Klik untuk kembali ke Halaman Utama

15 June 2011

Sleepover @ The Museum : Menjejaki Sejarah dan Misteri Pulau Besar


Pulau Besar, Melaka (11 Jun 2011) : Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) mengorak langkah dengan memperluaskan program Sleepover @ The Museum di Muzium Pulau Besar, Melaka. Program yang mendapat tempat di hati para pelancong ini sebelumnya diadakan di Muzium Samudera (Replika Flor De La Mar) serta Muzium Istana Kesultanan Melaka. Dengan pertambahan Muzium Pulau Besar sebagai muzium ketiga aktiviti ini pastinya menjadikan program ini bertambah menarik.

Pengurus Besar PERZIM, Tuan Haji Khamis bin Haji Abas ketika ditemui menyatakan keyakinan terhadap program ini memandangkan Pulau Besar sememangnya mempunyai tarikan tersendiri serta sering mendapat tempat di kalangan pelancong dari dalam mahupun luar negara. Dengan pengwujudan Muzium Pulau Besar serta aktiviti bermalam di dalam muzium di Pulau Besar, diharapkan aktiviti pelancongan di Pulau ini akan meningkat dan menjadikan pulau lagenda ini sebagai tarikan utama industri pelancongan di Melaka. 

Pulau Besar sebelum ini dianggap sebagai lokasi misteri yang sering dikunjungi golongan tertentu. Ia juga tidak terlepas dari aktiviti-aktiviti yang bertentangan dengan ajaran Islam. Adalah diharapkan dengan aktiviti berterusan sepertimana yang dijalankan PERZIM ini akan membantu Kerajaan Negeri Melaka menghapuskan amalan ini serta menjadikan Pulau Besar sebagai destinasi pelancongan yang terbaik di Melaka kelak.

Dalam program percubaan yang dilancarkan PERZIM ini, seramai 25 orang peserta yang terdiri dari wartawan serta kakitangan Bahagian Promosi Pelancongan, TOURISM Malaysia Melaka, Majlis Agama Islam Melaka, Jabatan Agama Islam Melaka dan PERZIM berpeluang merasai pengalaman bermalam di Muzium Pulau Besar serta melawat lokasi-lokasi menarik di Pulau Besar.



Selepas sahaja taklimat, para peserta di bawa melawat ke Muzium Pulau Besar serta beberapa lokasi antaranya Kubur Tok Janggut, Kubur Tok Putih, Kubur Syarifah Rodziah, Kubur Syeikh Ismail, bekas kubur Tujuh Beradik, Perigi Tempayan Pecah serta Keramat Ular. Pada sebelah malamnya pula peserta dibawa mengunjungi Gua Yunus sambil merasai pengalaman ’jungle trakking’ pada waktu malam. Para peserta kemudiannya kembali ke Muzium untuk bermalam bersama artifak bermula jam 12.00 malam.

Keesokannya para peserta berpeluang melawat Batu Belah, Perigi Bunian serta Tasik Bunian sebelum program berakhir selepas makan tengahari.

Haji Khamis mempelawa orang ramai untuk menyertai program ini pada bila-bila masa dengan penyertaan minima seramai 20 orang bagi setiap program. Semua aktiviti akan disusun untuk para peserta termasuk juga makanan dan minuman sepanjang program serta juga perlindungan insuran.

Untuk makluman lanjut berkenaan program ini, orang ramai boleh mengunjungi laman web PERZIM di www.perzim.gov.my atau menghubungi Unit Promosi PERZIM di talian 06-2814226.








7 comments:

  1. Assallam'mualaikum..sesuatu yang bolih dibanggakan..ini boleh menarik minat untuk pelancung tinggal di Melaka lebih lama..keep on the gud job Perzim..Rahim ( tour guide )

    ReplyDelete
  2. best gila program niiii.....tahniah kpd semua yg menjayakan...

    ReplyDelete
  3. tENGOK ORANG YANG SERTAI PON CAM MISTERI JE.. :)

    ReplyDelete
  4. muzium ni kat mane?????
    tlg cepat reply plZZZZZZZZ!!!!!!!!!!!!!!!!1

    ReplyDelete
  5. terletak di Pulau Besar, Melaka di bawah pengurusan Perbadanan Muzium Melaka

    ReplyDelete
  6. zYUK JOIN BERSAMA AGEN BANDAR JUDI ONLINE TERBESAR
    WWW.ZOYA99.COM RAIH JUTAAN RUPIAH SELAMA BERMAIN DISINI
    BANYAK KEUNTUNGAN YANG TIDAK DI MILIKI SITUS LAIn
    * PROSES DEPO/WD YANG SUPER CEPAT
    * MINIMAL DEPO/WD Rp.20.000
    * 7 PERMAINAN HANYA MENGGUNAKAN 1USERID SAJA
    * PELAYANAN CS YANG SANGAT BERPENGALAMAN
    * BONUS ROLINGAN
    * BONUS REFERALL
    UNTUK INFO LEBIH LENGKAP SILAHAKAN HUBUNGIN CS KAMI
    • Pin BBM D8B82A86
    • Pin BBM 2BE5BC31
    • Line : zoya_qq
    • WA : +85515370075

    ReplyDelete
  7. YUK JOIN DAN MAINKAN POKER DAN DOMINO ONLINE BERSAMA ZOYA99.COM
    DAPATKAN EXTRA BONUS SELAMA BERMAIN DISINI
    * BONUS ROLINGAN
    * BONUS REFERALL
    DAN RASAKAN PELAYANAN CS YANG SANGAT BERPENGALAMAN HANYA DISINI
    UNTUK INFO LEBIH JELAS, SILAHKAN HUBUNGIN CS KAMI ONLINE 24JAM!!
    • Pin BBM D8B82A86
    •Pin BBM 2BE5BC31
    •Line : zoya_qq
    •WA : +85515370075accc

    ReplyDelete