang setia kepada raja dan negaranya sanggup melihat situasi sebegini?

Apakah keistimewaan yang dimiliki oleh seorang Sultan di negara kita? Kuasa Sultan semakin lama semakin hilang hinggakan seorang Sultan terpaksa turut sama membida bagi mendapatkan nombor plat yang dianggap istimewa!

Seharusnya KERAJAAN MALAYSIA menilai tatacara pemberian nombor plat kenderaan. Amat wajar sekiranya nombor pendaftaran 1-10 tidak diberikan kepada rakyat jelata sebaliknya dikhususkan kepada Sultan dan kaum kerabatnya, Menteri Besar dan Ketua Menteri sahaja. Sekiranya kuota tersebut tidak dipenuhi oleh mereka seharusnya ianya dibekukan sahaja. Biarlah keistimewaan sebegini dikhususkan hanya kepada mereka sahaja selaku pentadbir kepada rakyat jelata.

Bagi mengembalikan kuasa Sultan yang dihakis sebelum ini samada kita sedar ataupun tidak, samada oleh penjajah British mahupun kerajaan Malaysia yang merdeka amat wajar untuk para pemimpin sekarang menerima cabaran ini. Sewajarnya kita meletakkan semula kuasa seorang Sultan ditempat yang sewajarnya setelah mereka dikeroyok oleh penjajah British sekian lama. Kita masih dianggap istimewa kerana masih mempertahankan institusi beraja namun apalah yang mahu kita banggakan sekiranya Sultan sendiri terpaksa membida seperti rakyat jelata hanya untuk mendapatkan nombor pendaftaran kereta!

Sebak dan pilu melihat situasi begini berlaku di sebuah negara ketuanan Melayu... oh Tanah Melayu tanah tumpahnya darahku.... 


PETALING JAYA : Sultan Johor telah memenangi bidaan dalam merebut nombor plat kenderaan "WWW 1", dengan tawaran tertinggi sebanyak RM520,000. Sultan Ibrahim Ismail Sultan Iskandar mendahului 9,999 pembida lain termasuk Yang di-Pertuan Agong, yang memenangi nombor plat "WWW 5", dan Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai, memenangi nombor plat "WWW 15".

Keputusan bidaan boleh didapati di laman web Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Pada Khamis, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha mengumumkan nombor pendaftaran kenderaan WWW 1 telah mencatatkan tawaran bidaan tertinggi sehingga kini. Nilai ini melepasi rekod yang dicatatkan "MCA 1" pada tahun 2010 yang telah dijual pada harga RM300,100.

Bidaan terhadap nombor pendaftaran dikehendaki ramai ini bermula pada 30 April dan berakhir pada 14 Mei. Dalam tempoh tersebut, beribu-ribu membanjiri tiga cawangan JPJ Kuala Lumpur untuk meletakkan tawaran mereka untuk awalan "WWW", yang merupakan singkatan bagi "World Wide Web".

Terdahulu, akhbar The Star melaporkan seorang VVIP terkemuka dari Johor adalah pemilik nombor plat pendaftaran kenderaan yang paling popular dan dikehendaki ramai - WWW 1. Merupakan seorang peminat kereta, VVIP ini adalah pembida yang berjaya dengan tawaran bayaran RM520, 000 untuk nombor pendaftaran yang dikehendakinya.

Jumlah ini kini telah mencatat satu rekod baru sebagai nombor plat paling mahal yang pernah dijual di Malaysia. Menurut sumber, JPJ dijangka memaklumkan kepada VVIP berkenaan mengenai kejayaan bidaan pada Isnin.

Personaliti dikenali ramai ini juga mempunyai koleksi kereta antik dan model kereta terbaru. Semua kenderaannya diselenggarakan dengan baik dan beliau pernah dilihat memandu kesemuanya di seluruh negeri. Nombor tersebut melepasi rekod yang dicatatkan oleh "MCA 1" pada tahun 2010 yang dijual dengan harga RM300,100.

