Klik untuk kembali ke Halaman Utama

28 July 2011

Muzium Samudera TERBAKAR!?

Perasaan cemas dan curiga menerima panggilan telefon jam 5.30 pagi akhirnya terjawab apabila diberitahu Muzium Samudera terbakar! Jantung berdegup kencang bagaikan tidak percaya. Bagaimana mungkin kami menghadapi situasi ini ketika jumlah pelancong ke Melaka semakin hari semakin bertambah. Perasaan yang sama seperti ini juga pernah dirasai ketika menerima perkhabaran Muzium Rakyat terbakar kira-kira 8 tahun dulu.

Panggilan demi panggilan akhirnya mengesahkan bahawa Muzium Samudera yang menempatkan Replika Flor De La Mar, Muzium Samudera Fasa II dan Muzium TLDM tidak terjejas! Pusat Kraftangan Medan Samudera yang terletak bersebelahan muzium berkenaan disahkan terbakar.

Lega namun timbul perasaan sedih mengenangkan nasib para peniaga di sana. Bagaimana mungkin teman-teman ini menerima ujian ini lebih-lebih lagi ketika kita di dalam persediaan untuk menyambut bulan Ramadhan. Semoga Allah merahmati ke atas mereka. Sesungguhnya tiap sesuatu itu pasti ada hikmah yang tersembunyi.

Kebakaran dipercayai bermula jam 4.45 pagi akibat percikan api pada tingkat bawah berhampiran tangga. Jumlah kerugian masih belum dapat ditafsirkan. Kepada rakan-rakan yang terlibat, sekalung takziah. Semoga terus tabah menghadapi ujian demi ujian dari Allah...  















* gambar ikhsan saudara Kamaludin Yahya @ santaiRETRO.blogspot.com

4 comments:

  1. suspen je... takziah buat peniaga kat sana

    ReplyDelete
  2. takziah pada suma peniaga kat kawasan tue..dh la nk raya x lama lagi..camner la agaknya ek??

    ReplyDelete
  3. nasib baik x merebak ke muzium... apapun takziah pd peniaga. sabar k

    ReplyDelete
  4. takziah buat peniaga2 disana..........

    ReplyDelete