Klik untuk kembali ke Halaman Utama

18 August 2011

Kes MURTAD di Malaysia : AZLINA JAILANI @ LINA JOY?


  1. Nama asal: Azlina Jailani, pernah memohon pada tahun 1997 untuk ditukar kepada Azlina Lelani tetapi ditolak sebab          beralasan telah tukar agama Kristian.
  2. Permohonan kedua untuk tukar kepada Lina Joy pada 1999 tanpa menyatakan sebab pertukaran kepada agama Kristian telah diluluskan, dengan Kad Pengenalan Baru tertera perkataan Agama Islam.
  3. Ayah bernama Jailani bin Shariff dan ibu bernama Kalthum binti Omar, keduanya beragama Islam dan mengamalkan hidup sebagai Muslim.
  4. Berwajah typical Malay, berbangsa Melayu keturunan Jawa, berumur 42 tahun.
  5. Mengisytiharkan tidak pernah mempraktikkan Islam sejak lahir, beragama Kristian sepenuhnya sejak tahun 1990, mempunyai sijil Baptis yang dikeluarkan pada 11-May-1998, dan pada tahun 2000 menyatakan hasrat untuk berkahwin dengan seorang India Kristian, dan meminta untuk didaftarkan perkahwinan tersebut untuk mengesahkan perkahwinan beliau.
  6. Telah beberapa kali dipanggil dan dinasihatkan oleh Majlis Agama berkenaan kemurtadan beliau, tetapi beliau mempertahankan yang pilihan keluar dari Islam adalah kehendak sendiri dan telah dimaklumkan pada kedua ibu bapa.
  7. Bekerja di ProQuest di Taipan, Subang Jaya.menetap di Taman Dato’ Tan Yeiw Lai, Kuala Lumpur.


FAKTA KES

1.  Selepas berkahwin dengan seorang Kristian, beliau memohon untuk pendaftaran perkahwinan, tetapi tidak dibenarkansebab di dalam Kad Pengenalan masih tertulis beragama Islam walaupun beliau berjaya menukar nama dalam Kad Pengenalan kepada Lina Joy.
2.   Berusaha untuk menghilangkan perkataan agama Islam tersebut dengan permohonan kepada Jabatan Pendaftaran Negara(JPN) pada tahun 2000.
3.     Permohonan tidak dibenarkan oleh JPN disebabkan tidak ada kebenaran dari Mahkamah Syariah yang membenarkan memperakui beliau keluar Islam.
4.      Mahkamah Syariah mengguna pakai undang-undang Islam yang tidak membenarkan (MENGHARAMKAN) seseorang Muslim keluar dari Islam (Murtad), dan Sijil Tukar Agama (Murtad) seperti yang dikehendaki oleh JPN tidak dapat dikeluarkan.
5.       Permohonan bermula di Mahkamah Tinggi tahun 2000, seterusnya ke Mahkamah Rayuan pada 19-Septemebr-2005, dan keduanya mengiktiraf bahawa kes adalah dalam kuasa Mahkamah Syariah untuk membenarkan beliau keluar dari Islam dan membolehkan dibuang perkataan Islam di dalam Kad Pengenalan.Setelah semuanya tidak berjaya, peguambela, Dato’ Dr Cyrus Das, juga bekas Presiden Majlis Peguam, berjaya  
1.       mendapat kebenaran untuk kes dibawa kepada Mahkamah Persekutuan.

