Klik untuk kembali ke Halaman Utama

27 May 2011

Bagaimana Philip Morris membunuh manusia?


Philip Morris, baru bertukar nama menjadi Altria Group pada 2003. Altria bererti ‘tinggi’ yang maksudnya berasal dari bahasa Latin. Pusat operasi syarikat pengeluar rokok utama dunia ini ialah di Henrico County, Virginia, Amerika Syarikat. Bermula sebagai kedai tembakau pada 1847 di Bond Street, London, kini Philip Morris menjadi syarikat nombor satu bagi pengeluar makanan di Amerika Syarikat, penjual keju yang diproses dan pengeluar rokok. Ia juga menjadi syarikat makanan kedua utama di dunia dan ketiga bagi bisnes gula-gula. 

Sempena nama Philip Morris iaitu seorang peniaga Yahudi, syarikat tembakau itu berkembang sebagai sebuah syarikat ketiga paling menguntungkan dalam kategori barangan pengguna. Pada akhir tahun kewangan 2007, ia mencatatkan pendapatan sebanyak US$8.9 bilion dengan mengeluarkan 850 bilion batang rokok di seluruh dunia. Di pasaran semasa, penguasaan Philip Morris meningkat dari 15.4 peratus dalam tahun 2006 kepada 15.6 peratus pada tahun 2007.
Pengurusan Philip Morris diketuai oleh Michael Szymanczyk, juga seorang Yahudi dari Philip Morris Amerika Syarikat (AS). Kaitan Yahudi dan bisnes rokok semakin akrab dan melibatkan rangkaian pelobian yang sangat kukuh. Setiap kali pilihan raya presiden AS, kita didedahkan kaitan calon presiden dengan pelobi-pelobi Yahudi. Siapakah pelobi-pelobi itu?

Center for Public Integrity, AS mendedahkan bahawa Atria Group membelanjakan hampir US$101 juta untuk melobi kerajaan AS dari 1998 hingga 2004, menjadikannya organisasi kedua paling aktif melobi di negara itu.

Dr Wu Tao-Wei dalam artikel ‘Why the Jews Hate ‘Fa Lun Gong’ berkata, sama ada terdapat gula di dalam diet, tembakau, barah, dadah atau ribuan bahan-bahan asing lain yang memudaratkan manusia, jika ia memberi faedah kepada Yahudi, mereka akan mempromosinya dengan bersungguh-sungguh.

Yahudi sentiasa mencari ruang dan peluang untuk menghancurkan manusia. Melalui tembakau dan rokok, hampir 23 peratus kematian di Republik Chech adalah akibat tabiat merokok.
Bagaimana pengaruh rokok berkembang di seluruh dunia?

Sejak 1847 hingga 2008, Philip Morris sentiasa berkempen secara agresif melalui Philip Morris International (PMI). Bermula di Australia pada 1954, jualan rokok terus meningkat dan pada 1973, pengeluaran rokok mencecah 124 bilion batang.

Kilang terbesar Philip Morris di luar AS ialah di Bergen op Zoom, Belanda yang dibuka pada 1980. Kejayaan kilang ini ialah menyumbang sebanyak US$1 bilion iaitu kali pertama Philip Morris mendapat jumlah berkenaan sejak penubuhannya.

Dua tahun kemudian, volum rokok mencecah 400 bilion, menyebabkan operasi PMI perlu dikembangkan selari dengan pertambahan permintaan. Syarikat itu membelanjakan lebih US$3 bilion untuk kempen pengiklanan pada 1996, menjadikannya pengiklan kesembilan terbesar di dunia.

Kesan daripada kempen merokok, 67 peratus lelaki di kawasan bandar di Kemboja menjadi perokok manakala di luar bandar, ia mencecah 86 peratus. Di China, 3,000 orang mati setiap hari kerana merokok. Kajian di Filipina pula mencatatkan 99.8 peratus iklan tembakau menjadi permulaan kepada tabiat merokok khususnya kepada 60 peratus lelaki yang merokok.

Korea Selatan adalah pasaran kelapan terbesar bagi rokok dunia di mana jumlah rokok yang dikeluarkan setahun dianggarkan 100 bilion. Kawasan yang menjadi pasaran besar kepada rokok ialah Pasifik Barat di mana dua per tiga lelaki terlibat dengan tabiat merokok.

Selain Philip Morris, Kementerian Kewangan Jepun turut menjadi pemegang saham terbesar dalam Japan Tobacco iaitu salah satu syarikat pengeluar rokok utama dunia.

Oleh kerana pasaran rokok yang sangat besar, PMI melangkah jauh dengan membuka kilang pengeluaran rokok pertama di Asia pada 1995 dengan mendirikan kilang di Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia. Lapan tahun kemudian, Filipina menggantikan Malaysia sebagai pusat pengeluaran rokok utama Asia dengan lonjakan pendapatan sebanyak US$5.7 bilion iaitu pertambahan seratus kali ganda sejak 1970.

Selepas Malaysia dan Filipina, PMI melebarkan bisnes ke Indonesia dengan menguasai 95 peratus saham dalam PT HM Sampoerna pada harga US$4.8 bilion. Menguasai bisnes rokok di lima benua, Philip Morris mewarisi pendapatan US$38.05 bilion (2007) melalui penjualan 26 jenama rokok termasuk Marlboro, L&M, Philip Morris, F6, Classic dan Sampoerna di samping menjadi penyeludup rokok haram paling besar. Di Itali, media negara itu mendedahkan peranan Philip Morris sebagai pedagang marijuana terbesar di dunia.


Rujukan
albawa.com/theexpert/Philip Morris-The Jewish Leader in the Cigarette Business
wikipedia.org/wiki/Altria_Group
wikipedia.org/wiki/Philip_Morris_International

No comments:

Post a Comment