Klik untuk kembali ke Halaman Utama

10 May 2011

Harga GULA naik lagi...


Harga gula akan naik 20 sen kepada RM2.30 sekilogram berkuatkuasa hari ini (10 Mei 2011). Penyelarasan subsidi itu akan membolehkan kerajaan berjimat sebanyak RM116.6juta. Menurut Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Mohd Zain Mohd Dom, kenaikan itu selaras dengan keputusan Mesyuarat Majlis Ekonomi pada hari ini.


"Langkah ini adalah selari dengan strategi jangka panjang kerajaan untuk merasionalisasikan subsidi secara berperingkat-peringkat," kata Mohd Zain.

Jelasnya, walaupun perubahan harga runcit dibuat, ia adalah lebih rendah berbanding negara serantau, termasuk Indonesia, Singapura, Thailand dan Filipina. Beliau malah menyebut harga gula di negara-negara berkenaan sebagai perbandingan. Kali terakhir harga gula naik pada 4 Disember lalu, sejajar dengan kenaikan Harga petrol RON95, diesel, Petroleum Gas Cecair (LPG). Pada masa itu, harga gula turut meningkat 20sen, menjadikan harganya RM2.10 sekilogram. 
Kenaikan ini adalah minima, maka para peniaga sewajarnya tidak menaikkan harga minuman. 

erm.... terpaksalah kita mengeluh lagi. Apakah yang berlaku sebenarnya? Mengapakah kita sering didombakan bahawa ekonomi Malaysia berada pada tahap terbaik sedangkan pada masa yang sama rakyat Malaysia terpaksa menanggung pelbagai kenaikan harga barangan.

Adalah amat wajar kerajaan mengamalkan dasar terbuka dan berterus terang kepada rakyat. Rakyat Malaysia adalah bangsa yang bertamadun serta amat matang, maka tidak perlulah kerajaan terus menipu dan mempermainkan rakyat. Perjelaskan keadaan ekonomi dengan sewajarnya, sekiranya keadaan mendesak maklumkah betapa kesukaran yang perlu dihadapi. Rasanya seluruh Rakyat Malaysia memahami situasi malah bersedia memikul beban dan tanggungjawab bersama kerajaan.

Penjelasan kenaikan dibuat dapat menjimatkan wang sebanyak RM116.6 juta adalah tidak masuk akal ketika negara berada dalam ekonomi yang mantap. Untuk apa kita berjimat kalau ekonomi berada ditahap terbaik.  Masih ingatkah anda kempen 'maniskan senyuman, kurangkan gula dalam minuman' ketika harga gula naik pada 4 Disember 2010 yang lalu. Kenapa minda rakyat perlu dipesongkan? Apakah perlu kempen sedemikian? Bukankah lebih wajar sekiranya kerajaan berterus terang sahaja tanpa perlu berselindung lagi...?


Rakyat Malaysia perlu dimaklumkan setiap situasi dengan jelas tanpa perlu diperbodohkan lagi. Naikkan sahaja apa-apa barangan pada harga yang wajar serta memaklumkan situasi sebenar adalah lebih wajar daripada menaikkan dengan memberi alasan bodoh. Rakyat Malaysia tidak mahu ditipu lagi....   

2 comments:

  1. KALAU AKU JADI PM, AKU AKAN PASTIKAN HARGA BARANG TAK NAIK.. BIARLAH KERAJAAN SUSAH SKIT, JAMJI RAKYAT TIDAK SUSAH.. SO, JOM RAMAI-RAMAI UNDI AKU.. :p

    ReplyDelete
  2. mampos la aku kena tipuuuuuu je

    ReplyDelete