2.     Kes didengar oleh 3 Hakim (2 Muslim & 1 non-Muslim ~ Ketua Hakim Tun Fairuz, Dato’ Alauddin, & Dato’ Richard) pada dasarnya berpendirian yang sama menyokong tindakan Mahkamah Rayuan, HINGGALAH Majlis Peguam yang di ketuai oleh Peguam Malik Imtiaz Sarwar dan beberapa yang lain, yang hanya menjadi barisan peguam pemerhati beserta banyak lagi NGO yang menyokong Lina Joy meminta untuk memberi hujah & bersuara, dan DIBENARKAN oleh mahkamah yang terlibat.
3.       Itu adalah permulaan isu ini dibesarkan yang mana tidak pernah dalam sejarah perundangan negara peguam pemerhati dibenarkan berhujah di dalam Mahkamah.
4.       Hujah yang dibawa oleh barisan peguam pemerhati yang diketuai oleh Majlis Peguam tersebut melarikan isu utama kes berkenaan daripada hak & kuasa Mahkamah Syariah TETAPI memberi hujah bahawa Lina Joy adalah berhak untuk mempraktikkan kepercayaannya dan dilindungi oleh perlembagaan sebagai hak individu seperti yang terkandung di dalam Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan.
5.      Isu Mahkamah Syariah seperti yang diputuskan oleh mahkamah terdahulu sudah tidak releven lagi pada hujah Majlis Peguam, dan isu yang diperjuangkan oleh Kumpulan Artikel 11 & IFC dijadikan isu utama kes ini di Mahkamah Persekutuan.
6.    Isu yang diperjuangkan oleh kesebelas NGO non-Mulsim atas nama kumpulan Artikel 11 & Inter-Faith Council (IFC) adalah untuk mendefinisikan perkataan "person" (individu) yang terkandung di dalam Artikel 11 tersebut untuk merujuk kepada individu as per sey, bukan lagi kumpulan atau agama secara umumnya.
7.   Ini adalah kali pertama dalam sejarah Malaysia penghujahan yang sebegitu berani & bersikap kurang ajar yang dilakukan untuk menghuraikan definisi tersebut bagi menguraikan ikatan Islam mengikut kefahaman peribadi seseorang penganut itu sendiri, dan menafikan hak Islam sebagai agama untuk mewajibkan umatnya mempraktikkan amalan & syariat Islam seperti yang terkandung dalam undang-undang Islam.
  
IMPLIKASI DARI DEFINISI "INDIVIDU"

Nampak & dengar terlalu kecil, tetapi implikasinya melampaui batas pemikiran kita…!
  1. Orang Islam dibenarkan meninggalkan Islam pada bila-bila masa sahaja, walaupun mengakui mereka adalah Melayu pada bangsanya. Ini bermakna Melayu di Malaysia bukan lagi terikat dengan agama Islam seperti yang telah digazetkan dalam perlembagaan.
  2. Apabila definisi "person" didefinisikan sebagai hak individu, maka agama Islam boleh ditafsirkan mengikut kefahaman individu sendiri tanpa ada undang-undang Islam yang boleh mengongkongnya;

  • Orang Islam boleh keluar-masuk Islam pada bila-bila masa.
  • Islam boleh diamalkan mengikut kefahaman sendiri sepenuhnya. 
  • Kesalahan syarie oleh seorang Muslim tidak boleh diambil tindakan disebabkan perundangan Syariah sudah tidak relevent.
  • a.       Sebagai contoh, solat boleh dilakukan mengikut sedap hati mengikut rakaat solat yang difahami sendiri, puasa dalam Ramadhan boleh ditinggalkan apabila membuat deklarasi “bukan Islam” pada bulan itu tanpa boleh diambil tindakan.
    b.     Semua badan-badan Islam tidak relevant lagi dalam perundangan semasa, sebab hak mempraktikkan secara individu diperjuangkan.
    • Raja-raja Melayu hilang kuasa sebagai benteng & simbol agama.
    • Kanak-kanak apabila masuk umur 18 tahun, ibu bapa akan terus hilang kuasa untuk menetapkan agama dan fahaman mereka, dan tindakan boleh diambil ke atas ibu bapa yang memaksa anak mereka mengamalkan Islam.
    • Perukunan Islam pada dasar sudah tidak valid disebabkan tiada satu pun akta-akta berkaitan Islam contohnya Akta Solat, Akta Puasa, Akta Haji, Akta Zakat yang mengikat seseorang Muslim di dalam perlembagaan
MENGAPA KES LINA JOY?

