Klik untuk kembali ke Halaman Utama

09 March 2011

RON 95 tidak berkualiti...?


Dungun - Pemandu van Hospital Kemaman dan empat penumpang terdiri daripada jururawat Kementerian Kesihatan Malaysia nyaris maut apabila van yang dinaiki terbakar. Saiful Bahari Ismail, 28 yang memandu van itu untuk membawa jururawat tersebut menghadiri kursus di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.Bagaimanapun apabila tiba di Jalan Kuala Terengganu menuju ke Kemaman berhampiran Simpang Tanjung Jara, Saiful Bahari terdengar bunyi sesuatu dari arah belakang van. Sejurus itu, dia mendapati enjin kenderaan berasap. Dia kemudiannya memberhentikan van dan mengarahkan jururawat berkenaan keluar dari kenderaan.

Bomba menerima panggilan pada jam 6.04 minit dan tiba di lokasi kejadian beberapa minit selepas laporan diterima. Menurut jurucakap bomba. punca kejadian masih dalam siasatan. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Dungun, Penolong Penguasa, Suki Annuar ketika dihubungi Sinar Harian mengesahkan kejadian tersebut. 
* dipetik dari Sinar Harian

Kenapakah semenjak RON 95 diperkenalkan terlalu banyak kes kemalangan menyebabkan kebakaran berlaku di seluruh negara? Pasti ada sesuatu yang tidak kena. Apakah kecuaian pemandu atau sememangnya RON 95 sememangnya tidak berkualiti...?

Kalau dulu jarang sekali kita mendengar kes kemalangan yang melibatkan kebakaran tetapi kini kita semacam dah sebati dengan kes sebegini lantaran begitu kerapnya kejadian ini sehingga puluhan nyawa melayang begitu saja. 

Tidak dinafikan kecuaian pemandu adalah antara faktor utama kemalangan tetapi cuba perhatikan statistik kemalangan yang melibatkan kebakaran semenjak RON 95 diperkenalkan. Justeru apakah tindakan kerajaan? Apakah kita semua perlu menunggu sehingga beberapa nyawa lagi terkorban? Adalah amat wajar pihak berkenaan mengambil langkah drastik bagi mengkaji kaitan RON 95 ini dengan kejadian kebakaran di jalan raya.

Sekiranya terbukti RON 95 sememangnya menyumbang kepada kejadian ini sewajarnya kerajaan menghentikan penggunaannya bagi melindungi keselamatan Rakyat Malaysia. 

3 comments:

  1. rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan! jangan hanya slogan je... tubuhkan satu j'kuasa khas bagi menyiasat kesesuaian RON95

    ReplyDelete
  2. aku baru tahu ni bro tentang ststiatik ni...tak tahu pulak banyak kes kenderaan terbakar kerana minyak ni...

    ReplyDelete
  3. hahaha..memang rakyat didahulukan..
    apa2hal rakyat yang terkena dulukan?
    bukannya menteri2 yg asik dalam keta mewah siap ada polis pengiring lagi...

    ReplyDelete