Klik untuk kembali ke Halaman Utama

15 March 2011

Tsunami Jepun tiba di San Francisco,US



IMEJ menunjukkan ombak bergerak di Teluk San Francisco, Amerika Syarikat 13 jam 
selepas tsunami melanda timur laut Jepun pada Jumaat lalu.




SAN FRANCISCO, Amerika Syarikat (AS) - Bencana ombak tsunami setinggi 0.5 meter melanda Teluk San Francisco di sini yang dirakamkan selepas ia bergerak lebih 8,000 kilometer merentasi Lautan Pasifik, lapor sebuah akhbar kelmarin.
Rakaman itu menunjukkan gelombang kecil tsunami melintasi Jambatan Golden Gate, 13 jam selepas Jepun dilanda gempa bumi kuat berukuran 9 pada skala Richter Jumaat lepas.
Di beberapa tempat di AS, tsunami yang lebih besar melanda bandar Crescent di negeri California apabila ombak setinggi lebih dua meter memusnahkan kawasan dermaga di bandar itu. 
* laporan berita Agensi

No comments:

Post a Comment