  1.  Kes Lina Joy adalah kes yang sudah lama didiamkan, tetapai ianya telah diheboh-hebohkan diperingkat antarabangsa secara bersungguh-sungguh, dan ia adalah satu daripada ratusan ribu kes yang menanti untuk diketengahkan.
  2. Kes Lina Joy adalah kes yang mengambil kesempatan dalam kekalutan semasa umat Islam di dunia, dan di Malaysia khususnya yang amat lemah dan tidak ada keupayaan untuk digembleng bagi mempertahankan Islam di mana-mana sahaja, hatta mempertahan aqidah seorang muslim yang lain.
  3. Kes ini pada dasarnya adalah rentetan daripada tuntutan kumpulan “Artikel 11” yang pernah berkumpul di Petaling Jaya & Melaka, dan pernah cuba berkumpul di Pulau Pinang pada 14-Mei-2006 yang menuntut kepada pemerintah untuk membenarkan sepenuhnya kebebasan Murtad di bawah Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan, setelah kekalahan untuk kes Mohamed Abdullah @ Moorthy, S. Sharmala dan Nyonya Tahir.
  4. Amat mendukacitakan sekali apabila kumpulan Artikel 11 yang juga dikenali Inter-Faith Council (IFC) disertai oleh beberapa individu Melayu & Islam termasuklah Sister-in-Islam, yang digerakkan oleh pemimpin-pemimpin & sekutu pemimpin-pemimpin negara yang beragama Islam.
  5. Kes Lina Joy adalah percubaan yang akan memberikan impact yang amat besar, dan diistilah kan sebagai “beyond our imgination” yang mana ia secara langsung mencabar undang-undang Syariah oleh Mahkamah Syariah di bawah Perkara 121(A) Perlembagaan Persekutuan, samaada ianya akan dipinda atau dihapuskan sepenuhnya, dan seterusnya mancabar hukum yang Allah SWT telah tetapkan di dalam Al Quran & As Sunnah.
    Berikutan kes Lina Joy, maka terlalu banyak kes-kes permohonan Murtad dan sebagainya yang telah lama 
1      menunggu & sedang menunggu, dan kejayaan dari kes ini akan membenarkan permohonan lebih 250,000 untuk keluar Islam akan dibenarkan oleh perlembagaan.
2.  Kes ini menjadi PERHATIAN PENUH organisasi & individu bukan Islam seluruh dunia, dan seluruh negara-negara besar di dunia menghantar wakil untuk memberikan pressure yang besar ke atas hakim & sistem perundangan negara yang AMAT LEMAH untuk membela aqidah seorang rakyat Islam.
3.     www.becketfund.com, www.malaysianbar.org.my,  www.bernama.com.my menyenaraikan dengan jelas fakta kes dan bagaimana organisasi besar satu dunia ini menjadi tembok & dalang yang begitu kuat yang membela Lina Joy. Ianya dianggotai oleh pelbagai pertubuhan hak asasi manusia sedunia.
4.       Di Malaysia pula 11 NGO dan organisasi menghantar wakil ke Mahkamah Persekutuun untuk memberi pressure kepada Hakim yang terlibat setelah mereka dibenarkan bersuara untuk membela Lina Joy, antaranya;
  • Malaysian Bar Council
  • All Women’s Action Society (AWAM)
  • Sisters in Islam (SIS)
  • Catholic Lawyers Society
  • Interfaith Spiritual Fellowship
  • Malaysian Civil Liberties Society (MCLS)
  • Malaysian Consultative Council of Buddhism, Christianity, Hinduism and Sikhism (MCCBCHS)
  • National Human Rights Society (HAKAM)
  • Pure Life Society
  • Suara Rakyat Malaysia (SUARAM)
  • Vivekananda Youth Movement, Seremban
  • Women’s Aid Organization (WAO)
  • Women’s Development Collective (WDC)

5.    Wakil dari pertubuhan antarabangsa khususnya juga bercakap menyatakan pendirian mereka bahawa agama adalah pilihan 100% pada diri individu tanpa paksaan.  Mereka membentangkan paper & kes study yang begitu panjang lebar kepada hakim-hakim yang terlibat untuk meletakkan mereka pada tahap kekeliruan yang amat tinggi.
6.       Dalang utama pihak yang membela Lina Joy adalah wakil Bar Council yang beragama Islam (Malik Imtiyaz Sarwar) telah mengambil partisan stand untuk memberi hujjah yang menyokong tindakan Lina Joy tersebut tanpa mendapat restu dari Bar Council member. Malik sendiri berpendirian agar seorang Muslim dibenarkan untuk menukar agama mereka kepada apa jua pilihan mereka…
7.    Suatu yang amat menyedihkan kerana tidak ada wakil daripada pertubuhan Islam yang begitu banyak di Malaysia, kecuali ABIM dan Persatuan Peguam Muslim Malaysia sahaja yang bercakap mempertahankan hujah.
8.       Suatu fakta yang dinyatakan oleh Peguambela pihak Lina Joy di dalam mengakhiri kes itu menyebut;

“…it is time that we must knock into the heads of Malasy that our country Malaysia has never been an Islamic country. Strong message must be thrown to Muslim to tell them that in Malaysia Islam is just subservient to constitution…”
    ibunda Azlina Jailani

* maklumat dari sumber internet

     

35 comments:

  1. NAK CERITA BANYAKPON, TELAH DIHURAIKAN PANJANG LEBAR... NASIHAT AKU, JANGANLAH MURTAD.... ISLAM TU DAH BETULLAH TU, JANGAN TUKAR2 LAGI..

