Klik untuk kembali ke Halaman Utama

30 August 2011

CHECKMATE...! kepada Sitt Al-Wuzara


Seperti yang telah dijanjikan page https://www.facebook.com/Pendedahan.Ekslusif mengotakan janjinya untuk mendedahkan siapakah Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara yang selama ini begitu lantang menghina dan mengeji agama Islam di dalam blognya http://makcikhajjahsittalwuzara1001.wordpress.com.

Alhamdulillah, segalanya telah terjawab sekarang. Kini kami memohon kepada pihak berkuasa berkaitan agar menjalankan tanggung jawabnya menahan dan mendakwa individu yang didedahkan ini. Kami tidak mahu perkara ini berulang lagi yang seterusnya akan menganggu ketenteraman negara kita.

Sekadar menyatakan luahan... kalau Singapura yang bukan menjadikan Islam sebagai agama rasmi mampu menahan As'Syari yang juga lantang menghina Islam di halaman AMS sepertimana yang didedahkan oleh admin pendedahan bersama KID-CSI TEAM, GaySec serta Anonymous dengan hanya melaporkan melalui internet, takkan Malaysia yang berbangga sebagai negara Islam contoh tidak mampu mengambil tindakan! Tidak perlu memberi alasan tiada laporan atau sebagainya, apa yang perlu anda lakukan hanyalah membuka mata kerana bukti telah pun didedahkan oleh kumpulan pendedahan. 

Tersenyum puas kerana pejuang siber ini yang terdiri dari admin group pendedahan, KID-CSI TEAM, GaySec dan Anonymous yang mempunyai kemudahan terhad mampu menjalankan tanggungjawab ini dengan penuh cemerlang jika dibandingkan dengan prasarana canggih yang dimiliki kerajaan. (pautan ke halaman AMS-klik sini)








* maklumat dan gambar diambil dari https://www.facebook.com/Pendedahan.Ekslusif

28 August 2011

TV 1 siar aktiviti AMS dan murtad di MALAYSIA


Alhamdulillah... itulah kata-kata yang terkeluar sebaik membaca halaman Pendedahan Ekslusif Siapa Sebenarnya Sitt Al-Wuzara (klik). Degupan jantung tiba-tiba berdetik laju, bangga dan bersemangat dengan tindakan TV 1 memberikan Laporan khas untuk membongkar kegiatan tidak bermoral kumpulan ini.

Sekian lama umat Islam tercabar dengan penghinaan begitu berani yang dikeluarkan Sitt Al-Wuzara. Melalui tindak balas yang diterima, rata-rata mengucapkan syabas kepada TV 1 atas laporan yang bertanggung jawab dan berani ini. Malah di kalangan rakyat juga mahukan agar tindakan yang sama turut dilakukan oleh stesen televisyen lainnya.

Harapan mereka sudah tentu agar kerajaan mengambil tindakan segera setelah begitu banyak aduan yang disampaikan. Malah ada juga segelintir kumpulan yang menyatakan kekaguman di atas tindakan kerajaan Singapura. Aduan yang disampaikan oleh melalui halaman Pendedahan Ekslusif di Facebook kepada Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) serta kerajaan Singapura mengenai As'Syari, salah seorang rakyat Singapura yang bersekongkol menghina Islam mendapat perhatian segera. Pelik juga dengan tindakan JAKIM serta badan berkuasa lainnya yang seolah-olah tidak tergugat pun dengan pendedahan demi pendedahan oleh umat Islam.

Apakah kerana kepentingan politik maka tiada tindak balas? Apakah mereka lebih sayangkan pegangan politik dari agama ISLAM? Kerajaan seharusnya berterima kasih kepada kumpulan berkenaan yang menjalankan penyiasatan secara sendiri dengan kemudahan yang terbatas namun berjaya membongkar aktiviti kumpulan murtad yang wajar ditakrifkan sebagai ancaman kepada negara.

Ayuh... buktikan kepada Rakyat Malaysia tanggung jawab kalian untuk membanteras kumpulan murtad ini ke akar umbinya dan jangan biar Islam dipersendakan lagi. Sesungguhnya inilah peluang kalian untuk berjihad mempertahankan kesucian Islam... 

* video tidak dapat disiarkan disebabkan masalah teknikal. Untuk mengikuti siaran berkenaan sila KLIK SINI

26 August 2011

Cheryl Chew peluk agama ISLAM


SESUNGGUHNYA hidayah itu datangnya mutlak dari Allah SWT. Berita gembira buat kita semua dalam bulan Ramadhan yang penuh barakah ini apabila Ketua Wanita KEADILAN Bukit Gelugor, Cheryl Chew memeluk Islam petang semalam. Beliau melafazkan kalimah Syahadah pada pukul 3.00 petang semalam di pejabat JIM Bukit Malawati. Dimaklumkan bahawa beliau kini menggunakan nama Huda Chew.

Antara rakan-rakan Cheryl yang menitiskan air mata kegembiraan dengan keislaman beliau. Dimaklumkan juga bahawa beliau menerima banyak hadiah berupa tafsir Al-Quran dan buku-buku agama dari rakan-rakan terdekat.

Difahamkan, sebelum ini Cheryl telah mula berpuasa dan mendalami Islam secara berperingkat sebelum mengambil keputusan untuk memeluk Islam di dalam hari yang bersejarah semalam. Tinjauan ReJaM© di facebook menyaksikan Cheryl sudah menukar namanya kepada Huda Chew Hong Wah [Facebook Cheryl]

Alhamdulillah... pada masa umat Islam di Malaysia dikejutkan dengan isu penghinaan terhadap Islam yang dilakukan beberapa individu dan kumpulan terutamanya Sitt Al-Wuzara dan konco-konconya serta isu murtad yang berleluasa di kalangan umat Islam, kita mendapat perkhabaran gembira ini. Sesungguhnya Allah yang maha berkuasa. Berita ini semacam satu perkhabaran gembira untuk kita semua di sebalik kebimbangan berkenaan isu ini. Semoga lebih ramai lagi individu bukan Islam mendapat petunjuk dan hidayahnya... Insya Allah 
* kredit gambar kepada milosuam.blogspot.com