27 May 2012

MISTERI Gunung Ledang dan Kota Gelanggi yang belum terungkai

Anda tentu pernah melihat peta-peta lama semenanjung Tanah Melayu. Kita juga tahu bahawa Tanah Melayu suatu ketika dahulu tercatat di dalam peta-peta pelayaran di barat malahan Gunung Ledang juga telah dikenali sekian lama dahulu.

Di dalam kitab Yahudi, Melakim (Raja-raja), fasal 9, diterangkan bahawa Nabi Sulaiman raja Kerajaan Israel Raya menerima 420 talenta emas dari Hiram, raja Tirus yang menjadi bawahan beliau. Emas itu didapati dari negeri Ophir. Negara Barat mengenalinya sebagai Mount Ophir iaitu berasal daripada bahasa Yahudi tua atau Hebrew yang turut tercatat dalam Kitab Zabur yang antara lain menyatakan kawasan itu mempunyai banyak logam emas. manakala pedagang China pula, gunung itu digelar sebagai Kim Sua yang bermaksud Gunung Emas.
Sejak lama dahulu, Semenanjung Tanah Melayu telah dikenali oleh orang-orang luar sebagai tempat pengeluar emas. Ptolemy yang menulis pada abad kedua Masehi telah menyebut tentang sebuah Semenanjung Emas, Aurum Khersonese (Aurum diambil dari kata Aurea,Aurea Chersonese) yang terletak di antara negeri China dengan negeri India. Mengikut pengetahuan hari ini taburan penemuan emas utama di Semenanjung Tanah Melayu terdapat di Jalur Tengah, iaitu dari Batu Melintang di Kelantan, menuju ke selatan melalui Sokor, Pulai, Selinsing, Raub, Chenderas hinggalah ke Gunung Ledang di Johor. Jumpaan terbaru dibuat di Jalur Timur iaitu di kawasan Mersing di Johor dan Lubuk Mandi di Terengganu. 

Laksamana Cheng Ho dikatakan pernah melawat lombong-lombong emas di Gunung Ledang dan mengambil contoh emas-emas tersebut untuk pengetahuan rajanya. Di keliling kemuncak Gunung Ledang terdapat 7 buah kemuncak rendah. Setiap satunya mempunyai legendanya yang tersendiri.Yang paling aneh sekali ialah Legenda Gunung Gemih yang ceritanya ada sebuah gua emas yang dikawal rapi oleh penunggunya seekor lembu emas. Dalam peta lama Portugis, nama GEMIH ini ditulis sebagai Gummay yang bermaksud sebuah pusat perusahaan emas. Menurut kolonel Gerini ( 1904 ), Gemih masih merupakan pusat perlombongan emas orang-orang Melayu di Gunung Ledang sehingga tahun 1817.

Rounsevelle Wildman, seorang penulis terkenal dari Amerika Syarikat telah menemui seketul logam yang diambil dari kawasan lombong di tebing Sungai Gemih pada tahun 1894, apabila dileburkan didapati mengandungi emas.

Cuba teliti dua peta lama versi barat ini pula.
 
Peta pertama dicetak pada 1572 oleh Ignazio Danti, manakala yang kedua pada 1606 oleh Jodocus Hondius. Hondius menamakan sungai itu sebagai R Fermoso. Mengikut peta Danti, kota Melaka terletak sedikit ke darat hampir dengan banjaran Titiwangsa, dekat gunung Ledang.

Sekiranya kita mencari lokasi kota Melaka menurut lakaran Ignazio Danti, kemungkinannya  Melaka terletak di sekitar Gemas atau Segamat. Pernah suatu ketika beberapa orang telah melakukan penerbangan melalui ruang udara hutan Endau-Rompin terlihat sebuah kota lama seolah-olah dijaga orang.

Misteri bigfoot di Endau-Rompin memang sudah diketahui ramai. Dikatakan Yeti menjaga Shangri-La di Himalaya, bigfoot Malaya mungkin ditugaskan menjaga kota ini. Lagipun banjaran Titiwangsa bersambung dengan Himalaya.