    ReplyDelete
  2. WAHAI BANGSA MELAYU, BANGKITLAH... KEMBALIKAN KEMEGAHAN KITA DIMASA SILAM. AL-QURAN BUKAN UNTUK DIHAFAL, FAHAMI DAN KAJILAH MAKNANYA..

    ReplyDelete
  3. aku nak tengok sangat macam mane dorg yang murtad ni mati nanti..mintak sangat di siarkan kepada umum sebab nak bagi pengajaran kepada yang lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dorg mati mcm orang islam juga mati nya...tdk ada bedanya..dlm tanah juga tidurnya..sementara menanti datang-Nya Sang Penebus..

      Delete
    2. Jika tidak di dunia, di akhirat nanti ada nya janji Allah.
      Ali Imran ayat 3:85 "Dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi."
      Al Baqarah ayat 217 "Barang siapa yang murtad di antara kamu dari agamanya, lalu dia mati dalam kekafiran, maka mereka itulah yang sia-sia amalannya di dunia dan di akhirat dan mereka itulah penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya."

      Wallahualam

      Delete
  4. Itu la kelemahan kaum Islam kita Nampak sampai Sekarang. Suka menghakimi agama orang lain. Sedangkan agama Dia pegang adalah kepercayaan Nya sendiri. Syurga neraka bukan kaum manusia biasa Yg tentukan. Semua tu adalah perbuatan manusia sendiri.

    ReplyDelete
  5. Saya seorang beragama islam dari sabah tapi saya bukan melayu,saya bangsa pribumi sabah.Sebenarnya saya juga mahu mengambil langkah untuk keluar islam dalam masa terdekat ini kerana ceritnya amat panjang.Tetepi saya tidak kata saya tidak menyukai agama islam.Bagaimana saya tertarik dengan ajaran kristian ialah mereka banyak membantu saya dari segi makanan pakaian dan sebagainya dari agama lain.Saya seorang homeless tidak ada pekerjaan dari tahun awal 2010 lagi sehingga la sekarang ini.Saya dibuang kerja oleh syarikat tempat saya bekerja,hidup saya jadi tak tentu arah.Saya ke hulu ke hilir tanpa tujuan,tapi dalam kehidupan saya seharian sebagai homeless pihak kristian banyak membantu dan membimbing saya.Memberi saya tempat tidur dan tiba masa krismas mereka banyak memberi hadiah pada saya dan tak kira apa juga bangsa dan agama sehomeless dengan saya.Ada pernah satu hari saya sedang tidur di masjid jamek kuala lumpur tetapi scara tiba-tiba ada seorang pekerja di masjid tersebut menendang kaki saya sehingga terasa sakit tanpa diketahui sebarang sebab tetapi dia mungkin ada bicara yang lembut tapi langsung tak ada.Saya sungguh terharu dan sedih kerana pihak kristian beri layanan saya lagi baik dari agama saya sendiri,saya juga pernah ke sebuah gereja evangelism dan menyuarakan hasrat saya mahu ke agama kristian dan seorang sisiter menghulurkan saya bantuan wang dan memberi saya nasihat dan mendoakan saya agar menjadi seorang baik.Buat pengetahuan anda semenjak dari dari saya di bimbing oleh pihak kristian saya mula merhenti hisap rokok dan buat kerja-kerja yang tak patut saya buat dulu.Saya tidak tahu apa yang saya buat lagi,tapi saya akan membuat rujukan dahulu dan bagaimana.Saya memohon maaf dan silap jika artikel saya ini menyentuh sensitivity agama islam tapi tidak terlintas langsung difikiran saya untuk memburukkan agama islam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saudara, saya bukanlah seorang yang arif tentang agama..tapi saya nasihatkan saudara jgn terburu2 dalam membuat keputusan..hal ini sangat serius dan melibatkan urusan hidup dan mati..untuk pemulaan,saudara bersabarlah..tenangkan hati kerana apabila hati tenang, kita akan dapat berfikir dengan sewajarnya..saudara, Allah sangat menyayangi hambaNya, jangan saudara bertindak keluar Islam hanya kerana sikap umat Islam. kerana bukan sikap umat Islam yang perlu kita fikirkan,sebaliknya ajaran Islam itu sendiri. Allah memilih saudara untuk diuji..kerana apa?hanya Dia yang tahu jawapannya.mungkin juga kerana Dia ingin meningkatkan martabat kita disisiNya. oleh itu Dia beri ujian..cuba kita renungi sahabat2 Nabi yang lagi dahsyat dugaanya..contoh seperti Sumayyah yang diseksa sehingga mati kerana ingin pertahankan imannya..dan banyak lagi..cuba saudara renungi, mengapa mereka ditimpa ujian hebat sebegitu sedangkan mereka orang yg beriman? tapi disebalik Ujian Allah itu,mereka dijanjikan syurga yang kekal..sabar ya saudara..kembalilah pada Allah..mohon bantuannya..bantuan Allah kadangkala tidak sampai dalam masa yang sekejap tapi pada waktu yang sesuai..hanya Dia yang mengetahui..

