Klik untuk kembali ke Halaman Utama

18 March 2011

Isteri Curang dengan Teman Sendiri

Suami malang.
ALOR GAJAH - Seorang suami yang berpengaruh dan berjawatan tinggi di sebuah agensi kerajaan, dekat sini, kecewa selepas mendapat tahu isterinya menjalinkan hubungan intim dengan rakan baiknya sendiri.

Itulah pengakuan Abd Samad Mohd, 46, (bukan nama sebenar) yang pada mulanya hanya mendengar khabar angin daripada rakan sekerja, menyatakan isterinya itu menjalin hubungan intim dengan rakan sepejabatnya namun dinafikannya.

Menurutnya, dia mendirikan rumah tangga bersama isterinya berumur 33 tahun itu 17 tahun lalu dan dikurniakan tiga anak perempuan, berumur antara 20 dan 12 tahun.

“Kami bekerja dalam agensi yang sama tetapi berlainan jabatan.

“Memang tidak terduga, isteri yang kerap menghadiri seminar dan rombongan keluar daerah, rupa-rupanya hanya helah untuknya memadu kasih bersama kekasih hati sebelum perlakuan sumbangnya terbongkar,” katanya.

Abu Bakar berkata, sepanjang hidup bersama, isterinya tidak pernah marah, lemah-lembut dan penyayang.

Apabila rakan sampaikan berita ini, saya tak percaya sebab tiada bukti cuma saya syak berlaku sesuatu apabila sikap isteri mula berubah sejak kebelakangan ini tetapi saya biarkan syak wasangka ini berlalu begitu sahaja.

“Sepanjang perkahwinan, kami tak pernah berkelahi atau bertengkar. Jika adapun perselisihan faham, kami hanya tidak bertegur sapa untuk sementara sahaja dan selepas hilang perasaan marah, kami berbaik semula,” katanya.

Menurutnya, sehinggalah satu ketika, isterinya meminta izin mengikuti rombongan ke Langkawi bersama rakan sepejabat.

“Saya izinkan dia pergi dan menghantarnya ke tempat berkumpul.

Biasanya, apabila kami berjauhan, dia akan hantar mesej bertanyakan pelbagai perkara tetapi kali ini dia tidak berbuat demikian, malah menyepikan diri sehingga membuatkan hati saya berdetik dan mula memikirkan sebaliknya,” katanya.

Abd Samad berkata, selang dua bulan kemudian, jabatan isterinya mengadakan hari keluarga di sebuah pulau di selatan tanah air.

“Saya cuba halang tetapi tak sampai hati. Selama dua hari satu malam di sana, satu mesej pun dia tak kirim kepada saya.

“Hati saya mula tak sedap. Tambahan pula, rakan sepejabat banyak membantu saya memantau dan menjejak di mana isteri serta teman lelakinya itu sehingga ke selatan tanah air,” katanya.

Menurutnya, selepas diyakinkan oleh rakannya, dia nekad menjejaki isterinya dan terkejut apabila mendapati hanya isteri dan teman lelakinya sahaja berada di sana.

Luluh hati saya bila melihat isteri berpeluk mesra dengan lelaki yang saya kenali di satu kawasan pantai di pulau terbabit.

“Bagaimanapun, saya pasrah dengan apa yang berlaku sebelum membuat keputusan nekad menceraikan dia di hadapan teman lelakinya,” katanya.
 * dipetik dari Sinar Harian

4 comments:

  1. no komen... simpati dengar cerita cam ni

    ReplyDelete
  2. Saya rasa keputusan tersebut tepat. Biarlah teman lelakinya mengutip dia sesudah diceraikan.

    ReplyDelete
  3. Cerai mungkin jln akhir tp usaha kearah melihat dari segi implikasi slps tu mcmana. kdg2 mungkin di sebbkan oleh lelaki yg jahat menggoda, mengayat sihir bini org sampai cair serah bodi semuanya bermaksud terkena ayat guna2 tujuan jahat manusia. skrg mmg byk perkara mcm ni berlaku jika iman @ pendinding diri rapuh. Mudah-mudahan suami yg teraniaya oleh kelakuan isteri curang itu mendapat seribu kebaikan dari Allah...ameen.

    ReplyDelete
  4. Alaa.. biasa jer perkara mcm ni,I jg selalu main sama bini kawan sampai 2-3 kawan bini I sering
    main Ada apa masalan. Kamu main bini orang takpe

    ReplyDelete