Klik untuk kembali ke Halaman Utama

09 July 2011

(Gambar) BERSIH 2.0 : Sedih, Pilu, Geram dan MELUAT!


 
 
Senario Bandaraya Kuala Lumpur ketika BERSIH 2.0 diadakan. Apa yang jelas lautan manusia tetap datang menyertainya walaupun pelbagai halangan dan rintangan dibuat pihak berkuasa atas alasan keselamatan. Bingung kerana titah perintah DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agung mengarahkan perhimpunan di stadium tidak diendahkan. Sedih dan rasa tercabar! 
Daripada isu permohonan permit yang ditolak sehinggalah berbagai cerita menjengkelkan. Sepatutnya titah baginda perlu dipegang dan diusahakan!
Inilah akibatnya apabila kedua-dua pihak menunjukkan besar kepala! Mujur juga tidak berlaku peristiwa besar yang boleh menggugat ketenteraman negara sepanjang perhimpunan ini. Teringin benar rasanya melihat sekiranya perhimpunan sebegini diadakan ketika kes-kes sensitif seperti Lina Joy, penggunaan kalimah Allah dan lain-lain isu sensitif terutamanya yang digerakkan oleh Presiden Majlis Peguam Malaysia.
Sangsi pula ketika melihat cubaan PERKASA menonjolkan diri. Malahan gurauan PATRIOT yang turut sama menyempilkan diri kononnya menentang BERSIH. Untuk apa dikumpulkan pemuda-pemuda Melayu ini? Apakah kalian juga tidak yakin dengan peranan pihak berkuasa? Inilah senario politik di Malaysia yang membuatkan rakyat semakin benci dan meluat dengan lakonan mereka ini. 
Apa jua isu eloklah dibawa ke meja rundingan, kalau sukar sangat nak berunding cubalah dapatkan pandangan Istana Negara sejajar dengan peranan Baginda sebagai tonggak utama pemerintahan negara. Janganlah dikorbankan keamanan dan kedamaian ini. 
Bangkitlah semula rakyat Malaysia! Bangkitlah semua sahabatku... Jangan sesekali kita terpedaya dengan tipu daya musuh kita yang nyata!     

9 comments:

  1. aku sokong... aku dah mula benci dua-dua pihak. bodoh dan bangang tatkala yahudi sedang mengatur kedudukan mencari kemenangan!

    Umat Islam masih lagi buat perkara bangang dan bodoh

    ReplyDelete
  2. inilah yang orang yahudi mahukan...mereka mahu semua umat islam berpecah belah...ini kerana mereka menyimpan demdam kepada umat islam...

    bangkitlah umat islam!!!jangan biarkan yahudi menguasai diri kita!!

    ReplyDelete
  3. parti pemerintah pasti buat macam2 utk mnjamin kekuasaan mereka selama mungkin. Kalau x puas hati dgn cara mrk jalan terbaik ialah dgn memboikot pilihanraya! ini tidak, tiap kali pilihanraya mereka turut serta malah meraih kemenangan juga.

    PRU 13 kali ini cuba boikot, kalau mereka istiharkan kemenangan juga barulah keluar beramai-ramai timbulkan huru hara sebagai jalan terakhir. Amacam? berani ke pembangkang buat macam tu?

    Pemerintah kalau x mahu jadi macam ni, elok betulkan apa yang x kena. ambil kira pndangan pembangkang demi kemajuan bersama. apa yang penting kalau ka,mu mntadbir dgn baik dan ekonomi pun sangat lancar tanpa ada rasuah dan penyelewengan, SUDAH PASTI rakyat tetap memilih kamu juga... so x payah tipu pun. The best man win

    ReplyDelete
  4. kita bako jer...

    ReplyDelete
  5. aku memang benci dengan BN namun Anwar Ibrahim bukanlah pemimpin yang kita inginkan. Janganlah sampai orang lain mengambil kesempatan. Kuburkan saja Anwar Ibarahim. Ayuh bangkit pemimpin baru. Kita benamkan BN ke liang kubur.

    ReplyDelete
  6. Bodoh punya org melayu(pengkianat bangsa), sokong kafir laknat untuk menjatuhkan negara sendiri.. negara islam sendiri.. Ya Allah.. kau turunkan bala kepada mereka(Pengkianat org islam) ini sebelum mereka menjadi kafir laknat.. Amin.....

    ReplyDelete
  7. Kebanyakkan golongan bodoh ini dari budak2 student u yg diorg pikir diorang dh pandai sgt... klu pandai sgt.. knp nk masuk blaja kt u.. mkner nyer bodoh la tu.. tu sbb msuk blajar.. diorg ni pikir konon nyer dh blajar bertingkat2.. pandai sgt la tu.. padahal bodohnyer berpuluh-puluh tingkat.. menjatuhkn bangsa melayu sendiri.. Sengal.. org cm ni kecik2 lagi patutnyer bijak sampai mampos jer...
    besar menyusahkan org lain..

    ReplyDelete
  8. U utk Unta.. patut bodoh pun.. ikut jer apa tuan dia suruh... hahahahaha

    ReplyDelete