Klik untuk kembali ke Halaman Utama

20 September 2011

HANTU BONCENG nak kena GAM ke...?


Semalam akau bercerita mengenai filem kusam Nasi Lemak 2.0 arahan Namewee dan juga Karipap-karipap Cinta arahan Gambit Saifullah. Hari ni aku nak sentuh sikit pasal filem Hantu Bonceng karya Ahmad Idham. Anda dah tengok ke filem-filem ni? hehehe... aku tak tengok dan aku tak ingin nak tengok! Cetuskan ler kontroversi macamana pun sebab aku anggap ni sampah yang perlu dilupuskan kat tempat pembuangan sampah je...

Khabarnya Hantu Bonceng ni pun mengundang kemarahan ramai disebabkan beberapa scene yang sensitif serta dialog yang tak sesuai serta dianggap sebagai menghina Islam.

"Saya faham, apa yang salah... salah jugak. Tapi pasal hina Islam memang jauh dari otak fikiran saya la.. takde lagsung terniat. Ini adalah Agama dan Rasul saya.. Maaf sekiranya saya silap," demikian tulis Zizan dalam Twitternya berhubung kontroversi yang mendakwa dia menghina Rasullullah di dalam satu adegan filem Hantu Bonceng.

Aku tak mahu cerita banyak tapi aku kagum dengan semangat orang kita menghasilkan filem macam ni. Langsung tak fikirkan faktor-faktor lain, apa yang penting filem laku dan menguntungkan. Dalam keadaan masyarakat yang semakin keliru dengan isu Makcik hajjah Sitt Al-Wuzara yang lantang menghina Islam, kini muncul lagi elemen-elemen sepertinya yang berkaitan akidah dan sebagainya.

Apakah ini semua adalah kebetulan atau apakah mungkin kita sebenarnya telah mempunyai 'The Hidden Hand' yang kini telah bersemadi dalam masyarakat kita? Dan ini adalah masanya tangan-tangan ini mula digerakkan ke atas masyarakat kita lantaran kelemahan penguatkuasaan kerajaan ke atas mereka?

Aku juga tertarik dengan dialog antara Ahmad Idham dengan seorang pengguna Facebook bergelar Marikh Azahari seperti dipaparkan dalam ohartis.com 


Printscreen ni aku rembat dari blog ohartis.com

Jangan marah ye sebab aku pun suka tengok jawapan Ahmad Idham ni. Haaahaa... aku nak ulas jugak tapi aku takut la sebab aku ni kan cetek agama. nanti Ahmad Idham sekolahkan aku pulak. Tapi aku suka ajak Ahmad Idham untuk sama-sama sekolah bab agama dengan aku nak? 

Elok kau diam je dan minta maaf kan senang... bukan ke bangsa kita ni sangat memaafkan dan MUDAH LUPA pulak tu. Tapi bab minta maaf dengan Allah tu pandai-pandai kau lah yerk... 

Kena GAM? hehe jangan takut lah Ahmad Idham, takkan kena gam punya. Lagipun hal-hal macam ni REMEH je la. Takkan adanya JAKIM nak ambil tindakan, lagipun bab-bab macam ni bukan di bawah kuasa mereka pun. Banyak lagi sijil HALAL yang perlu mereka uruskan...
 
* kredit kepada milosuam.blogspot.com dan ohartis.com

2 comments:

  1. Byk benda lain yg ble wat lawak, napa agama jugak die usik.. Cuba blogger2 n pembaca2 yg lain pk jap, klu agama Islam dipermainkan, misti menteri xpun agensi berkaitan 'liat' je nak amik tindakan. Siap 'back up' ag. "niat die cuma b'lawak dan baik.. tak mengapa la". tak percaya, tgk la.. jawapan nie misti ada kuar punya. Klu agama lain dipermainkan, cepat je menteri n agensi 'melatah'... Dunia nak kiamat, mcm nie la ragamnya...

    ReplyDelete
  2. TAK TAU APE2 PASAL TAK TENGOK CERITA NI LAGI...

    ReplyDelete