Adat Melayu, rajanya bersemayam di istana hulu di sungai. Jarang-jarang istana raja-raja Melayu di kuala sungai. Kalau pun ada istana kecil di kuala sungai, ia milik Temenggong atau Laksamana. 

Jadi persoalannya apakah kemungkinannya pusat pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka bukan terletak di lokasi sekarang sepertimana yang kita sedia maklum? Apakah kita sekali lagi tertipu dengan sejarah yang diciptakan orang-orang Barat yang jelas memusuhi Islam.
Apakah kemungkinannya sebuah kota lama sengaja ditenggelamkan bagi memberi laluan pembinaan empangan Lingui yang dibina pada tahun 1990 serta diuruskan oleh Public Utility Board yang menguruskan sumber bekalan air untuk Singapura? apakah kemungkinannya Kota Gelanggi itu sebenarnya adalah pusat empayar kerajaan Melayu suatu ketika dahulu. 

Walaupun satu kajian telah dilakukan oleh kerajaan pada tahun 2005 yang menafikan sebarang kewujudan kota di dasar empangan berkenaan, namun dakwaan beberapa pengkaji yang pernah melihat foto para pegawai British bergambar berlatar belakang sebuah kota yang gah terletak di dalam hutan tebal masih merupakan satu misteri buat kita.

Insya Allah... sama-samalah kita berdoa agar penipuan musuh -musuh kita ini dapat dirungkaikan suatu masa nanti

26 May 2012

WWW 1 bernilai RM 520,000

PETALING JAYA: Kenderaan bernombor pendaftaran 'WWW 1' mencatat rekod baru apabila menjadi kombinasi termahal yang pernah dijual di Malaysia dengan tawaran bidaan tertinggi yang pernah dicatatkan iaitu sebanyak RM520,000 ($210,582).

Menteri Pengangkutan Malaysia, Datuk Seri Kong Cho Ha, dalam satu kenyataan berkata jumlah itu melepasi rekod terdahulu 'MCA 1' pada 2010 yang dijual pada harga RM300,100.

"Siri WWW juga telah mencatat rekod sendiri, dengan 13 pembida yang berjaya membida dengan nilai lebih daripada RM100,000 dan tiga daripada mereka berjaya membida RM300,000 setiap satu," kata Datuk Seri Kong.

Datuk Seri Kong berkata jumlah bidaan yang diterima setakat ini adalah lebih daripada RM64 juta.Beliau berkata bidaan yang berjaya bagi siri 'WWW' dianggarkan meraih RM11.3 juta, 10 kali lebih tinggi berbanding kutipan yang diterima bagi siri yang lain.

"Bilangan tertinggi bidaan (dalam siri ini) ialah 'WWW 333', yang menerima 84 bidaan," kata Datuk Seri Kong.

Beliau menjelaskan, daripada 10,000 nombor dalam siri ini, 4,908 nombor telah diterima tawaran bidaannya, manakala baki 5,091 akan akan dijual kepada orang ramai.Beliau berkata surat memaklumkan keputusan kepada pembida akan dihantar bermula 6 Jun ini.

Datuk Seri Kong berkata keputusan penuh hanya akan dikeluarkan melalui portal JPJ (www.jpj.gov.my) pada Isnin ini kerana pihaknya memerlukan lebih banyak masa bagi meneliti 18,243 bidaan, jumlah besar yang tidak pernah berlaku sebelum ini, lapor mStar Online.

RM 520,000 adalah satu nilai yang tinggi apatah lagi ianya hanyalah sekadar nombor plat kenderaan. Namun itulah harga yang sanggup dibayar oleh rakyat Malaysia. Siapa pemiolik nombor WWW 1 ini akan kita ketahui pada isnin nanti. 

Kalaulah nombor pendaftaran bernilai sebegitu tinggi, kereta apakah agaknya yang sesuai untuknya?
* gambar sekadar hiasan

24 May 2012

(18 SX) Pesta BUIH di Kuala Lumpur


Negaraku yang berdaulat dan merdeka... erm merdeka sangat lah kalau kita lihat gambar-gambar pesta buih ni kan? Dulu kita dikejutkan dengan berita gempar kewujudan Restoran terlampau di Bangsar (KLIK sini : Restoran terlampau di Bangsar), namun kini pesta buih la pulak.

