Klik untuk kembali ke Halaman Utama

11 February 2011

Tanah Pusaka yang menjadi Rahsia Allah

Dari Segenting Kra hingga ke Temasik, pada pendapat Pendita, sebuah penempatan yang sangat misteri: rezeki melimpah-limpah sejak dulu Suvarnabhumi, tiada malapetaka yang besar-besar, cuaca yang sentiasa baik. Apa tidaknya, dengan sejarah pelbagai versi hinggakan Profesor Oppenheimer dari Universiti Oxford terpaksa mencelah bahawa sejarah Asia Tenggara perlu dirombak berikutan penemuan arkeologi terbaharu di lembah Bujang, Kedah. Tamaddun ini telah wujud sebelum Nabi Isa AS dilahirkan dan ia adalah tamaddun tertua di Asia Tenggara!


Profesor Oppenheimer didalam bukunya 'Eden in the East-The Drowned Continent in Southeast Asia' menggambarkan bahawa Asia Tenggara dahulunya sebuah pusat tamaddun yang tinggi sebelum ia ditenggelami lautan. Peristiwa ini dikatakan berkait dengan peristiwa Nabi Nuh dan bahteranya.



Profesor Santos juga berpendapat yang serupa melalui karya beliau, 'Atlantis: The Lost Continent Finally Found'.


Jikalau hal ini benar, maka sudah tentu tamaddun ini ditenggelamkan kerana kafir terhadap Allah. Dan bahtera Nuh membawa pengikut-pengikutnya yang berasal dari benua besar ini. Bangsa Nuh yang mulia.


Pendita sangat tertarik dengan firman Allah yang berikut:

Dan demi sesungguhnya! Kami telah mengutus Nabi Nuh dan Nabi Ibrahim dan Kami jadikan pada keturunan keduanya orang-orang yang berpangkat Nabi dan menerima Kitab-kitab agama maka sebahagian di antara mereka: Orang yang beroleh hidayat petunjuk dan kebanyakan mereka orang-orang yang fasik (derhaka). Petikan dari Surah al-Hadid ayat 26.

Inilah yang kita faham: Keturunan Nuh dan Ibrahim menerima kitab-kitab!

Berikutan itu, Pendita mendapat tahu dari sebuah kariah gereja di Amerika-Church of the Great God berusaha menjejaki tanah yand dikenali sebagai 'Modern-day Israel'. Mereka mengusulkan bahawa: 

We will find that God's plan, His purpose, is so tightly linked with Israel, so much part-and-parcel with Israel's history, that when we find Israel, we will also find God. In essence, to search for Israel is to search for God; to find Israel in history is to find God there too.

"Kita bakal mengetahui perancangan tuhan, tentang tujuanNya, sangat berkait dengan Israel, maklumat-maklumat sejarah Israel. Dan jika kita berjaya menjumpai tanah Israel yang sebenar, ertinya kita telah berjumpa tuhan. Dengan maksud lain, pencarian Israel adalah mencari tuhan dan fahami sejarah Israel bermakna berjumpa tuhan."

Bagi mereka Israel di Asia Barat itu bukanlah Israel yang sebenar. Mereka percaya bahawa akan wujud sebuah negara bangsa yang bakal memerintah dunia dengan kuasa tuhan. 

By Myself I have sworn, says the Lord, because you have done this thing, and have not withheld your son, your only son, in blessing I will bless you, and in multiplying I will multiply your descendants as the stars of the heaven and as the sand which is on the seashore; and your descendants shall possess the gate of their enemies. In your seed all the nations of the earth shall be blessed, because you have obeyed My voice.Petikan Genesis 22:16-18.

I am God Almighty. Be fruitful and multiply; a nation and a company of nations shall proceed from you, and kings shall come from your body. The land which I gave Abraham and Isaac I give to you; and to your descendants after you I give this land. Petikan Genesis 35:11-12.

Mereka membuat kesimpulan tentang ciri-ciri 'Modern-day Israel' seperti berikut:

a) Nation as well as in a multitude of other nations. Sebuah negara berbilang bangsa. (Rakyat Malaysia?)

b) The vast masses of Israelites in these nations will enjoy plenty of land and prosperity. Puak-puak Israel di dalam negara ini memiliki tanah-tanah dan kemakmuran. (Perkara 153, hak-hak istimewa Melayu, tanah rizab Melayu?)

c) They will also come to occupy the gates of their enemies. Mereka bakal menguasai kawasan strategik ketenteraan. (Selat Melaka, Singapura, Spratly, Sulu, yakni pintu timur dan barat?)

d) Kings will descend from the patriarchs. These peoples will become a blessing to all the nations of the planet. Raja-rajanya dari keturunan ini. Mereka akan membuat kebaikan kepada semua bangsa di dunia. (Raja-raja Melayu yang masih berdaulat, Wasiat Raja-Raja Melayu?)

Jadi inikah sebabnya gereja terbesar di Asia Tenggara dibina di Bukit Jalil?

-Calvary Convention Center-

Atau inikah sebabnya Masjd Jamek Sri Petaling tempat berhimpunnya jemaah Tabligh dari seluruh dunia dibina disini?

-Markaz Tabligh-

Mungkinkah suatu peristiwa besar bakal berlaku di sekitar Bukit Jalil?

Analisa hasil darab latitut dan longitud:

a) Stadium Bukit Jalil: latitut 3.0553, longitud: 101.6908. Hasil darab = 310.70
b) Calvary Convention Center: latitut 3.053, longitud: 101.675. Hasil darab = 310.14
c) Masjid Jamek Sri Petaling: latitut 3.0693, longitud 101.6895. Hasil darab = 312.12

Merujuk artikel Pendita yang lepas 'Sekarang dan Surah al-Kahfi', nilai 309 dan 313 seolah-olah memberi tanda. Sekali lagi, mungkinkah suatu peristiwa besar bakal berlaku di sekitar Bukit Jalil?

4 comments:

  1. betulkah diMalaysia terdapat gereja yang besar??sepatutnya masjidlah yang terbesar..huh

    ReplyDelete
  2. Jadi orang Melayu ialah bangsa Israel lah..
    ooo.. bru saya tau saya pon org israel cuma bezanya bangsa saya Israel-Islam kt middle east Israel-Yahudi :p

    ReplyDelete
  3. sepatutnya gereja itu dimusnahkan dan digantikan dengan masjid sapa yang meluluskan????malaysia negara islam sepatutnya masjid lah yang harus dibesarkan bukan nya gereja kafir yang dibesarkan.

    ReplyDelete
  4. Kalau benarlah bangsa Melayu ni salah satu dari bangsa Yahudi yang hilang, itu tak penting lagi,.Yang paling penting aku, keluargaku dan seluruh keturunanku; ISLAM

    ReplyDelete