24 August 2011

LUAHAN Arlene Tan terhadap GAYSEC


Permintaan Arlene Tan terhadap GaySec andai benar mencari ruang kemaafan daripada beliau



You all must do Taubat to Allah

come forward to me personally and apologise,
Gaysec must also retract all their postings about me in the internet,
 must give a disclaimer message to all the blogs, facebook  group/ page and personal comments that they had fitnah me and caused grave harm and distress to my life
and must demand all these sites to delete the misinformation and stop the spreading,
Gaysec must also do community service at places and with people of other religion/ race, preferably in places of worship of other religion or poverty stricken areas inhabited by non-malays;
and not to forget,  it will be great for Gaysec to blog about their interfaith experience (in their community service)
Do comparative religious understanding between Islam, Christian, Buddhism, Hinduism, Zoroastrian, Atheism, Agnosticism, Jainism and Taoism by talking to people of these faiths or do research of your own (the internet for a start?).
Do read books by Islamic philosophers/ thinkers such as Ali Shariati, Rumi, Avicenna and Fatema Mernissi and blog about your thoughts on the writings of these scholars.
Gaysec must also do charity work by volunteering in NGO that promotes welfare to the poor, sick and unfortunate.
Just to let Gaysec know, the sin of fitnah (if not being forgiven) is hell.
Arlene Tan juga meminta kepada sesiapa yang terlibat menyebarkan fitnah supaya :
do Taubat to Allah and do as much as you can in promoting good values of Islam. And please stop the fitnah by deleting your blog that falsely accuse me and enlighten your readers to refrain from fitnah/ hate speech.

KESIMPULANNYA...

Arlene Tan meminta GaySec melakukan beberapa perkara walaupun GaySec bertindak pantas menyiarkan permohonan maaf kepada Arlene Tan di dalam halamannya. Mungkin Arlene Tan tidak berpuas hati lantaran kesilapan GaySec mengaitkannya sebagai Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara telah menimbulkan pelbagai spekulasi terhadap dirinya.

Siapa ingat lagi permohonan Puteri Gunung Ledang kepada Sultan Melaka? Nampak macam ada persamaan je kan? hahaha... Meneliti permintaan berjela Arlene Tan kepada GaySec, rasanya tiada masalah kepada GaySec untuk menunaikannya namun persoalannya perlukah GaySec mengikut kehendak Arlene Tan? Apakah rasionalnya disebalik permintaan ini? Tidak cukupkah hanya dengan pernyataan maafnya secara rasmi yang kemudian disiarkan kembali oleh kebanyakan blogger? 

Perlu diingat Arlene Tan bukan Sitt Al-Wuzara yang dicari akibat pencacian keterlaluan terhadap Nabi Muhammad SAW, Allah serta Agama Islam. Namun adakah Arlene terlupa bahawa beliau juga bersekongkol bersama Sitt? GaySec pasti mengaitkannya lantaran aktivitinya yang agak aktik ketika itu? malah GaySec juga meminta sesuatu dari Arlene Tan, adakah Arlene Tan telah melaksanakannya?

Arlene Tan juga meminta GaySec dan para bloggers untuk bertaubat kembali kepada Allah. erm... Sebak hati kami. Insya Allah Arlene, mungkin lebih wajar Arlene aturkan satu majlis bersama GaySec dan bloggers untuk sama-sama bertaubat di JAKIM ataupun Masjid Negara, yang pastinya biarlah Arlene Tan turut serta kerana kita sama-sama beragama Islam...?

Para blogger yang mengikuti isu ini hanyalah pemerhati dan penyampai yang melaporkan kepada masyarakat. Arlene meminta kami mengeluarkan semua isu semata-mata untuk membersihkan dirinya? Sanggupkah Arlene Tan juga mengeluarkan semula semua kenyataannya yang mengguris perasaan umat Islam? Sanggupkah Arlene melupakan semua aktivitinya di dalam kumpulannya sebelum ini dan menyertai JAKIM untuk memberi kesedaran kepada umat Islam mengenai MURTAD? 

Mungkin juga para bloggers tertanya adakah posting mereka sebelum ini berbentuk fitnah? Adalah lebih baik jika Arlene meneliti penulisan berkenaan serta membuat penilaiannya. Ataupun Arlene memberi peluang kepada para bloggers bertanya secara terus kepada Arlene Tan posting-posting yang berbaur fitnah kerana kami sendiri tidak tahu untuk menilainya... 

Arlene Tan juga menafikan bahawa dia telah murtad. Pembacaan lanjut sila ke sini.

22 August 2011

Petunjuk KIAMAT yang semakin MENGHAMPIRI


Kenapa kita perlu meninjau kepada paras air di Tasik Galilee? Apa istimewanya Laut ini kepada kita orang Islam? Saya cuba mendapatkan beberapa pandangan dari beberapa sumber yang saya kira boleh dikongsi untuk kebaikan kita semua. Yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu dari kelemahan penulis ini sendiri. Insya Allah...


Assalamualaikum semua wahai hamba Allah s.w.t. yang sedang membaca berita bermanfaat ini menerusi alam maya. Salam peringatan dari saya kepada semua sahabat dunia dan akhirat.Hari ini saya akan dedahkan secara terbuka kepada semua pembaca mengenai Tasik Galilee, sebuah tasik yang dikelilingi darat sedang pun mengering dengan derasnya ketika ini. 


Nama lain bagi tasik ini ialah- Lake of Gennesaret- Lake Kinneret- Sea of TiberiasAda satu hadis sahih yang saya sengaja tidak tunjukkan di sini, hadis itu memberitahu saya dan anda semua, bahawa apabila keringnya tasik ini maka tunggulah kamu akan turunnya Al-Masih Isa, itulah saatnya dan perhatikanlah tasik ini sebagai antara sempadan begitu hampirnya tanda-tanda besar. Carilah hadis sahih ini sampai dapat, dan bila anda tahu dan menjumpai hadis ini, pada ketika anda tahu itu, anda pasti dalam ketakutan yang amat sangat. Apa yang menjadi kerisauan saya sekarang ialah tasik ini sudah pun kering dengan derasnya setiap hari turun beberapa milimeter sejak tahun 2000 masihi lagi dan 10 tahun telah pun berlalu...



