Klik untuk kembali ke Halaman Utama

30 November 2011

Pencuri dibakar hidup-hidup!


anda gemar mencuri? fikir-fikirkanlah akibatnya selepas anda melihat gambar di atas. Apa yang pasti hukuman tetap menanti anda. Kalau di Afghanistan anda mungkin dipotong tangan, tetapi kalau di Kenya anda mungkin dibakar hidup-hidup!




* gambar dipetik dari bestoneoffour.wordpress.com

23 November 2011

Gambar Perkahwinan Syella Kamaruddin

Tahniah diucapkan kepada Syella Kamaruddin yang baru saja melangsungkan perkahwinan dengan insan pilihannya. Sama-samalah kita ucapkan agar dengan perkahwinan ini akan menjadikan beliau seorang artis yang boleh dicontohi masyarakat. 

Syella sebelum ini hangat dengan beberapa kontroversi yang menghantui dirinya. Beliau yang asalnya lahir dari keluarga yang besar tidak malu mengakui beliau pernah membantu keluarganya menjual nasi lemak. Alhamdulillah, kehidupan beliau menjadi semakin sempurna maka sewajarnya beliau menjadi contoh yang baik dalam masyarakat.

Kepada Syella kami ucapkan selamat berbahagia... semoga kekal ke akhirnya, Insya Allah







Siapa suaminya? Gambar beliau terpaksa dikaburkan atas sebab-sebab tertentu...

* Gambar dipetik dari beautifulnara.com

Lagi berita mengenai Syella Kamaruddin

22 November 2011

(Gambar dan Video) Harimau BAHAM Garuda...


TAHNIAH BUAT PASUKAN HARIMAU MALAYA !!!


Kejayaan manis terlakar lagi di Stadium Utama Gelora Bung Karno, Jakarta apabila skuad negara berjaya menjuarai pingat emas sukan SEA 2011. Lebih membanggakan kematangan serta ketenangan yang dimiliki skuad Harimau Malaya berjaya mengunci mulut sebahagian besar penyokong fanatik Indonesia yang begitu emosional. Sikap sebahagian besar penyokong yang tidak menghormati lagu kebangsaan Negaraku yang berkumandang sebelum perlawanan jelas menggambarkan betapa angkuh dan kurang ajar sikap mereka terhadap negara Malaysia.

Apapun tahniah kepada barisan pemain Malaysia di atas kejayaan yang cukup bermakna ini. SYABAS MALAYSIA!!! 


21 November 2011

BARRACUDA wajar jadi ikon pelancongan di Indonesia...?


Skuad Harimau Malaya yang turun mempertahankan pingat emas dalam perlawanan akhir menentang Indonesia di Sukan SEA kali ini dikhabarkan menaiki kereta perisai Barracuda untuk ke stadium. Ini merupakan kali kedua skuad Malaysia 'berpeluang' menaiki 'barracuda' selepas piala AFF yang lalu di Jakarta.
Malaysia U23 Skuad Olimpik Malaysia HERO MALAYA TETAP BERSEMANGAT WALAU TERPAKSA NAIK BARRACUDA!
Sikap fanatik penyokong Indonesia yang boleh disifatkan sebagai 'kurang ajar' memaksa pihak berkuasa Indonesia mempertingkatkan kawalan keselamatan ke atas pemain Malaysia. Khabarnya pemain-pemain Malaysia juga akan terus diterbangkan ke Malaysia sebaik sahaja perlawanan selesai ekoran menerima pelbagai ancaman dari penyokong Indonesia.
Apakata Indonesia menjadikan Barracuda sebagai salah satu ikon pelancongan? Bolehlah agen-agen kembara di Jakarta menawarkan pakej pelancongan terutamanya kepada rakyat Malaysia untuk menaiki 'barracuda' untuk bersiar-siar di kota Jakarta. Nampaknya idea ini tentu bagus untuk dijadikan salah satu pakej pelancongan di Indonesia... tentunya tawaran 'mesra' ini pasti digemari oleh para pelancong Malaysia kelak!   

Ramai rakyat Malaysia yang meluat dengan gelagat penyokong Indonesia! Nampaknya hanya kerana bola mereka sanggup korbankan semangat serumpun kita...