      Delete
    2. saya yakin, Allah sedang menunggu saudara untuk mengadu padaNya..Dia sentiasa rindukan suara hambaNya untuk mengadu dan meminta..berdoalah dan bersabarlah..sesungguhnya kesabaran saudara tidak akan sia-sia..semoga syurgalah tempat saudara. Amin

      Delete
    3. Salam sejahtera buat saudaraku... Semuga rahmat Allah dilimpahkan kepada saudara.
      Setiap orang mempunyai masalah yang berbeza. Pastinya Allah juga menguji setiap hambanya. Semakin kuat ujian Allah seharusnya dihadapi dengan jiwa yang tenang. Ujian demi ujian yang diterima mampu menjadikan kita semakin dekat dan hampir dengan Allah. Ambillah PELUANG ini sebenarnya untuk saudara melangkah menjadi Hamba Allah yang cemerlang. Sentiasa tunduk bertasbih kepada Allah walau apa jua cabaran yang dihadapi.

      Percayalah... kelak satu masa saudara akan merasai betapa kenikmatan sebenarnya dengan hanya saudara ingatkan Allah. Anggaplah ini ujian untuk saudara bagi melayakkan saudara naik ke peringkat lebih tinggi di sisi Allah. Kelak, saudara akan mengerti betapa nikmat kebendaan yang ditaburkan kepada saudara oleh pihak Kristian hanyalah secebis limpahan yang tidak memberi apa-apa nilai untuk saudara.

      Saya mendoakan agar saudara terus tabah dan memantapkan amalan supaya berada lebih hampir kepada Allah. Insya Allah, semoga saudara beroleh rahmat kelak. Amin

      Delete
    4. pcaya lh wahai. . .saudara/saudari. .kristen ada agama suci. ..

      Delete
    5. Assalamualaikum , maaf saya ingin coretkan / kongsikan sedikit tentang isu ini . Saya perkenalkan diri . Saya pun dari sabah berbangsa kadazan (mualaf). Apa yang saya ingin katakan di sini , saya tidak nafi kan kebaikan org2 yang beragama kristian sebab dalam bible mengajar benda yang baik2 dan dalam islam pun mengajar ke arah kebaikan . Setiap org islam diberi dugaan , dan setiap dugaan mengandungi hikmah dan Allah tidak turunkan dugaan tersebut jikalau melebihi batas kemampuan kita . Di dunia ini ada yang baik ada yang jahat . Yang perlu di titik berat ialah sebelum anda keluar islam , anda boleh jamin yang agama selepas ini yang anda anuti mampu bawa anda ke syurga ? Selepas anda meninggal dunia , apa yang akan anda terima di alam barzakh dan di hari perhitungan ? Dunia ini hanya lah sekadar mainan . Sekarang ini dunia sudah tua , banyak agam baru muncul .. Terutama illuminati ( agama menyembah syaitan yang bermata satu) . Renung kepada diri kita , andai ada berbuat dosa atau berbuat silap yang sebelum ini anda tidak pernah lakukan , tolong check diri kita sebab illuminati ini mampu control mind kita ... Maaf jika ada salah , tolong maafkan saya :-)

      Delete
    6. This comment has been removed by the author.