Saudara serumpunku, anda semua harus beringat, bila tasik ini kering, maka itulah saat di mana Nabi Isa akan turun ke planet bumi untuk membantu Imam Mahadi, memburu dajjal ke seluruh pelusuk bumi.Saya ingatkan lagi, hadis ini amatlah sahih, sedangkan tiada satu pun ulamak di Tanah Melayu berani membongkar hadis sahih ini, dengan kata lain, mereka tahu tapi mereka kurang keberanian kerana hakikat itu jelas, Tasik Galilee sedang kering dengan lajunya, dan mengikut kajian sains, tasik ini akan kering dalam tempoh masa 50 tahun sahaja dan menemui dasar permukaan bawahnya, dan ketika itulah Nabi Isa turun.


Dan anda semua perlu faham, sebelum Nabi Isa turun dalam tempoh 50 tahun akan datang (plus-minus), sudah pastilah proses-proses untuk menjadi asbab perlunya baginda turun, asbab itu mestilah terjadi, Ini bermakna wahai saudaraku sekalian, proses ini "sepatutnya" sudah berlaku…- Tasik Galilee sedang mengering dengan derasnya setiap hari...- ini bermakna sistem dajjal akan mencapai kemuncaknya (yang membolehkan dajjal muncul dengan sempurna)- bila dajjal akan keluar itu kita tak pasti, namun semua tanda kecil & fitnah yang membolehkan dia keluar itu sudah pun wujud di sekeliling kita, benarkan???- anda kena faham, banyak hadis sahih mengatakan pemuda dari timur yang dilantik menjadi Imam Mahadi adalah dalam sekitar umurnya mencecah 40 tahun...- dan ini bermakna saya amat yakin, bahawa Imam Mahadi dari timur itu sudah pun berada di kalangan kita, samada baginda di saat ini baru dilahirkan? atau masih kanak-kanak? atau sedang belajar di sekolah menengah, atau pun sedang dalam alam remaja, kita tak pasti...-



Ingatlah, saya menyampaikan mesej ini di dalam alam maya tidak lain tidak bukan, ingin mengajak anda semua melangsaikan hutang secepat mungkin sebelum nibiru melintasi orbit kita, kerana atas sebab lintasan itulah, maka gerhana matahari & gerhana bulan akan berlaku serentak, dan kamu wahai orang muslim, tentu di saat itu sedar, bahawa di masa 2-3 tahun lepas, ada manusia pernah memberitahu anda tentang hal ini, namun anda mungkin terlambat dan mengabaikannya di saat itu...-dan kerana itulah saya hadir untuk menyedarkan ramai saudara-saudaraku, rakan-rakan, semua hamba Allah dan ramai dari mereka sebelum saat itu tiba, menjelma tanpa kita duga...Ingatlah saudara-saudara ku...Mereka bertiga akan muncul selang silih berganti sahaja, dan mereka bertiga berkongsi gelaran yang sama, mereka bertiga adalah manusia belaka. 


Dua daripada mereka mendapat rahmat berupa umur yang panjang, sedangkan satu daripada mereka bertiga berumur pendek tetapi dapat memimpin dunia.Ketahuilah mereka bertiga ialah:- Al Masih Imam Mahadi- Al Masih Dajjal- Al Masih IsaIngatlah kawan-kawan...sekiranya umur anda adalah sekitar 20-an 30-an (pada hari ini), percayalah, dalam tempoh 50 tahun ini sahaja, semua tanda-tanda untuk munculnya tanda-tanda besar, pasti 100% muncul di zaman anda, samada anda ditakdirkan untuk mati sebelum peristiwa itu muncul, atau anak-anak anda yang bakal berhadapan dengan ujian itu. 


Ketahuilah, Tasik Galilee sudah pun mulai mengering sejak tahun 2000 masihi lagi, dan proses pengeringan ini amat dahsyat sehingga yahudi di Israel meminta bantuan dunia untuk menaikkan kembali aras Tasik Galilee ini dan 10 tahun sudah pun berlalu, ada baki lagi 40 tahun (plus-minus) sebelum turunnya Nabi Isa ke planet bumi, dan anda harus ingat!!!Sekali lagi saya ingatkan anda, bila Nibiru melalui nanti (diteorikan), 2 gerhana akan berlaku (diselidiki), iaitu bulan dan matahari (dari pandangan mata di permukaan bumi), dan teori 2 gerhana pada tahun 80-an "akan bergabung" teori gerhana tahun 2012, dan sekiranya teori ini benar-benar berlaku, maka sahlah dan lengkaplah semua tanda-tanda kecil, dan kehadiran tanda-tanda besar pasti berlaku tanpa anda jangka.


Planet Nibiru (Planet-X) adalah planet yang dimaksudkan oleh Rasulullah sebagai dua gerhana berlaku serentak yang memancarkan cahaya merah ke bumi. Planet Nibiru ini tidak menghentam bumi tetapi tarikan gravitinya yang sangat kuat akan menjahanamkan semua PANCARAN API yang terdapat pada bumi. TANDA-TANDA BESAR KIAMAT? OBJEK MERAH KELIHATAN DI LANGIT. Planet ini hanya akan lalu di antara bumi dan matahari dimana kecerahannya berwarna kemerah-merahan seakan-akan anak matahari. Sekiranya kehadiran planet besar ini melintas di antara orbit bumi & matahari, gelombang-gelombang pancaran akan keluar, dan menjahanamkan semua sistem-sistem dunia yang menggunakan elektronik atau pancaran api. 


Ini bermakna, apa sahaja jentera langit dan bumi, asalkan yang mempunyai saluran elektrik, akan dengan sendirinya tidak berfungsi, satelit, jet pejuang, kapal laut enjin fuel system, kereta api, motorsikal, kereta kebal, laptop, tenaga elektrik, handphone, playstation tidak akan berfungsi lagi, dan anda akan kembali ke zaman sebelum tibanya elektrik. Itu pun sekiranya anda masih hidup hasil dari peristiwa ini, kerana dianggarkan 2/3 penduduk bumi akan lenyap hasil dari tindak balas berbahaya antara bumi dan Planet-X.


Benarlah kata-kata RASULULLAH s.a.w bahawa satu hari nanti bumi akan hancur dan satu zaman dipanggil back to ancient berlaku di mana segala teknologi pupus dan manusia akan kembali seperti zaman purba, berperang dengan pedang cara kuno, menunggang kuda sebagai satu medium pengangkutan...bersedialah kita umat islam...ALLAHHUAKBAR!KAJIAN SAINS: Setelah saya membuat kajian, sekiranya kehadiran planet besar ini dan melintas di antara orbit bumi & matahari, gelombang-gelombang pancaran akan keluar, dan menjahanamkan semua sistem-sistem dunia yang menggunakan elektronik atau pancaran api. Anda akan kembali ke zaman sebelum tibanya elektrik. 



Ini pesanan saya lagi...Tiada satu hadis pun menerangkan yang manusia akhir zaman berperang dengan alat-alat yang selain pernah nabi sendiri gunakan. Sekiranya kajian saya di atas berpandukan hadis, maka sudah tentulah bahawa apa sahaja teknologi moden hari ini, persenjataan tercanggih, akan menjadi tidak aktif dan hancur dari dunia ini...Maka hidup anda selepas peristiwa besar ini berlaku, adalah satu kehidupan di mana anda bakal hidup di zaman sebelum hadirnya elektrik, manusia akan kembali kepada fitrah semula, dan mana-mana manusia yang tinggal di bandar, adalah manusia yang paling rugi di kala itu kerana bandar yang duduki itu sedang tenggelam, kerana itulah kita kena bina perkampungan Muslim seperti banyak yang ada di Tanah Melayu...


Saya berpesan kepada anda sekali lagi, gunakan duit anda untuk:-melangsaikan hutang dunia-membeli tanah di kawasan pedalaman-menguasai sungai-sungai dan pinggiran gunung-membeli kuda seorang dua ekor-mengasah pedang dan mencanai keris-menguasai kembali teknik MEMANAH-dan kembali mengajar anak-anak anda semua berenangKetahuilah, kita ada tak sampai 40 tahun sahaja lagi sebelum Tasik Galilee kering sepenuhnya, kita ada hanya purata 40 tahun sahaja lagi sebelum turunnya Nabi Isa ke planet Bumi ini, dan anda kena faham lagi sekali, sebelum Nabi Isa itu turun, sudah pastilah Imam Mahdi itu sudah pun ada di keliling kita, dan sudah pastilah peperangan besar pasti terjadi, dan sudah semestinya lah akibat perang itu, dengan sebab sistem yang lengkap di sekeliling kita menyebabkan Dajjal itu pasti juga akan keluar, ya kawan-kawan...dajjal akan muncul dulu sebelum turunnya Nabi Isa, dan Imam Mahdi akan muncul dulu sebelum Dajjal keluar dari Khurasan, sekali lagi saya ingatkan,anda hanya ada 40 tahun lebih sahaja sebelum 1 tanda besar pertama keluar, bila satu tanda besar keluar, perhatikan sekeliling anda, semua tanda-tanda kecil sudah lengkap kan? Bila satu tanda besar keluar, akan datang tanda-tanda besar seterusnya tanpa ragu-ragu...


Dan ingatlah wahai Muslimin, doa Nabi Ibrahim makbul sehingga akhir zaman, dari susur galur bagindalah berakhirnya Rasul terakhir Nabi Muhammad, dari susur galur Nabi Muhammad lah, akan munculnya pemuda bernama Muhammad Bin Abdullah (di zaman kita "mungkin"), yang mana dia sendiri tak tahu dia adalah bakal Imam Mahdi, percayalah bahawa di dalam darahnya ada kombinasi DNA Nabi Ibrahim & DNA Nabi Muhammad, kerana mereka berdua dari keturunan yang sama, sedangkan Mahadi adalah waris dari keturunan yang tak pernah meninggalkan Solat, carilah balik doa Nabi Ibrahim itu, (ada dalam Al-quran) dan kerana itulah, Solat 5 Waktu di tahiyat akhir, kita akan selalu bacakan nama 2 Nabi itu.


Pesanan terakhir, langsaikan hutang secepat mungkin, tinggalkan bandar kalau anda sudah ada tanah baru di pedalaman, kumpulkan kain-kain yang tahan lama, ternak dan gembala kambing, ajar anak-anak menunggang kuda, simpan cermin mata anda sebaik mungkin, banyakkan mencetak sebelum tibanya hari tiada elektrik, banyakkan menulis dan berpesan pada jiran sebelah, latihkan anak-anak Melayu kita dengan kemahiran memanah, banyakkan berenang di waktu petang, minta maaf pada saudara-saudara terdekat dan saudara-saudara jauh, kita kena cepat minta maaf (kerana apa pun boleh jadi bila Dajjal menguasai hari ini)

* email dari eila mb. Tulisan asal dari Zameer Fisabilillah. Gambar dipetik dari sumber internet.

21 August 2011

Wanita GODAM 23 laman web hina Nabi


DAMMAM: Seorang wanita Alkhobar yang kini menuntut di Amerika Syarikat dipuji kerana mengambil inisiatif memusnahkan 23 laman web Denmark yang menghina Nabi Muhammad SAW, lapor akhbar Madinah kelmarin.

Nouf Rashid memberitahu akhbar berbahasa Arab itu yang beliau menggodam laman web Denmark itu yang mempunyai rujukan kartun Rasulullah bersama laman web lain yang kandungannya turut diragui menurut pandangannya.

Gadis itu berkata beliau turut memusnahkan sejumlah laman web lucah dan menggodam sistem komputer lelaki muda yang cuba menggugut gadis dengan mengancam menyiarkan gambar peribadi mereka.

Akhbar Arabnews melaporkan gadis berkenaan mendapat kemahirannya dalam bidang itu kerana minatnya mempelajari perkara baru dalam lapangan teknologi maklumat.


Nouf berkata beliau menceburi dunia penggodam untuk menyelamatkan gadis yang diugut lelaki yang mahu berkahwin dengannya dan memperoleh gambar peribadi gadis itu. Rakan mangsa meminta Nouf mencari penggodam di Amerika bagi menyelamatkan gadis itu. 

“Malah, saya menghubungi beberapa rakan penggodam di universiti dan belajar seni menggodam,” katanya. – Agensi

20 August 2011

LAGI individu hina ISLAM muncul di Facebook




Mohon bantuan hackers ataupun mana -mana individu terutamanya di dalam group fb Pendedahan Ekslusif-Siapa Sebenarnya Sitt Al-Wuzara untuk membongkarkan seorang lagi individu yang juga seperti Sitt Al-Wuzara, Bomoh Kambing.

Apakah individu ini orang yang sama yang membuka beberapa akaun di facebook bagi mengelirukan masyarakat? Walau apa jua alasannya sememangnya tindakan beliau jelas tidak bertamadun dan perlu di hentikan segera. Kerjasama semua pembaca juga dimohon untuk report individu berkenaan kepada admin facebook bagi menghalang kegiatan bodoh beliau ini. 

klik : sini

19 August 2011

GEMPAR! dalang sebenar gerakan MURTAD terbongkar....!!!???


Terdapat sebuah "group" yang diwujudkan di laman sosial Facebook yang menyokong pergerakan untuk memurtadkan Umat Islam di Malaysia. Agak mengejutkan apabila terdapat beberapa nama YB-YB Pakatan Haram yang turut sama menganggotai "group" berkenaan. Sedar atau tidak, sengaja atau sebaliknya, mereka inilah dalang-dalang yang menyokong pergerakan memurtadkan Umat Islam di Malaysia dan juga Singapura.

YB-YB berkenaan adalah seperti YB Xavier Jayakumar, YB Charles Santiago, YB Gan Pei Nei, YB Dr Boo Cheng Hau dan YB Ean Yong Hian Wah. Terdapat juga nama-nama penting di dalam Pakatan Haram yang turut sama menganggotai "group" untuk memurtadkan Umat Islam seperti Setiausaha Sulit YAB Menteri Besar Selangor, Faekah Husin, Raja Petra Kamaruddin, Harris Ibrahim dan Bernard Khoo.

Patutlah nampak usaha berterusan untuk menekan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dilakukan secara teratur dan sistematik di Selangor dalam isu gejala murtad orang Islam yang dilakukan oleh DUMC. Kalau melihat daripada senarai ahli penyokong murtad seperti di bawah, tidak kurang daripada 3 orang YB-YB adalah dari ADUN Selangor.

Apakah Umat Islam Selangor sudah buta mata dan telinga sudah menjadi pekak. Tidak nampakkah hala tuju yang mahu dibawa oleh Pakatan Haram Selangor. Ubahlah di dalam PRU13 kalau kita tidak mahu anak cucu kita menjadi mangsa murtad YB-YB berkenaan.








* dipetik dari

http://khairulryezal.blogspot.com/2011/08/gempar-yb-yb-pakatan-haram-penyokong.html

Benarkah seperti apa yang dicatatkan dari khairulryezal.blogspot.com ini? Atau adakah ini adalah propaganda pihak tertentu untuk menjatuhkan individu berkenaan apatah lagi dalam suasana politik Malaysia yang semakin panas sekarang?
Terpulanglah kepada anda untuk membuat tafsiran sendiri. Sekiranya benar sememangnya ini adalah pendedahan yang mengejutkan banyak pihak di Malaysia. Sekiranya tidak benar sememangnya ini adalah satu fitnah yang besar. Namun sekiranya anda sering melihat komen-komen dalam facebook di dalam group Pendedahan Eksklusif-Siapa Sebenarnya Sitt Al-Wuzara, ini bukanlah perkara yang menggemparkan!
Banyak pendedahan yang terbongkar di sana hasil inisiatif sekumpulan Melayu Islam yang cintakan agamanya. Sebenarnya gejala murtad di Malaysia berada di tahap kritikal dan perlu dibanteras secara menyeluruh tanpa prejudis. Sesiapa sahaja yang mendokong gerakan murtad ini perlu dibanteras tanpa mengira latar belakang politik dan sebagainya. Sekiranya benar gerakan ini juga melibatkan individu besar dan berpengaruh samada dari parti pembangkang mahupun kerajaan sendiri, rakyat Malaysia memohon campur tangan Istana Negara untuk menangani gejala ini.
Sekian lama isu ini dipandang sepi oleh semua pihak. Ternyata ada perancangan dan agenda besar yang tersusun rapi telah pun dirancangkan oleh pihak tertentu... 
Ampun Tuanku, kami semua rakyat Malaysia yang cintakan kedamaian bersedia menyokong dan akan turut bersama ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong  membanteras gerakan Kristianisasi dan murtad di kalangan umat Islam di Malaysia. Ampun Tuanku...

Sejarah MURTAD di Malaysia : MERIAM AHMAD SHAH (Rasul Melayu)


Para pembaca budiman, fenomena mengaku menjadi Nabi @ Rasul bukan perkara baru dalam agama dan masyarakat kita. Termasuklah kes Nabi @ Rasul Palsu Puan Maryam bt Ahmad Shaharudin ini. Sebelum ini beliau pernah mengaku menjadi nabi Isa AS. Tetapi 'kononnya' setelah dinaikkkan ke makam yang lebih tinggi, beliau mendakwa dilantik oleh Allah sebagai Rasul Perempuan Melayu pula. Beliau pernah dikenakan tindakan oleh JAIP atas dakwaannya itu. Tetapi, beralih angin pula ke Selangor. Kini operasionalnya berpusat di Ampang dan Lembah Klang. Tuan Blog sudah lama mengikuti perkembangan beliau. Dan pendedahan kepada pihak berwajib telahpun dibuat. Namun memandangkan aktiviti Rasul Palsu ini semakin berleluasa dalam menyesat dan memesongkan pegangan umat Islam. Maka sekali lagi Tuan Blog terpanggil untuk membongkar penyelewengan yang dilakukan beliau.



