Klik untuk kembali ke Halaman Utama

20 May 2011

Rakyat Malaysia suarakan bantahan projek Nuklear Lynas





Sebilangan warga Malaysia yang prihatin mengadakan tunjuk perasaan di Masjid Negara, Kuala Lumpur bagi membantah projek tenaga nuklear Malaysia seperti yang dirancang kerajaan di Gebeng, Pahang bagi tujuan penjanaan elektrik. Wadah Panglima pernah menyuarakan isu ini pada 25 April 2011 (klik sini : Rothschild, Lynas dan tenaga Nuklear Malaysia).

Harapan semua rakyat Malaysia agar kerajaan dapat mempertimbangkan semula rayuan serta bantahan dari orang ramai. Ketepikan kepentingan peribadi agar rakyat sentiasa didahulukan. 

Dunia baru sahaja dikejutkan dengan kemusnahan stesen nuklear di Jepun akibat gempa bumi yang pastinya mengundang bencana kepada penduduknya. Kita juga masih ingat mengenai kebocoran stesen nuklear di Russia. Maka sewajarnya kita semua menolak kewujudan stesen nuklear di Malaysia yang mengundang lebih banyak keburukan dari kebaikan. Bersamalah kita berusaha dan berdoa agar negara kita terhindar dari segala bahaya dan bencana... Insya Allah

No comments:

Post a Comment