Klik untuk kembali ke Halaman Utama

25 July 2011

Wanita tersungkur angkara FACEBOOK



KUALA LUMPUR: Angkara cinta lama kembali bertaut, seorang wanita sanggup memfitnah suaminya sebagai penyebab dia menghidap HIV ketika membuat tuntutan fasakh (bercerai) di mahkamah syariah.
Semuanya bermula apabila wanita berusia 26 tahun itu dikatakan bertemu semula bekas teman lelakinya menerusi laman sosial facebook dan kembali menjalin hubungan.
Bagi menguatkan hujah tuntutan fasakhnya, dia mereka cerita kononnya si suami menyebarkan HIV kepadanya.
Bagaimanapun, alasan itu umpama ‘senjata makan tuan’ apabila pemeriksaan perubatan mendapati si suami yang berusia 27 tahun itu bebas daripada sebarang penyakit berbahaya, sekali gus membawa kepada pembongkaran wanita terbabit dijangkiti HIV kerana melakukan hubungan seks dengan bekas teman lelakinya.
Pengerusi Sukarelawan Peguam Untuk Semua (SukaGuam), Datuk Khairul Anwar Rahmat berkata, suami wanita terbabit merujuk kepada SukaGuam minggu lalu bagi mendapatkan pembelaan selepas difitnah isterinya.
*dipetik dari MetroAhad
Sekadar renungan dan pedoman buat kita semua. Penipuan serta pembohongan tetap akan terbongkar jua akhirnya walau sebijak mana sekalipun kita cuba menyembunyikannya...
Moralnya, tak perlulah kita mereka-reka sesuatu semata-mata untuk menegakkan sesuatu yang mungkar kerana perancangan Allah lebih baik dari perancangan kita... sekadar renungan

5 comments:

  1. BEGITU BESAR BAHAYANYA FB PADA MANUSIA MASA KINI... TU PASAL AKU JARANG BER "FB" :)

    ReplyDelete
  2. dah ada permata,kaca yang dipilih.
    akhirnya dari dapat menghias diri dengan permata, terluka diri kerana kaca......

    Gelelng kepala jer aku..sendiri cari penyakit.tak da sapa suruh...

    ReplyDelete
  3. apsal dia curang...sesungguhnya balasan Allah boleh terjadi bila2 masa je

    ReplyDelete