Klik untuk kembali ke Halaman Utama

02 August 2011

Wedding, Scary & Fantasy 2011 by PERZIM dan D'Apple Busana Bridal

Kemeriahan Pesta Permainan Tradisional Warisan Negeri Melaka 2011 anjuran Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) turut diserikan dengan Pertandingan Makeover dan Photoshoot D’Apple Busana & Bridal. Pertandingan mencari kreativiti tatarias dan solekan menerusi tema ’Wedding, Scary and Fantasy’ dijayakan dengan kerjasama Butik D’Apple Busana & Bridal dan Kelab Rakan Muda Tangga Batu, Melaka. Seramai 60 orang peserta menyertai pertandingan ini yang terdiri dari jurusolek, jurufoto dengan penampilan model mereka masing-masing.

Pengurus Besar PERZIM, Tuan Haji Khamis bin Hj. Abas menjelaskan pertandingan berkenaan sebagai sebahagian dari Program Pesta Permainan Tradisional Warisan Negeri Melaka yang bertujuan menarik kunjungan masyarakat ke sekitar Kompleks Warisan Melaka.

’Pelbagai acara diadakan bagi menjadikan kunjungan orang ramai ke Bandaraya Warisan Dunia ini terutamanya ke muzium-muzium adalah cukup bermakna’, ujar beliau.

Pertandingan solekan wajah secara terbuka ini ternyata berjaya mencuit hati para pelancong. Orang ramai berebut-rebut mengambil kesempatan bergambar bersama para model terutamanya mereka yang membawa watak menyeramkan dengan solekan yang menakutkan.

Haji Khamis kemudiannya menyampaikan hadiah kepada para pemenang sambil memaklumkan bahawa PERZIM akan menganjurkan pertandingan seumpama ini pada masa akan datang kelak melibatkan muzium-muzium di sekitar Banda Hilir. 
























2 comments: