Klik untuk kembali ke Halaman Utama

09 April 2011

SPRM : Elok Pindah di Tanah Lapang




Rakyat masih diselubungi tanda tanya berhubung kes kematian pegawai Kastam yang sedang disoalsiasat oleh SPRM ditemui mati akibat terjatuh dari tingkat satu Bangunan SPRM. Apa yang membingungkan ialah kematian ini merupakan kes kedua sedangkan kes pertama masih belum selesai di mahkamah. 

Rakyat Malaysia juga disajikan dengan laporan bergambar di TV yang menunjukkan pegawai-pegawai Polis bahagian forensik sedang menjalankan siasatan. Apa yang membingungkan siasatan oleh bahagian forensik masih dijalankan sedangkan jenazah Allahyarham telah pun selamat dikebumikan.

Mungkin bagi meredakan ketegangan serta mengembalikan imej SPRM di kalangan rakyat, Timbalan Pesuruhjaya SPRM mengeluarkan kenyataan akhbar memaklumkan sememangnya telah wujud arahan supaya siasatan dilakukan  hanya di ruang menunggu atau ruang tetamu di tingkat bawah sahaja atau dengan diawasi pegawai SPRM sepanjang masa.

Sebelumnya SPRM menegaskan bahawa Allahyarhan yang ditemui mati di Bangunan SPRM telah datang dengan kerelaan sendiri serta bukannya dipanggil. Polis juga mengeluarkan kenyataan segera sebaik berita kematian tersebar dengan mengatakan kematiannya disifatkan sebagai kematian mengejut.

Seharusnya SPRM tidak perlu bersifat 'kurang cerdik' dengan mencari sasaran untuk dituding. Tunjukkan profesionalisme anda kerana keyakinan seluruh rakyat Malaysia terhadap anda sangat tipis. Sekiranya benar siasatan perlu dilakukan di bahagian bawah, seharusnya semua pejabat SPRM dipindahkan sahaja ke kawasan lapang dengan menyewa khemah sahaja. Siasatan boleh dilakukan di mana sahaja, seluruh rakyat Malaysia akan akur namun tahap profesionalisme yang tinggi perlu dipraktikkan segera tanpa perlu siasatan di altitud rendah ataupun di bawah tanah....  

* hanya mampu menggelengkan kepala sambil tersenyum   




KENYATAAN TIMBALAN KETUA PESURUHJAYA 
(PENGURUSAN DAN PROFESIONALISME) SPRM BERHUBUNG  
ASPEK KESELAMATAN DI SPRM 



Putrajaya – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia  (SPRM) merupakan 
sebuah badan yang begitu mengambil berat berhubung aspek keselamatan dan 
disiplin pegawai. Saya selaku Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan 
Profesionalisme) dibantu oleh dua (2) Bahagian di SPRM iaitu Bahagian 
Keselamatan dan Bahagian Kecemerlangan dan Profesionalisme yang 
menguruskan berhubung aspek keselamatan serta kecemerlangan dan 
profesionalisme termasuklah skop disiplin.  

Mengenai aspek keselamatan di pejabat SPRM seluruh  Malaysia, memang 
telah ada Arahan Ketua Pesuruhjaya SPRM sejak dahulu lagi (dahulunya 
dipanggil Arahan Tetap Ketua Pengarah Badan Pencegah Rasuah) yang masih 
berkuatkuasa yang mana Arahan Ketua Pesuruhjaya ini mengarahkan semua 
Pengarah-pengarah SPRM Bahagian dan Negeri serta pegawai dan staf SPRM 
bahawa setiap tetamu atau pelawat SPRM tidak dibenarkan dibawa masuk ke 
dalam bilik mana-mana pegawai.  

Tempat pertemuan tetamu dan pelawat-pelawat adalah terhad di bilik tetamu 
atau di ruang menunggu. Ini amat jelas termaktub dalam peraturan yang 
berkuatkuasa dari dulu (awal penubuhan BPR) sehingga kini. Dan perkara ini 
telah saya tegaskan lagi dengan arahan baru yang saya telah keluarkan 
mengarahkan supaya mengambil langkah-langkah keselamatan yang 
maksimum ke atas semua individu yang berurusan dengan SPRM, terutamanya 
melibatkan orang yang kena tuduh, orang yang disyaki, saksi atau pengadu, 
termasuklah keselamatan dalam pejabat dan pegawai SPRM sendiri.  
Semua urusan dengan mereka hendaklah diselesaikan di aras bawah bagi 
pejabat-pejabat milik SPRM. Manakala bagi pejabat SPRM yang tidak 
mempunyai aras bawah (contohnya pejabat SPRM yang disewa yang terletak 
di bangunan bukan milik SPRM atau bangunan gunasama), semua orang yang 
berurusan dengan SPRM hendaklah diawasi sepanjang masa oleh pegawai 
SPRM dengan mengambil langkah-langkah keselamatan yang maksimum. Ini 
merupakan satu arahan dan baru sebentar tadi saya telah memanggil Pengarah 
Bahagian Keselamatan supaya membuat pemeriksaan sekali lagi ke atas semua 
pejabat-pejabat SPRM sama ada milik sendiri atau yang disewa untuk 
memastikan ciri-ciri keselamatan ini dipatuhi sepenuhnya.


Demikian juga saya telah mengarahkan pegawai di Bahagian Kecemerlangan dan Profesionalisme yang 
merupakan Sekretariat kepada Jawatankuasa Aduan supaya mengambil tindakan tegas (termasuklah 
dikenakan amaran, ditahan kerja, digantung kerja atau dibuang kerja) ke atas mana-mana pegawai yang 
melanggar peraturan ini (iaitu kesalahan tatatertib dan salah-laku yang tidak bersifat jenayah) supaya
tahap disiplin pegawai SPRM tetap unggul dan utuh dan berada pada tahap yang paling tinggi. [Tamat] 
Dato’ Hj Zakaria bin Hj. Jaafar 

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme) 
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 
8 April 2011 



http://www.sprm.gov.my/images/files/STATEMENT_TKP_PP_ON_SECURITY_ASPECT_08042011.pdf

2 comments:

  1. Biasa lah..tengok kat mane-mene ..tempat2 dimane penjawat awam kerajaan koje..ade jer masalah loklak baikpun dibidang penguatkuasa. Sebab dah terbiasa banyak peraturan dan arahan di buat dek jer. Skrg banyak gune talian komputer..lagi lepak gaya baru berluasa..he he. Tapi sampai dua kes berlaku ditempat sama memangler satu yang tinggi tohmahan yang diterima. Orang tak pernah susah dapat kekayaan memang jiwanya kecik...SPRM berurusan banyak dengan orang2 begini perlulah lebih berugama dan guna psikologi bukan saja pada orang yang disiasat malah pada petugasnya. Buat soal siasat atas pokok kelapa pun tak per..ake ake..
    apa-apa pun aku simpati dengan allahyarham dan keuarga serta sehabat handainya. Hanya tuhan yang maha mengetahui selain dari kita turut ingin keadaan kebenaran yang ada.
    Rasuah perlu di jauhi!

    ReplyDelete
  2. SIASAT KAT PADANG BOLA LA.. SAMBIL-SAMBIL BOLEH SEPAK BOLA KALAU DAH GERAM SANGAT..

    ReplyDelete