Berikut merupakan dakyah yang disebarkan oleh beliau :

1) Mengaku sebagai Rasul Perempuan Melayu yang diutuskan oleh Allah SWT. Buktinya, beliau mengatakan : "Saya dengan ini mengumumkan diri saya sebagai Rasul Allah dengan bukti dan petunjuk ini, ia-itu tidak ada mana jua pihak berkuasa di dunia ini boleh mengatasi apa jua kuasa yang Allah berikan kepada saya yang membuatkan tidak ada mana jua pihak berkuasa boleh mengambil apa jua tindakan terhadap saya sebagai bukti mukjizat saya yang ini, ia-itu kuasa saya bersama kuasa Allah. Begitulah cara Allah membuktikankebenaran saya sebagai Rasul Allah untuk difahamkan kepada semua yang membaca email ini.( Meriam Ahmad Shaharudin, Selasa 30 hb. September, 2008 : email yg di hantar kepada Tuan Blog).


Meriam mendakwa lagi : "Bukan mudah menjadi Rasul, terutama perempuan pula. Jika tidak kerana Allah membela, melindungi, menyayangi saya, tak tahulah bagaimana untuk saya berhadapan dengan anda yang begitu kejam menghina saya tanpa sebab." (Meriam Ahmad Shaharudin, email : 23 September 2008)


2) Menyifatkan sesiapa yang tidak menerima kerasulan beliau akan mendapat laknat daripada Allah SWT. Buktinya : "Untuk makluman semua tidak ada gunanya lagi sesiapa jua melawan dan menentang apa jua yang saya bawa dari Allah ini untuk kita semua saksikan bagaimana akhirnya Allah membuka mata anda semua untuk membolehkan anda semua melihat kebenaran dari Allah yang saya bawa ini. Terus terang saya katakan inilah masanya kamu semua yang selama ini menidakkan kebenaran saya dapat melihat dengan mata kepala kamu semua bagaimana laknat Allah menimpa kamu semuayang sampai sudah tidak mahu menerima kebenaran saya ini.

3) Mendakwa Islam telah diselewengkan oleh Dajal 7 Anti Hadis. Buktinya : "Tak perlulah takut sebab saya bukan bawa apa jua ajaran agama yang lain atau yang baru tetapi ajaran yang sama seperti yang dibawa oleh Nabi Muhammad. Untuk makluman semua ajaran yang Allah sampaikan menerusi Nabi Muhammad telah habis semua sekali diselewengkan oleh dajal sejak ujudnya kitab dajal yang bernama hadis. Sejak itulah kita semua dalam kesesatan." Meriam mendakwa lagi : "Sebenarnya yang buruk itu, yang hina itu adalah agama dajal; bukan agama Islam agar anda semua fahamkan apa yang saya perangi selama ini bukannya ajaran dan agama Islam, tetapi ajaran dan agama dajal yang kita anuti sejak 700 ( tujuh ratus) tahun dahulu."
(Meriam Ahmad Shaharudin, Selasa 23 hb. September, 2008, email kpd Tuan Blog)

4) Mencela Institusi Agama : Buktinya, beliau mengatakan : "Khas buat Jabatan Agama Islam Perak: Saya amat tahu apa yang saya lakukan ini hanyalah drama yang Allah perlu pentaskan. Jadinya jangan bimbang bila JAIP saya saman. Tidak ada apa jua jalan lagi untuk kes ini dibawa ke mahkamah melainkan hanya dengan cara ini sahaja. JAIP pernah mendakwa saya bukan menurunkan kata-kata Allah pada tahun 1994 dahulu. Allah benarkan JAIP berbuat begitu sebab Allah ada perancanganNya membenarkan JAIP berbuat begitu. Untuk makluman semua sebabnya adalah begini, dengan apa yang JAIP lakukan itu memberikan peluang kepada saya untuk menyaman JAIP. Ini semua hanya lakunan Allah sahaja. Allah sebenarnya mahukan kebenaran saya menurunkan kata-kata Allah dan sebagai Rasul yang Allah utuskan diumumkan menerusi saluran yang suci, ia-itu mahkamah. Satu-satunya jalan yang ada ialah menyaman JAIP." (Meriam Ahmad Shaharudin, email : 23 Sept 2008)

Malah, Meriam turut mengecam JAKIM dan para Mufti yang lain di negara ini. Tuan Blog akan memperjelaskan beberapa provokasinya. Insya Allah.

5) Lebih jelas lagi Rasul Palsu ini selalu mendakwa diakhir emailnya :
Saya yang menurut perintah Allah / Tuhan,
Meriam bt Ahmad Shaharudin / Rasul Allah / Pesuruh Tuhan

6) Utk maklumat lanjut : Rasul Palsu ini boleh dihubungi di alamat berikut :

Meriam bt Ahmad Shaharudin
19A, Tingkat 1
Jalan Wawasan Ampang 2/1
Bandar Baru Ampang
68000 Ampang, Selangor Darul Ehsan

7) Ayuh saudara, mari kita bersatu untuk membanteras Rasul Palsu ini. Untuk acara debat, berhujjah, forum @ diskusi, pengikut Rasul Palsu boleh hubungi saya : Zamihan Mat Zin 012 2465518 @ 03 89218449.
സ്യുക്രന്‍


18 August 2011

Kes MURTAD di Malaysia : AZLINA JAILANI @ LINA JOY?


