Klik untuk kembali ke Halaman Utama

10 June 2011

Bermalam di Muzium Pulau Besar


Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) sekali lagi mencatat sejarah dengan melancarkan program bermalam di Muzium Pulau Besar, Melaka. PERZIM yang sebelum ini dikenali dengan kejayaan program sleepover @ the museum kini menjadikan Pulau Besar sebagai lokasi ketiga program berkenaan selepas Muzium Replika Flor De La Mar dan juga Muzium Istana Kesultanan Melaka.

Pelbagai acara disusun sepanjang program termasuk lawatan ke Gua Yunus pada waktu malam bagi menjadikan program bermalam di Muzium Pulau Besar ini benar-benar menarik dan mampu melonjakkan nama negeri Melaka sebagai destinasi percutian terunggul di dunia.

Peserta akan tidur bersama artifak di dalam muzium dan pastinya merupakan pengalaman menarik yang tidak akan dilupakan peserta. Cerita lanjut mengenai program ini akan dikeluarkan kelak... apa yang pasti program ini pastinya perlu dirasai terutama bagi penggemar alam misteri

2 comments: