Klik untuk kembali ke Halaman Utama

16 May 2011

Spirit of Rachel Corrie ke Israel ditembak

Kapal kargo Spirit of Rachel Corrie yang membawa bantuan ke Palestin diserang rejim zionis.

Kapal terbabit ditembak ketika melakukan pelayaran solo membawa sistem saluran paip bagi tujuan pembinaan semula saluran kumbahan di Semenanjung Gaza yang musnah dibedil tentera zionis, tiga tahun lalu.

Dalam kenyataannya, Perdana Global Peace Foundation, PGPF berkata, insiden berlaku 6:54 pagi waktu Jordan.

Kapal terbabit dipaksa beralih ke kawasan perairan Mesir yang jaraknya satu setengah batu nautika dari perairan Palestin. Bantuan kemanusiaan ini membabitkan tujuh rakyat Malaysia dan lima lagi warga asing.
 
Pelik kan...? sudah beberapa kali bantuan kemanusiaan ke Palestin menerusi laut terhalang. Agaknya kita pun sudah menjangka apa akan terjadi sekiranya ada lagi bantuan kemanusiaan dilancarkan kelak. Panglima bukan hairan dengan tindak balas yang akan dilakukan oleh Israel, sudah tentu mereka akan menyekat sepenuhnya semua usaha menghantar bantuan ke Palestin.
 
Sememangnya Yahudi merupakan bangsa yang paling berpengaruh di dunia dan mereka akan melakukan segala bentuk kekejaman bagi menghalang bantuan ke Palestin. Hanya Islam sahaja yang mampu menentang kekejaman mereka dan sesungguhnya mereka akan cuba memastikan agar Islam sentiasa lemah.
 
Hentikan semua tekanan ke atas Israel. Jangan cuba menghantar sebarang bantuan ke Palestin melalui laut lagi. Kita pun tak pasti nasib kapal-kapal seperti Marvi Marmara yang ditahan Israel dulu. Tak perlulah kita menggadaikan kapal jutaan ringgit kerana kita sendiri hampir pasti nasibnya kelak.
 
Apa yang perlu kita lakukan adalah memberi tekanan berterusan ke atas Mesir kerana laluan menerusi Mesir merupakan satu cara terbaik dan paling kurang mengundang risiko. Seluruh dunia Islam perlu mengkritik ataupun menggunakan langkah lebih efisen iaitu melanggar halangan dan sekatan yang dikenakan Mesir ke atas Palestin. Dalam erti kata lain gunakan kekuatan ketenteraan untuk mengiringi konvoi bantuan kemanusiaan ke Palestin. Sekiranya mereka menyerang inilah masa terbaik untuk seluruh umat Islam menilai  sejauh mana keislaman Mesir dan memberi tekanan dan tentangan secara terbuka ke atas Mesir.
 
Kita lihat samada mereka takutkan Yahudi yang dinaungi Amerika ataupun Islam yang dijamin kemenangannya oleh Allah... 

1 comment:

  1. Lepas nie wujud la isu tentera Irael tertembak sukarelawan nie.. dah tau da akal zionis, lawan zionis nie peluru je... Israel takut Islam bersatu cam zaman khalifah dulu, baru 'buku bertemu ruas'..

    ReplyDelete