Klik untuk kembali ke Halaman Utama

29 April 2011

(Gambar) Aksi Panas Maya Karin & Aaron Aziz Di Atas Katil


Biar betul... menariknya gambar ini hanyalah lakonan dalam filem arahan Osman Ali yang diadaptasi dari novel Ombak Rindu.
Sinopsis filem Ombak Rindu : 
Izzah (Maya Karin), gadis yatim piatu yang kematian ibu dan ayah akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, ayah saudaranya, Taha, mengambil tugas memelihara Izzah. Pada masa sama, Pak Cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual Izzah kepada seorang tauke kelab malam.



Di situlah dia berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz (Aaron Aziz). Hariz sanggup ‘membeli’ Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan mahu membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah, tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.
Kehadiran Mila Amylia (Lisa Surihani), anak Tan Sri Rashdan, model dan pelakon terkenal akhirnya menggugat kebahagiaan Izzah dan Hariz. Apakah mereka bermadu?


Filem ini diterajui oleh Aaron Aziz, Maya Karin, Lisa Surihani, Bront Palarae, Julia Ziegler, Azizah Mahzan, Zaidi Omar, Normah Damanhuri, Fauzi Nawawi, Nadia Nisa, Mislina Mustafa, Kamarul Hj Yusof dan Yap Leong Chai.

erm... cantiknya Maya Karin bertudung kan? tapi yang tak cantiknya babak atas katil tu...  entahlah tapi inilah hakikatnya dunia hiburan kita... 


8 comments:

  1. erm.. aku dah komen lebih lanjut dalam blog aku..

    ReplyDelete
  2. biasa aaa...kata artis....

    ReplyDelete
  3. mcm takde perasaan jek muka aaron tu..beza dlm cite nora elena.

    ReplyDelete
  4. saya tak boleh bayangkan..macammanalah perasaan dia buat aksi yang menggairahkan tue. Eee yek. Kita nak buat aksi mcm tu ngn laki bini pun segan..oops

    ReplyDelete
  5. asal terlebih je kutuk...apa nak jadi zaman skrg nie!!?

    ReplyDelete
  6. habis tu x kan nak biarkan je? apa ler bongok sanagt ko ni...?

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum....

    Barangkali inilah yang dimaksudkan oleh seorang artis sebelum pilihanraya ke 13 lalu..., jika Pakatan Rakyat (PAS) diundi, maka industri hiburan Malaysia akan hancur... Apakah hanya dengan babak berpeluk, babak maksiat dalam filem ini yang membuatkan filem laris? Golongan remaja yang paling ramai menjadi penonton filem dan filem seperti di atas menjadi contoh yang tak baik...

    Ia seolah-olah mempromosikan maksiat. Walaupun dalam skrip lelaki dan perempuan itu sumai isteri, namun hakikatnya mereka bukan suami isteri. Maksiat dalam filem dilihat seperti dihalalkan. Di mana orang-orang yang menjaga Islam di Malaysia? Imam masjid negara atau mufti tak tahu ke hal ni? Takut nak tegur sebab makan gaji dengan "pemerintah"?

    ReplyDelete