17 November 2011

Fasha Sandha semakin BERANI

Fasha Sandha... pelakon yang sedang popular dengan watak Alisa dalam drama Alisa yang ditayangkan TV3 setiap Selasa cuba menarik perhatian masyarakat kembali dengan berpakaian berani. Beliau yang hadir ketika majlis pelancaran Majalah Lisa versi Malaysia yang dilancarkan pada 11 November 2011 yang lalu mengenakan pakaian berwarna merah yang seksi.  


hehehe... no komen. Lagipun pakaian yang dikenakan tidaklah seksi manapun, ala-ala Miera Liyana je. Jadi tak perlulah kita nak komen yang bukan-bukan. Lagipun dia bukannya pakai bikini pun macam kat Bali dulu, jadi elok sangat le Ibu Fasha Sandha jangan buat sidang media pertahankan Fasha lagi macam yang dulu-dulu. 

Jadi kepada peminat Fasha Sandha kami sajikan gambar-gambar Fasha ketika majlis berkenaan. Kredit gambar kepada rotikaya.com


16 November 2011

Malaysia bakal miliki Muzium Kapal Selam


Kapal Selam latihan yang pernah digunakan oleh Tentera Laut Di Raja Malaysia kini selamat diturunkan ke barge sebelum diletakkan di tapak kekalnya kelak di Dataran 1 Malaysia, Klebang, Melaka. Penghantaran kapal selam ini dilakukan oleh Felda Transport Services Sdn. Bhd yang telah memulakan pelayaran dari Brest, Perancis pada Oktober lalu.

Kapal Selam ini akan dijadikan Muzium Kapal selam pertama di Malaysia yang akan dikendalikan sepenuhnya oleh Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM). Apabila siap sepenuhnya kelak ianya bakal menjadi satu lagi ikon pelancongan di Melaka yang akan mendapat sambutan orang ramai kelak. Muzium ke 24 milik PERZIM ini juga bakal menempatkan beberapa buah kapal lagi antaranya Bahtera Mendam Berahi serta kapal Laksamana Cheng Ho.
SMD Ouessant Agosta 70 yang dibina pada 1979 diserahkan kepada Kerajaan Negeri Melaka untuk dijadikan satu lagi mercu pelancongan negeri ini. Muzium Kapal Selam yang pertama di Malaysia ini merupakan satu lagi kejayaan negara di dalam industri pelancongan. Langkah memartabatkan institusi pemuziuman melalui kelahiran muzium seperti ini merupakan satu langkah berani dan amat dipuji. 


Sama-samalah kita berharap agar dengan penubuhan Muzium Kapal Selam di Melaka ini kelak mampu mengubah persepsi dan pandangan masyarakat Malaysia terhadap dunia pemuziuman. 


Hargailah khazanah warisan milik kita, hanya melaui penghayatan terhadap pengalaman masa lalu membolehkan kita mencipta kejayaan yang lebih gemilang di masa hadapan... 



* gambar dipetik dari Facebook Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM)


Baca juga mengenai ini :

15 November 2011

Muzium Kapal Selam bakal julang PERZIM


Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) sekali lagi mengukir sejarah dengan ketibaan kapal selam SMD Ouessant jenis Agosta 70, milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang bakal diserahkan kepada Kerajaan Negeri Melaka melalui PERZIM untuk dijadikan satu lagi mercu perlancongan di negeri ini.

Kapal selam berkenaan yang telah pun sampai ke Melaka akan diletakkan pada asasnya di Dataran 1 Malaysia, Klebang pada 16 November 2011. Kapal Selam yang bakal dijadikan muzium ke 24 milik PERZIM ini akan dibuka sementara selama 10 hari bermula 22 November 2011.

Orang ramai berpeluang melihat dengan lebih dekat kapal selam ini sebelum ianya ditutup semula untuk kerja-kerja pengubahsuaian. Kapal selam sepanjang 67.57 meter, tinggi 11.75 meter dan lebar 6.5 meter buatan Perancis yang dibina pada 1979 merupakan kapal selam latihan yang digunakan oleh Tentera Laut Di Raja Malaysia sebelum menerima kapal selam pertama jenis Scorpene, yang kini ditauliahkan sebagai KD Tunku Abdul Rahman.