  1. Nama asal: Azlina Jailani, pernah memohon pada tahun 1997 untuk ditukar kepada Azlina Lelani tetapi ditolak sebab          beralasan telah tukar agama Kristian.
  2. Permohonan kedua untuk tukar kepada Lina Joy pada 1999 tanpa menyatakan sebab pertukaran kepada agama Kristian telah diluluskan, dengan Kad Pengenalan Baru tertera perkataan Agama Islam.
  3. Ayah bernama Jailani bin Shariff dan ibu bernama Kalthum binti Omar, keduanya beragama Islam dan mengamalkan hidup sebagai Muslim.
  4. Berwajah typical Malay, berbangsa Melayu keturunan Jawa, berumur 42 tahun.
  5. Mengisytiharkan tidak pernah mempraktikkan Islam sejak lahir, beragama Kristian sepenuhnya sejak tahun 1990, mempunyai sijil Baptis yang dikeluarkan pada 11-May-1998, dan pada tahun 2000 menyatakan hasrat untuk berkahwin dengan seorang India Kristian, dan meminta untuk didaftarkan perkahwinan tersebut untuk mengesahkan perkahwinan beliau.
  6. Telah beberapa kali dipanggil dan dinasihatkan oleh Majlis Agama berkenaan kemurtadan beliau, tetapi beliau mempertahankan yang pilihan keluar dari Islam adalah kehendak sendiri dan telah dimaklumkan pada kedua ibu bapa.
  7. Bekerja di ProQuest di Taipan, Subang Jaya.menetap di Taman Dato’ Tan Yeiw Lai, Kuala Lumpur.


FAKTA KES

1.  Selepas berkahwin dengan seorang Kristian, beliau memohon untuk pendaftaran perkahwinan, tetapi tidak dibenarkansebab di dalam Kad Pengenalan masih tertulis beragama Islam walaupun beliau berjaya menukar nama dalam Kad Pengenalan kepada Lina Joy.
2.   Berusaha untuk menghilangkan perkataan agama Islam tersebut dengan permohonan kepada Jabatan Pendaftaran Negara(JPN) pada tahun 2000.
3.     Permohonan tidak dibenarkan oleh JPN disebabkan tidak ada kebenaran dari Mahkamah Syariah yang membenarkan memperakui beliau keluar Islam.
4.      Mahkamah Syariah mengguna pakai undang-undang Islam yang tidak membenarkan (MENGHARAMKAN) seseorang Muslim keluar dari Islam (Murtad), dan Sijil Tukar Agama (Murtad) seperti yang dikehendaki oleh JPN tidak dapat dikeluarkan.
5.       Permohonan bermula di Mahkamah Tinggi tahun 2000, seterusnya ke Mahkamah Rayuan pada 19-Septemebr-2005, dan keduanya mengiktiraf bahawa kes adalah dalam kuasa Mahkamah Syariah untuk membenarkan beliau keluar dari Islam dan membolehkan dibuang perkataan Islam di dalam Kad Pengenalan.Setelah semuanya tidak berjaya, peguambela, Dato’ Dr Cyrus Das, juga bekas Presiden Majlis Peguam, berjaya  
1.       mendapat kebenaran untuk kes dibawa kepada Mahkamah Persekutuan.

2.     Kes didengar oleh 3 Hakim (2 Muslim & 1 non-Muslim ~ Ketua Hakim Tun Fairuz, Dato’ Alauddin, & Dato’ Richard) pada dasarnya berpendirian yang sama menyokong tindakan Mahkamah Rayuan, HINGGALAH Majlis Peguam yang di ketuai oleh Peguam Malik Imtiaz Sarwar dan beberapa yang lain, yang hanya menjadi barisan peguam pemerhati beserta banyak lagi NGO yang menyokong Lina Joy meminta untuk memberi hujah & bersuara, dan DIBENARKAN oleh mahkamah yang terlibat.
3.       Itu adalah permulaan isu ini dibesarkan yang mana tidak pernah dalam sejarah perundangan negara peguam pemerhati dibenarkan berhujah di dalam Mahkamah.
4.       Hujah yang dibawa oleh barisan peguam pemerhati yang diketuai oleh Majlis Peguam tersebut melarikan isu utama kes berkenaan daripada hak & kuasa Mahkamah Syariah TETAPI memberi hujah bahawa Lina Joy adalah berhak untuk mempraktikkan kepercayaannya dan dilindungi oleh perlembagaan sebagai hak individu seperti yang terkandung di dalam Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan.
5.      Isu Mahkamah Syariah seperti yang diputuskan oleh mahkamah terdahulu sudah tidak releven lagi pada hujah Majlis Peguam, dan isu yang diperjuangkan oleh Kumpulan Artikel 11 & IFC dijadikan isu utama kes ini di Mahkamah Persekutuan.
6.    Isu yang diperjuangkan oleh kesebelas NGO non-Mulsim atas nama kumpulan Artikel 11 & Inter-Faith Council (IFC) adalah untuk mendefinisikan perkataan "person" (individu) yang terkandung di dalam Artikel 11 tersebut untuk merujuk kepada individu as per sey, bukan lagi kumpulan atau agama secara umumnya.
7.   Ini adalah kali pertama dalam sejarah Malaysia penghujahan yang sebegitu berani & bersikap kurang ajar yang dilakukan untuk menghuraikan definisi tersebut bagi menguraikan ikatan Islam mengikut kefahaman peribadi seseorang penganut itu sendiri, dan menafikan hak Islam sebagai agama untuk mewajibkan umatnya mempraktikkan amalan & syariat Islam seperti yang terkandung dalam undang-undang Islam.
  
IMPLIKASI DARI DEFINISI "INDIVIDU"

Nampak & dengar terlalu kecil, tetapi implikasinya melampaui batas pemikiran kita…!
  1. Orang Islam dibenarkan meninggalkan Islam pada bila-bila masa sahaja, walaupun mengakui mereka adalah Melayu pada bangsanya. Ini bermakna Melayu di Malaysia bukan lagi terikat dengan agama Islam seperti yang telah digazetkan dalam perlembagaan.
  2. Apabila definisi "person" didefinisikan sebagai hak individu, maka agama Islam boleh ditafsirkan mengikut kefahaman individu sendiri tanpa ada undang-undang Islam yang boleh mengongkongnya;

  • Orang Islam boleh keluar-masuk Islam pada bila-bila masa.
  • Islam boleh diamalkan mengikut kefahaman sendiri sepenuhnya. 
  • Kesalahan syarie oleh seorang Muslim tidak boleh diambil tindakan disebabkan perundangan Syariah sudah tidak relevent.
  • a.       Sebagai contoh, solat boleh dilakukan mengikut sedap hati mengikut rakaat solat yang difahami sendiri, puasa dalam Ramadhan boleh ditinggalkan apabila membuat deklarasi “bukan Islam” pada bulan itu tanpa boleh diambil tindakan.
    b.     Semua badan-badan Islam tidak relevant lagi dalam perundangan semasa, sebab hak mempraktikkan secara individu diperjuangkan.
    • Raja-raja Melayu hilang kuasa sebagai benteng & simbol agama.
    • Kanak-kanak apabila masuk umur 18 tahun, ibu bapa akan terus hilang kuasa untuk menetapkan agama dan fahaman mereka, dan tindakan boleh diambil ke atas ibu bapa yang memaksa anak mereka mengamalkan Islam.
    • Perukunan Islam pada dasar sudah tidak valid disebabkan tiada satu pun akta-akta berkaitan Islam contohnya Akta Solat, Akta Puasa, Akta Haji, Akta Zakat yang mengikat seseorang Muslim di dalam perlembagaan
MENGAPA KES LINA JOY?