      Delete
    7. As'salamualaikum saudara/saudari. Sebak membaca komen anda. Saya bukan pandai berbicara menasihat. Tapi, Lihat kepada diri kita, mana kurangnya kita. Allah tak pernah jauh, kita selalu jauhkan diri dari Allah. Ingatlah setiap sesuatu ada hikmahnya. Allah datangkan ujian untuk hambanya meningkatkan rasa cinta kepadanya. Allah datangkan ujian untuk melihat sejauh mana iman seseorang. Mengucaplah dan bersyukurlah dilahirkan dalam agama yg benar. Ada manusia allah uji dengan kekayaan dan kesenangan, ada manusia yang allah uji dengan kemiskinan dan kesusahan. Dalam dunia kita ada ramai orang islam yang tak nampak keislamannya, oleh itu jangan salahkan agama jika peribadi seseorang tidak begitu baik dan tidak mengamalkan cara hidup islam. Semua agama mengajar manusia berbuat baik. Tapi agama yg benar hanya satu. Dekatilah mereka yang cintakan allah dan rasulnya. Banyakkan hadiri majlis ilmu sprti ceramah agama. Sesungguhnya mereka yang murtad tidak mencium bau syurga. Maaf jika ada yg trkasar oada saudari/saudara. Semoga Allah menguatkan iman dan memberi hidayah dan rahmatnya.

      Delete
    8. Shalom saudara .. saya doakan anda diberkati Tuhan .. semoga anda menjadi anak Tuhan yang baik ..

      Delete
    9. btape lemahnye iman hanya krana u r homeless , then dberi mkn , mnum , tmpt tnggl n duit oleh agama lain, snggp nk tkr agama ? kne tendangg kne pijak skalipun , slh agama Islam ke ? Manusia ni xsama tau , hati lain lain . xkira ape agama skalipn . Tgk dri sndr mane slh kau , perbaiki diri , jgn tau nk complain je . Bersyukur dgn ape yg ade . Jgn jd pemalas yg harapkn org suap je .Semua org ade masalah xkira apa agama skalipn tp jgn laa cetek sgt pemikiran tu . ALLAHUAKBAR!
      SO FUNNY~

      UNSUCCESSFUL PEOPLE ONLY BLAME HATE AND COMPLAIN.

      Delete
  6. Saya seorang beragama islam dari sabah tapi saya bukan melayu,saya bangsa pribumi sabah.Sebenarnya saya juga mahu mengambil langkah untuk keluar islam dalam masa terdekat ini kerana ceritnya amat panjang.Tetepi saya tidak kata saya tidak menyukai agama islam.Bagaimana saya tertarik dengan ajaran kristian ialah mereka banyak membantu saya dari segi makanan pakaian dan sebagainya dari agama lain.Saya seorang homeless tidak ada pekerjaan dari tahun awal 2010 lagi sehingga la sekarang ini.Saya dibuang kerja oleh syarikat tempat saya bekerja,hidup saya jadi tak tentu arah.Saya ke hulu ke hilir tanpa tujuan,tapi dalam kehidupan saya seharian sebagai homeless pihak kristian banyak membantu dan membimbing saya.Memberi saya tempat tidur dan tiba masa krismas mereka banyak memberi hadiah pada saya dan tak kira apa juga bangsa dan agama sehomeless dengan saya.Ada pernah satu hari saya sedang tidur di masjid jamek kuala lumpur tetapi scara tiba-tiba ada seorang pekerja di masjid tersebut menendang kaki saya sehingga terasa sakit tanpa diketahui sebarang sebab tetapi dia mungkin ada bicara yang lembut tapi langsung tak ada.Saya sungguh terharu dan sedih kerana pihak kristian beri layanan saya lagi baik dari agama saya sendiri,saya juga pernah ke sebuah gereja evangelism dan menyuarakan hasrat saya mahu ke agama kristian dan seorang sisiter menghulurkan saya bantuan wang dan memberi saya nasihat dan mendoakan saya agar menjadi seorang baik.Buat pengetahuan anda semenjak dari dari saya di bimbing oleh pihak kristian saya mula merhenti hisap rokok dan buat kerja-kerja yang tak patut saya buat dulu.Saya tidak tahu apa yang saya buat lagi,tapi saya akan membuat rujukan dahulu dan bagaimana.Saya memohon maaf dan silap jika artikel saya ini menyentuh sensitivity agama islam tapi tidak terlintas langsung difikiran saya untuk memburukkan agama islam.

    Salam sejahtera buat saudaraku... Semuga rahmat Allah dilimpahkan kepada saudara.
    Setiap orang mempunyai masalah yang berbeza. Pastinya Allah juga menguji setiap hambanya. Semakin kuat ujian Allah seharusnya dihadapi dengan jiwa yang tenang. Ujian demi ujian yang diterima mampu menjadikan kita semakin dekat dan hampir dengan Allah. Ambillah PELUANG ini sebenarnya untuk saudara melangkah menjadi Hamba Allah yang cemerlang. Sentiasa tunduk bertasbih kepada Allah walau apa jua cabaran yang dihadapi.

