Klik untuk kembali ke Halaman Utama

03 February 2012

Gambar sensasi Jezamine Lim : Harith Iskandar mohon maaf

Selepas Siti Nurhaliza membantu menaikkan rating Wadah Panglima, terdapat pula pertanyaan mengenai Jezamine Lim, isteri kepada Harith Iskandar yang dikatakan menayangkan perut ketika hamil anak pertama mereka baru-baru ini.

Sebelum ini pun cerita mengenai Jezamine telah pun kami paparkan sebelum ini ketika menghiasi majalah SHAPE satu ketika dulu. (klik : Isteri Harith Iskandar pula berbikini?)



sumber gambar dari mediamalaya.com
gambar perut isteri harith iskandar
sumber gambar dari blog.selebriti.tv

Jezamine Lim, isteri kepada pelakon, pengacara dan pelawak terkenal, Harith Iskandar, tampil sebagai covergirl untuk majalah Shape dengan hanya mengenakan sepasang bikini yang mengiurkan. Jezamine, yang juga seorang doktor dan mempunyai sebuah restoren di kawasan Seri Hartamas, memulakan perkenalan dengan Harith melalui laman sosial Facebook. Wanita kacukan Cina-India ini kemudiannya mengahwini Harith Iskandar sekitar June 2010 dengan hantaran berjumlah RM50,000.



Insiden Harith Iskander menayangkan gambar isterinya yang sarat mengandung dalam keadaan perut isterinya terdedah,menerusi laman sosial Twitter miliknya, telah menimbulkan kritikan negatif sesetengah pihak. Malah ada yang kata, pelakon yang mendapat jolokan King Of Comedy ini sengaja mencari publisiti murahan dengan menayang perut isterinya, Jezamine Lim Iskander yang mengandung lapan bulan, sebegitu.

Memetik kenyataan di portal mStar, Harith berkata dia tidak bermaksud mahu mendapatkan publisiti murahan. Sebaliknya, dia sekadar ingin berkongsi perasaan gembira dan teruja kerana bakal bergelar bapa pada Mac depan.

"Saya tak berniat pun mahu menunjuk-nunjuk tetapi sekadar ingin berkongsi kegembiraan dengan pengikut 'Twitter' saya.

"Walaupun menanti detik untuk bergelar bapa bukannya satu perkara luar biasa tetapi ia adalah perkara yang bukan biasa untuk diri saya kerana belum pernah merasai detik sebegitu," katanya.

Sekaligus Harith meminta maaf sekiranya ada yang begitu sensitif mengenai isu gambar tersebut.

Bercerita mengenai detik kelahiran anak sulung yang ditunggu-tunggunya itu, Harith mengakui dia begitu teruja untuk menantikan saat-saat bahagia itu namun tidak mahu berlebih-lebihan dalam membuat persiapan.
tiada apalah sangat kalau Jezamine bergambar bersama suaminya... lagipun tu anak pertama mereka, tentulah mereka agak teruja bergambar untuk tatapan peminat mereka. Tengok gambar mereka berdua pun haluuuus je...

Apapun bersama kita mendoakan agar Harith Iskandar dan Jezamine selamat menerima kehadiran cahaya mata kelak. Mengenai isu bergambar ni pun Harith telah pun memohon maaf. Seperti kebiasaannya... janji dah mohon maaf kira ok la tu... 


7 comments:

  1. ishhh... cam ne jezamine ni boleh syok dengan harith ni. pelik betul la aku

    ReplyDelete
  2. tau xpe...ntah ape yg die stim tgk harith ntah...taula nnti kt neraka cmne...best ke x?

    ReplyDelete
  3. zaman dulu org tak pakai baju atau pakai baju pun tutup yg penting saja sebab diorg tak tahu nak buat baju...boleh terima lah sebab masa tu belum bertamadun lagi..

    zaman sekarang manusia sudah bertamadun tapi masih tak tahu atau buat2 tak tahu atau sengaja plak tak nak pakai baju atau pakai baju pun sekerat2 tempat yg penting saja ditutup macam org yg tak bertamadun...

    jadi zaman sekarang nak dikatagori manusia apa plak ye....

    entah lah ada suami pun ingat boleh membimbing tapi....entah lah sama2 lah jawap nanti

    ReplyDelete
  4. Apa lah awak semua tak ada kerja lain ker, asyik mengutuk orang saja. Cuba cerminkan diri dulu adakah baik mengata orang walhal diri lagi teruk, Inilah sikap orang Melayu kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sudah dia ni org islam memanglah kena kecam pasal terang-terang bagi tayang macam begitu.Takkan lah kau biarkan saudara seagama kau terus lalai dengan membiarkan perbuatan macam ni terus berlaku.Pelik betul aku org mcm begini

      Delete
  5. Ada aku kesah......tp mmg teruk dah perangai tayang badan dekat satu dunia....maruah tergadai sudah....kesian mereka

    ReplyDelete
  6. kesUstaz yg mgjr sekolah tahfiz tngk porno X kecoh pulak.mmhh melayu ku

    ReplyDelete