Klik untuk kembali ke Halaman Utama

29 June 2011

Kumpulan SEPAH mula berpecah...?

sepah hampir berpecah
Inilah namanya tekanan. Rasanya kalau Sepah benar-benar berpecah, memang ramai yang akan kecewa. Almaklumlah lawak Sepah walaupun agak kasar tetapi memang kena dengan jiwa orang Melayu. Lawak mereka ialah lawak yang sering berlaku di dalam kehidupan seharian kita. Itu sebab mereka berjaya bergelar juara Maharaja Lawak.

Kalau semuanya hendak ditegur setiap kali, memang ia cukup memenatkan. Masing-masing sudah dewasa dan tahu apa yang terbaik untuk diri sendiri. Percaya atau tidak, sebelum persembahan kedua pun, kami sempat lagi bergaduh dan bertekak. Jadi mahu atau tidak, kami perlu bersatu untuk mempersembahkan idea yang menarik biarpun perlu bermasam muka dan berselisih faham

Akibat tekanan untuk memberikan persembahan yang terbaik pada final Maharaja Lawak baru-baru ini, Jepp Sepah akibat terlalu tertekan mahu membubarkan kumpulan Sepah dan membawa haluan masing-masing. Rupa-rupanya semasa rehearsal pun persembahan kumpulan Sepah hanya siap separuh sahaja akibat kekeringan idea. Kata Jepp:

* dipetik dari beautifulnara.com

ermmm alahai... sama-samalah kita berharap agar Sepah akan terus bersama untuk mewarnai dunia hiburan di Malaysia. Dah menjadi resam, biasalah berselisih faham sedikit demi memantapkan persembahan. Jadikanlah kejuaraan dalam Maharaja Lawak sebagai satu sandaran untuk mencipta kejayaan yang lebih besar. Apa pun tahniah buat Sepah!

1 comment:

  1. kenapa berpecah???klau nk brpech sgt,,,baik x yah masuk ml pun.......anyway.......SEPAH is not very BEST!!

    ReplyDelete