Ouessant at Brest in 2005
  
Career
Name:Ouessant (S623)
Builder:Arsenal de Cherbourg
Launched:1978
Decommissioned:2001
Fate:Training submarine, 2005–2009
Status:Transferred to Malaysia 2011
General characteristics
Class and type:Agosta-class submarine
Displacement:1,500 long tons (1,524 t) surfaced
1,760 long tons (1,788 t) submerged
Length:67 m (219 ft 10 in)
Beam:6 m (19 ft 8 in)
Speed:12 knots (22 km/h; 14 mph) surfaced
20.5 knots (38.0 km/h; 23.6 mph) submerged
10.5 knots (19.4 km/h; 12.1 mph) submerged (snort)
Test depth:300 m (984 ft 3 in)
Complement:5 officers
36 men
Sensors and
processing systems:
Thomson CSF DRUA 33 Radar
Thomson Sintra DSUV 22
DUUA 2D Sonar
DUUA 1D Sonar
DUUX 2 Sonar
DSUV 62A towed array
Armament:• SM 39 Exocet
• 4 × 550 mm bow torpedo tubes
• ECAN L5 Mod 3 & ECAN Fl7 Mod 2 torpedoes

* spesifikasi dari wikipedia

01 November 2011

Gambar dan Video : Kemalangan Keretapi dengan Lori Tangki di Sabah


Kota Kinabalu: Tiada kematian dilaporkan, namun setakat ini lapan cedera dalam letupan besar akibat pelanggaran antara kereta api dengan sebuah lori tangki minyak di hadapan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu di sini petang Isnin. 

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib memberitahu pemberita di tempat kejadian penumpang-penumpang lain dalam kereta api itu sama ada berjaya menyelamatkan diri ketika pelanggaran berlaku kira-kira 5.30 ptg atau mereka diselamatkan bila anggota bomba tiba.
Mangsa-mangsa segera dihantar ke Hospital Queen Elizabeth untuk rawatan, kata beliau.

Menurut Hamza, lori tangki itu sedang melintasi trek kereta api untuk menghantarminyak ke sebuah stesen minyak, tetapi pergerakannya agak perlahan menyebabkan kereta api berkenaan melanggarnya. 

Beliau berkata pemandu lori berusia 41-tahun dibawa oleh polis untuk siasatan,sementara pemandu kereta api berusia 51-tahun mengalami luka-luka di kaki. 
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah Nordin Fauzi memberitahu Bernama lima kereta bomba ditugaskan dari balai bomba Kota Kinabalu, Penampang dan Lintas. Beliau berkata mereka juga dibantu dengan sebuah kereta tangki air dan dua kereta bomba dari Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat lapangan terbang itu.
Sementara itu, seorang staf Penerbangan Malaysia Busri Asad, 39, berkata beliau nampak beberapa orang penumpang keluar melalui tingkap keretapi sejurus selepas pelanggaran berlaku. "Saya juga melihat orang-orang berlari ke bahagian belakang keretapi. Kira-kira 10 minit selepas pelanggaran, satu letupan berlaku dan api naik dengan marak," kata beliau.

Busri berada di seberang jalan dari tempat kemalangan selepas habis kerja.

Seorang setiausaha akhbar kepada menteri negeri, Arshad Hussin berkata beliau berada pada jarak kira-kira 700 meter ketika kemalangan berlaku. 

"Saya dalam perjalanan pulang dan hendak mengisi minyak di stesen. Tetapi saya membuat keputusan menghentikan kereta di tepi jalan kerana saya ternampak dari stesen itu kebakaran besar dan asap tebal. 

"Lalu lintas di jalan tiga lorong terhenti di depan tempat kemalangan dan kenderaan lain bergerak jauh menuju ke lorong sebelah kanan, mengelakkan lorong sebelah kiri," katanya, dan menambah beliau turut mendengar dua letupan. Beliau juga nampak orang-orang dalam gerabak berlari ke bahagian belakangkereta api. - sumber BERNAMA