    Percayalah... kelak satu masa saudara akan merasai betapa kenikmatan sebenarnya dengan hanya saudara ingatkan Allah. Anggaplah ini ujian untuk saudara bagi melayakkan saudara naik ke peringkat lebih tinggi di sisi Allah. Kelak, saudara akan mengerti betapa nikmat kebendaan yang ditaburkan kepada saudara oleh pihak Kristian hanyalah secebis limpahan yang tidak memberi apa-apa nilai untuk saudara.

    Saya mendoakan agar saudara terus tabah dan memantapkan amalan supaya berada lebih hampir kepada Allah. Insya Allah, semoga saudara beroleh rahmat kelak. Amin

    ReplyDelete
  7. Apela nk jadi dgn melayu ni. Bersyukur la kerana di lahirkn Islam. Malaysia ptt mengamalkan sisitem perundangan Islam yg btl dn melaksana kn hukum Allah br lah bnde ni dpt di bendung. Tiada peraturan or hukum yg bole setanding hukum Allah. Ape yg Allah tuntut itu la yg plg baik sekali.

    ReplyDelete
  8. Puji Tuhan kerana Dia telah menunjukan Terang buat saudari Lina Joy...Tuhan Berkati beliau..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tp plik lh. .knapa meka pksa dia msk islam sdang kn dia tak nak. .mcm pksa pl. .klu kristen tak ada pksa. .biar lh dgn hati tbuka.

      Delete
    2. Bukan paksa . Tapi demi kebaikan seseorang . Saya dulu beragama kristen . Skrg islam . Saya lebih rela mati daripada keluar dari islam .

      Delete
  9. Dari Imam al-Bukhari ..Aisyah bertanya pada Nabi Muhamad,..”apakah engkau pernah menghadapi suatu hari yang lebih berat daripada perang Uhud?’”

    Nabi Bersabda “ Aku pernah mendapatkan perlakuan kasar dari kaummu,tetapi perlakuan mereka yang lebih berat yang aku rasakan adalah pada waktu aqabah ketika aku menawarkan diriku kepada ibnu Abd Yala’il bin Abd Kallal tetapi dia tidak menganggapi apa yang aku inginkan sehingga aku beranjak dari sisinya dalam keadaan sedih.Aku tidak lagi menyedari apa yang terjadi kecuali setelah dekat tempat yang bernama Qarn atsb-Tsa’alib (sekarang di sebut Qarn-al Manazil). Waktu aku mengangkat kepala ku ,tiba2 datang segumplana awan menaungiku , lalu aku melihat ke arahnya dan ternyata di sana ada Jibrail yang memanggilku. Dia berkata “ Sesungguhnya Allah telah mendengar ucapan kaummu kepada mu dan tanggapan mereka terhadapmu.Allah telah megutuskan kepadamu malaikat penjaga gunung untuk engkau perintahkan kepadanya sesuai keinginanmu terhadap mereka”, malaikat penjaga gunung itu tersebut memanggilku dan memberi salam kepadaku,kemudian berkata “Wahai Muhamad! hal itu terserah kepada mu , jika engkau menghendaki aku MERATAKAN mereka dengan al-Akhasyabin(gunung Abu Qubais dan Qu’ayqa’an”) maka akan aku lakukan” Nabi menjawab “ bahkan aku berharap kelak Allah memunculkan dari tulang punggung mereka suatu kaum yang menyembah Allah semata, dan tidak menyekutukanNya dengan sesuatu pun”

    Inilah kisah dimana Baginda Nabi Muhamad dan sahabatnya di serang diejek,dihina bertalu2 oleh penduduk Thaif bila datang berdakwah sehinggakan tumit dan kakinya luka berdarah di baling batu sepanjang jalan…sehingga Nabi Muhamad sangat kecewa kerana di layan sebegitu rupa…Nabi pulang ke Mekah dgn hati yg sedih serta hati yg hancur…sehingga sampai ke suatu tempat bernama Qarn al-Manazil…Allah menghantar Jibrail dgn malaikat penjaga gunung iaitu gunung Abu Qubais dan Qu’ayqa’an.

