Klik untuk kembali ke Halaman Utama

27 September 2011

Pengunjung ke 500,000 PERBADANAN MUZIUM MELAKA


Banda Hilir, Melaka (25 Sept 2011) : Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) hari ini mengadakan satu majlis ringkas meraikan pengunjung ke 500,000 seiring dengan Festival Hang Tuah yang diadakan bermula 23-25 September  2011 yang lalu.

Pengurus Besar PERZIM, Haji Khamis bin Haji Abas dalam kenyataannya hari ini memaklumkan majlis ringkas ini diadakan bagi menghargai serta berterima kasih kepada pengunjung-pengunjung yang telah menjadikan muzium-muzium di Melaka sebagai satu destinasi pilihan yang wajib ketika berkunjung ke Bandaraya ini.

‘Saya bersyukur kerana bilangan pengunjung ke PERZIM pada tahun ini telah menunjukkan peningkatan yang agak baik. Insya Allah, kami akan mengadakan beberapa aktiviti lainnya bagi menjadikan PERZIM terus popular di kalangan para pengunjung’, ujar beliau ketika ditemui selepas majlis berkenaan.

Peningkatan ini adalah hasil usaha berterusan yang telah dijalankan oleh PERZIM bagi menjadikan muzium sebagai destinasi pelancongan terunggul dan popular yang wajib dikunjungi oleh pengunjung tidak kira dalam mahupun luar negara. Usaha promosi ini  akan terus diperhebatkan lagi disamping terus menjalin kerjasama erat dengan agensi-agensi berkaitan serta memperkenalkan semua produk-produk pelancongan yang terdapat di Melaka agar  Melaka dijadikan sebagai destinasi pelancongan yang mesti dikunjungi di Malaysia.

Pada majlis itu seorang pengunjung bertuah En. Zawawi Mohamad Rashid (33) dari Merlimau, Melaka bertuah apabila diumumkan sebagai pengunjung ke 500,000 orang  bagi tahun ini. Beliau yang mengunjungi  Muzium Istana Kesultanan Melaka sempena FestivalHang Tuah bersama keluarganya terkejut apabila terpilih sebagai pengunjung bertuah. Beliau menerima cenderahati dari Y.Bhg Haji Khamis bin Haji Abas, Pengurus Besar PERZIM berupa hamper, sijil, buku-buku terbitan PERZIM serta kupon percuma mengunjungi pusat tarikan pelancong di Melaka antaranya Menara Taming Sari dan Sungai Melaka.

Zawawi yang berkunjung bersama isterinya Siti Zannah bte Mohamad Shukor (32) serta anak-anak beliau Siti Zarith Soffea (7), Mohd Zariff Danial (6), Siti Zurin Zulaika (4) serta Mohd Zikri Danish (2) sering membawa keluarganya menikmati keindahan dan keunikan bandaraya Melaka setiap minggu.

’Saya tidak menyangka menerima penghargaan ini. Sebagai warga Melaka sememangnya saya sering membawa keluarga bersiar-siar setiap minggu. Penghargaan dari Perbadanan Muzium Melaka sebagai pengunjung ke 500,000 ini memang mengejutkan dan saya saya gembira,’ ujar Zawawi sambil menegaskan setiap warga Melaka perlu turut sama terlibat menyerikan industri pelancongan di Melaka yang kini menjadi tarikan seluruh dunia.

2 comments:

  1. WAH.. DAH SETENGAH JUTA DAH.. SYABAS2.. INI SEMUA KERANA PROMOSI YANG CUKUP HEBAT.. SYABAS BRO... IKHLAS NI.. KALAU BOS TAK PUJI, BIAR AKU PUJI...

    ReplyDelete
  2. hehe... terima kasih bro. x minta boss puji pun tp kata2 semangat dari sahabat2 yg paling utama. TQ bro, ini adalah hasil usaha dan kejayaan milik kita semua

    ReplyDelete