  1.  Kes Lina Joy adalah kes yang sudah lama didiamkan, tetapai ianya telah diheboh-hebohkan diperingkat antarabangsa secara bersungguh-sungguh, dan ia adalah satu daripada ratusan ribu kes yang menanti untuk diketengahkan.
  2. Kes Lina Joy adalah kes yang mengambil kesempatan dalam kekalutan semasa umat Islam di dunia, dan di Malaysia khususnya yang amat lemah dan tidak ada keupayaan untuk digembleng bagi mempertahankan Islam di mana-mana sahaja, hatta mempertahan aqidah seorang muslim yang lain.
  3. Kes ini pada dasarnya adalah rentetan daripada tuntutan kumpulan “Artikel 11” yang pernah berkumpul di Petaling Jaya & Melaka, dan pernah cuba berkumpul di Pulau Pinang pada 14-Mei-2006 yang menuntut kepada pemerintah untuk membenarkan sepenuhnya kebebasan Murtad di bawah Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan, setelah kekalahan untuk kes Mohamed Abdullah @ Moorthy, S. Sharmala dan Nyonya Tahir.
  4. Amat mendukacitakan sekali apabila kumpulan Artikel 11 yang juga dikenali Inter-Faith Council (IFC) disertai oleh beberapa individu Melayu & Islam termasuklah Sister-in-Islam, yang digerakkan oleh pemimpin-pemimpin & sekutu pemimpin-pemimpin negara yang beragama Islam.
  5. Kes Lina Joy adalah percubaan yang akan memberikan impact yang amat besar, dan diistilah kan sebagai “beyond our imgination” yang mana ia secara langsung mencabar undang-undang Syariah oleh Mahkamah Syariah di bawah Perkara 121(A) Perlembagaan Persekutuan, samaada ianya akan dipinda atau dihapuskan sepenuhnya, dan seterusnya mancabar hukum yang Allah SWT telah tetapkan di dalam Al Quran & As Sunnah.
    Berikutan kes Lina Joy, maka terlalu banyak kes-kes permohonan Murtad dan sebagainya yang telah lama 
1      menunggu & sedang menunggu, dan kejayaan dari kes ini akan membenarkan permohonan lebih 250,000 untuk keluar Islam akan dibenarkan oleh perlembagaan.
2.  Kes ini menjadi PERHATIAN PENUH organisasi & individu bukan Islam seluruh dunia, dan seluruh negara-negara besar di dunia menghantar wakil untuk memberikan pressure yang besar ke atas hakim & sistem perundangan negara yang AMAT LEMAH untuk membela aqidah seorang rakyat Islam.
3.     www.becketfund.com, www.malaysianbar.org.my,  www.bernama.com.my menyenaraikan dengan jelas fakta kes dan bagaimana organisasi besar satu dunia ini menjadi tembok & dalang yang begitu kuat yang membela Lina Joy. Ianya dianggotai oleh pelbagai pertubuhan hak asasi manusia sedunia.
4.       Di Malaysia pula 11 NGO dan organisasi menghantar wakil ke Mahkamah Persekutuun untuk memberi pressure kepada Hakim yang terlibat setelah mereka dibenarkan bersuara untuk membela Lina Joy, antaranya;
  • Malaysian Bar Council
  • All Women’s Action Society (AWAM)
  • Sisters in Islam (SIS)
  • Catholic Lawyers Society
  • Interfaith Spiritual Fellowship
  • Malaysian Civil Liberties Society (MCLS)
  • Malaysian Consultative Council of Buddhism, Christianity, Hinduism and Sikhism (MCCBCHS)
  • National Human Rights Society (HAKAM)
  • Pure Life Society
  • Suara Rakyat Malaysia (SUARAM)
  • Vivekananda Youth Movement, Seremban
  • Women’s Aid Organization (WAO)
  • Women’s Development Collective (WDC)

5.    Wakil dari pertubuhan antarabangsa khususnya juga bercakap menyatakan pendirian mereka bahawa agama adalah pilihan 100% pada diri individu tanpa paksaan.  Mereka membentangkan paper & kes study yang begitu panjang lebar kepada hakim-hakim yang terlibat untuk meletakkan mereka pada tahap kekeliruan yang amat tinggi.
6.       Dalang utama pihak yang membela Lina Joy adalah wakil Bar Council yang beragama Islam (Malik Imtiyaz Sarwar) telah mengambil partisan stand untuk memberi hujjah yang menyokong tindakan Lina Joy tersebut tanpa mendapat restu dari Bar Council member. Malik sendiri berpendirian agar seorang Muslim dibenarkan untuk menukar agama mereka kepada apa jua pilihan mereka…
7.    Suatu yang amat menyedihkan kerana tidak ada wakil daripada pertubuhan Islam yang begitu banyak di Malaysia, kecuali ABIM dan Persatuan Peguam Muslim Malaysia sahaja yang bercakap mempertahankan hujah.
8.       Suatu fakta yang dinyatakan oleh Peguambela pihak Lina Joy di dalam mengakhiri kes itu menyebut;

“…it is time that we must knock into the heads of Malasy that our country Malaysia has never been an Islamic country. Strong message must be thrown to Muslim to tell them that in Malaysia Islam is just subservient to constitution…”
    ibunda Azlina Jailani

* maklumat dari sumber internet