    "Begitu pun Nabi Muhammad S.A.W. masih mendoakan kesejahteraan dan keamanan, sebagaimana doa Rasulullah S.A.W. di atas. Seharusnya kita mencontohi peribadi Rasulullah S.A.W. seberapa yang kita boleh. InsyaAllah.."

    ReplyDelete
  10. "Religion is like a penis. It's fine to have one and it's fine to be proud of it, but please don't start whipping it out and waving it around in public....and PLEASE don't shove it down my child's throat" - Anonymous

    ReplyDelete
    Replies
    1. puji tuhan. . .sy sokong anda saudari

      Delete
  11. puji tuhan. . .anonymous hati anda tlah tbuka..utk tuhan yesus.. wlu pun yesus di hina olh agama lain tp mereka tdk thu bhawa yesus lh juruslmat bumi. .dia rela mati di kayu salip smata utk mgmpun dosa manusia. . .tp manusia tak pnas byukur kpd nya malah mhin yesus lg ada. .buka lh mata anda wahah saudara. .apa tak ckp lg kh tuhan yesus itu tuhan kt. .dia slalu kluar dlm musizat/pnampakan tuhan yesus. .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kamu mngaku yg jesus itu tuhan kamu...Sila cr dlm bible yg mngatakan jesus itu tuhan?

      Delete
    2. Ahmad dedad prnah meminta penggalkan kepalanya jika yesus pernah berkata dia adalah tuan: jawapan saya.... rujuk injil yohanes 13:13..... "Kamu nenyebut Aku Guru dan Tuhan, dan katamu itu tepat, sebab memang Akulah Guru dan Tuahn" ... nasib si dedad dan meninggal... klu x dah di pancung kepalanya.....

      Delete
    3. Anonymous jan 23.... belilah bible sebagai rujukan...

      Delete
  12. Semakin ramai orang yang masuk islam , semakin berbondong2 orang yang keluar islam .. ini lh zaman mutakhir .. Ini saya ambil melalui teman saya . Dipetik melalui al -quran .

    ReplyDelete
  13. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  14. Saya punya agama yang indah iaitu islam .. Yang beragama kristen sebelum anda meminta kami yang beragama islam masuk ke agama kamu , tolong selidik dahulu agama islam .. Jikalau agama islam tidak sempurna bagi kamu , katakan pada saya . Biar saya ceritakan sedikit tentang apa yang saya tahu sebab saya dulu bukan islam . saya kristen katolik . Sebelum masuk islam , 1. Saya masuk ke gereja dengan selipar. Tidak tahu kalau saya ada terpijak tahi . saya pun tak tahu .2. Saya masuk gereja , saya nampak ada paderi duduk di kerusi mewah sedangkan saya duduk di kerusi kayu panjang .3. Saya berlutut , saya tengok paderi duduk/berdiri ..4. Saya beritahu dosa saya pada paderi..dan paderi jadi pengantara kepada tuhan .. 5. di akhir sembahyang , ada balik2 orang minta derma dengan kayu yang panjang ada bakul , dalam 4 kali org gereja yg berlainan 6. Boleh pakai baju apa2 saja . Family saya kristen katolik , tapi saya terima sebab mereka baik sama saya . InsyaAllah suatu hari mereka akan mendapat hidayah ,maaf jika ada yang tersingguung . Ini adalah kenyataan .

    ReplyDelete
  15. Ahmad dedad prnah meminta penggalkan kepalanya jika yesus pernah berkata dia adalah tuan: jawapan saya.... rujuk injil yohanes 13:13..... "Kamu nenyebut Aku Guru dan Tuhan, dan katamu itu tepat, sebab memang Akulah Guru dan Tuahn" ... nasib si dedad dan meninggal... klu x dah di pancung kepalanya.....

    ReplyDelete
  16. Yohanes 13:13 Kamu menyebut Aku Guru dan Tuhan, dan katamu itu tepat, sebab memang Akulah Guru dan Tuhan.

    ReplyDelete
  17. Tak percaya buatlah rujukan instal aplikasi alkitab kat android hp...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu rekaan paulus..bukan yesus. Jika yesus tuhan, kenapa dia kena berdoa pada tuhan seperti Lukas 6:12...sudah tentu dia tuhan....dan ada lagi yesus diuji iblis....tuhan yg sepatutnya menguji makhluk yg dijadikannya, tak masuk akal... Kenapa tuhan perlu mohon pertolongan tuhan ketika nak disalib. Sudah tentu dia tuhan..tak perlu mohon

      Delete