Mesti ada yang bertanya dimana nie... huhu, tak tahu la pulak tapi yang pastinya di TANAH TUMPAHNYA DARAHKU...

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Apa yang anda dapat lihat dibelakang tu adalah KLCC, this is Malaysia okay

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket
Mesti ada yang bertanya..mesti best kan...hahaa

* credit to tautauaje.blogspot.com dan malaysiasensasi.net

Inilah hakikat yang perlu kita terima. Persoalannya mengapa? Adakah pengiktirafan Islam sebagai agama rasmi di Malaysia sekadar terpahat pada perlembagaan sahaja. Apakah Islam Hadhari yang heboh satu ketika dulu malah dianggap sebagai pendekatan Islam terbaik juga hanya sekadar hiasan di dada akhbar sahaja? 

Sememangnya terdapat satu kepincangan yang cukup ketara di negara kita. Kita mengangkat Islam sebagai pegangan kita tapi berapa ramai antara kita yang berani bersuara ketika Makcik hajjah Sitt Al-Wuzara begitu lantang menghina Islam melalui Facebook dan Twitternya. Mengapa isu yang sepatutnya menjadi hangat berjaya dipendamkan akhbar-akhbar juga oleh kerajaan. Sejauh manakah kita mengetahui tindakan yang telah diambil setelah mungkin beribu laporan polis dan SKMM dibuat? dan seperti biasa, Melayu mudah lupa...

Percayalah, kemungkinan wujud satu gerakan terancang bagi melumpuhkan Islam di Malaysia sedang dan telah dilaksanakan. Apa tindakan kita? Kita masih lagi dibuai dengan mimpi indah yang terhambur dalam dunia politik yang kotor dan menjijikkan...

Ingat, kita mendapat kemerdekaan melalui rundingan daripada British. Rundingan dan bukannya peperangan. Apa yang dirundingkan...? 

22 May 2012

Senarai 10 negara yang PELIK

Pelik... kerana negara ini tidak diiktiraf oleh PBB. Lagi pelik kerana sehingga kini ianya masih wujud dan berperanan sebagai sebuah negara yang merdeka meskipun tidak mendapat pengiktirafan dunia.

10. Vanuatu
90% penduduk di Vanuatu makan ikan dan 80% tinggal di lluar bandar, kampung-kampung terpencil dengan kebun mereka sendiri yang hasilkan bahan pangan. 

Scuba diving merupakan aktiviti yang sangat popular di sini. Tsunami bukanlah hal yang asing di Vanuatu, dan gempa bumi memiliki kesan negatif pada pertumbuhan ekonomi negara-negara tersebut.

9. Nauru
Nauru, sebuah bekas koloni penjajah Jerman, juga dikenal sebagai Pulau Pleasant Pasifik Selatan. Orang-orang Nauru mengumpulkan air hujan selama musim hujan antara bulan November dan Februari kerana mereka sangat terbatas dalam air tawar. 

Sukan paling popular di negara ini adalah sepak bola ala Australia. Mereka sudah memiliki liga sepak bola dengan tujuh kelab liga. 

8. Tuvalu
Tuvalu adalah sebuah monarki konstitusi dengan Ratu Elizabeth II sebagai ketua negara. Mereka tidak memiliki kekuatan tentera sendiri. Jadi mereka tidak banyak menghabiskan wang untuk urusan pertahanan. 

Tuvalu adalah negara terkecil peringkat keempat di dunia. Penduduk pertama negara ini adalah orang-orang Polinesia. 

7. Comoros
Komoro adalah negara kepulauan Afrika di Samudera Hindia yang terletak di antara Mozambeque dan Madagaskar. 

Pulau ini merupakan bekas jajahan Perancis tua,. Hari ini ada sekitar 300 000 orang Comorians tinggal di Perancis. 98% dari penduduk di Comors adalah Muslim.

6. Guernsey 
Guernsey berada di bawah tanggung jawab Britain tetapi negara ini tidak dikira sebagai sebahagian dari England, serta Kesatuan Eropah. Guernsey terletak di Selat Inggeris di pantai Normandia. 

Negara ini memiliki otonomi penuh atas urusan antarabangsa. Sekarang ini negara ini sedang berusaha untuk kemerdekaan penuh dari Kerajaan Britain. 

5. Isle of Man 
Isle of Man juga dikenal sebagai Mann, mempunyai sebuah pemerintahan sendiri dari British Crown Dependency, terletak di laut Ireland antara pulau Britain dan Ireland 

Negara ini bukan merupakan sebahagian dari Kesatuan Eropah. Penghasilan negara ini berasakan pada perbankan luar negeri dan perikanan. Pulau ini telah dihuni sejak sebelum 6500 SM.

4. Tokelau 
Tokelau adalah wilayah yang tidak memiliki pemerintah sendiri. Nama Tokelau berasal dari kata Polinesia yang berarti "angin utara". 

Pulau ini memiliki sumber ekonomi terkecil dari negara mana pun di dunia yang membuat mereka hampir sepenuhnya tergantung pada subsidi dari Selandia Baru. 96% dari penduduk adalah orang Kristian dan 57% di antaranya adalah perempuan.

3. Cook Islands
Cook Islands memiliki demokrasi berparlimen dengan pemerintahan sendiri. Dengan lebih dari 90.000 wisatawan setiap tahun, perikanan adalah kegiatan utama ekonomi mereka dengan potensi lepas pantai, laut, mutiara dan eksport buah. 

Cook Island yang dinamakan oleh navigator Inggeris Kapten James Cook ketika ia sampai di pulau tersebut pada 1773.

2. Pitcairn Islands
Kepulauan Pitcairn secara rasmi bernama Pitcairn, Henderson, Ducie dan Oeno Islands, tersepit dari empat pulau vulkanik. Sebelumnya ia sebahagian dari jajahan Inggeris, yang merupakan sebahagian dari Pasifik. 

Bahasa penduduknya campuran bahasa Inggeris dan Tahiti. Dalam beberapa tahun terakhir gereja telah ditutup kerana hanya lapan orang yang mengunjungi secara teratur.

Hanya ada satu CafĂ© dan Bar di pulau itu, dan sumber pemerintah menjual alkohol dan rokok. Ada hukum-hukum moral yang ketat yang melarang menari, merokok dan minum alkohol. 

(Jika pemerintah menjual alkohol dan rokok lalu mengapa ada hukum yang tegas yang melarang merokok dan minum alkohol? Apakah mereka menjualnya ke negara lain?)

1. Nagorno-Karabakh
Nagorno-Karabakh adalah republik merdeka yang terletak di antara Armenia dan Azerbaijan. Di negara ini banyak terdapat penduduk dari bekas Kesatuan Soviet kerana selama 1991-1994 Perang Nagorno-Karabakh. 

Negara ini masih tidak diakui oleh negara lain, termasuk Armenia. 95% dari penduduknya adalah Armenia, dan bakinyanya adalah orang-orang Yunani dan Kurdis. 

Kegiatan ekonomi negara ini pada dasarnya diarahkan untuk Armenia yang tinggal di negara-negara Barat. Cirebonpost

* dipetik dari tulahan.blogspot

Kawasan dan tempat PELIK di Malaysia

Alkisahnya di negara kita memang terdapat banyak kawasan yang dikenali kerana sebutannya yang agak pelik dan melucukan. Mungkin ada antara kita pernah mendengarnya...



















Sekadar berkongsi beberapa nama kawasan sahaja... sebenarnya terdapat banyak lagi nama kawasan yang pelik, kelakar, seram, lucah dan sebagainya di seluruh Malaysia... Begitupun pasti tersimpan kisah di sebalik nama tersebut. Apapun seharusnya kita berbangga dengan Malaysia...