Klik untuk kembali ke Halaman Utama

10 February 2011

RAHSIA TANDATANGAN AISHAH : DUIT DARI ALAM BUNIAN?



Anda tentu pernah melihat tandatangan AISHAH pada matawang ringgit Malaysia. Sejauh manakah anda mengenali AISHAH ini sebagai gabenor Bank Negara Malaysia?

Semakan melalui Bank Negara Malaysia juga mengesahkan tiada gabenor Bank Negara bernama Aishah! Bank Negara juga mengesahkan satu-satunya gabenor wanita ialah Tan Sri Dato' Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz, yang merupakan gabenor Bank Negara Malaysia ke tujuh dan masih berkhidmat sehingga kini.

Apakah duit dengan tandatangan AISHAH ini merupakan duit dari alam bunian sepertimana yang heboh diperkatakan suatu masa dahulu. Kononnya ketika dunia mengalami kemerosotan ekonomi malah Malaysia juga diserang oleh George Soros menyebabkan ekonomi kita lumpuh, sahabat-sahabat dari alam bunian telah membantu rakyat Malaysia dengan mengeluarkan sejumlah besar wang dari alam mereka untuk digunakan oleh rakyat Malaysia.

Mungkin kedengaran mustahil namun percayalah tiada apa yang mustahil di dalam dunia ini sekarang. Sejauh mana kebenaran cerita ini tidaklah dapat dipastikan. Namun sekiranya anda mempunyai pendapat mengenai kisah ini eloklah kita kumpulkan bersama untuk tatapan generasi masa kini. Berikut disertakan senarai nama gabenor Bank Negara Malaysia :   

  • Tan Sri W H Wilcock (Januari 1959 - Julai 1962)
  • Tun Ismail bin Mohamed Ali (Julai 1962 - Julai 1980)
  • Tan Sri Abdul Aziz bin Taha (Julai 1980 - Jun 1985)
  • Tan Sri Dato' Jaffar bin Hussein (Jun 1985 - Mei 1994)
  • Tan Sri Dato' Ahmad bin Mohd Don (Mei 1994 - Ogos 1998)
  • Tan Sri Dato' Seri Ali Abul Hassan bin Sulaiman (September 1998 - April 2000)
  • Tan Sri Dato' Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz (Mei 2000 - Kini)
       
Apa yang pasti, sebenarnya tandatangan AISHAH yang diperkatakan milik bunian ini sebenarnya adalah milik Tan Sri Dato' Seri Ali Abul Hassan bin Sulaiman, gabenor Bank Negara Malaysia keenam. 

1. Tan Sri W H Wilcock (Januari 1959 - Julai 1962)

(TIADA CONTOH TANDATANGAN DI PEROLEHI)

2. Tun Ismail bin Mohamed Ali (Julai 1962 - Julai 1980)

 3. Tan Sri Abdul Aziz bin Taha (Julai 1980 - Jun 1985)

 4. Tan Sri Dato' Jaffar bin Hussein (Jun 1985 - Mei 1994)

5. Tan Sri Dato' Ahmad bin Mohd Don (Mei 1994 - Ogos 1998)

6. Tan Sri Dato' Seri Ali Abul Hassan bin Sulaiman (September 1998 - April 2000)

7. Tan Sri Dato' Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz (Mei 2000 - Kini)


* dipetik dari halaman facebook Hafiz Aziz

19 comments:

  1. * dipetik dari halaman facebook Hafiz Aziz

    tp kan.... Hafiz Aziz ambil dari mana?? watermark tu mcm kenal??

    TQ

    ReplyDelete
  2. My-koleksi,

    sememangnya artikel ini dipetik melalui halaman fb En. Hafiz Aziz, dari mana beliau mendapatkannya saya tak pasti. Pada pandangan saya setiap bahan yang tersiar adalah untuk makluman dan pengetahuan semua. Sama-sama kita membantu apatah lagi menyebarkannya atas niat untuk berkongsi pengetahuan.

    Sebaran di Wadah Panglima bukanlah atas tujuan mencari nama dsb, disebabkan itu jugalah kami meletakkan sumber bahan yang diperolehi.

    Mohon maaf sekiranya bahan berkenaan milik saudara yang diperolehi tanpa izin...

    ReplyDelete
  3. Salam;

    Terima kasih diatas penjelasan saudara, teruskan aktiviti "copy and paste" tersebut dlm usaha utk menyebarkan maklumat dlm blog saudara tanpa perlu ambil tahu/cari dari manakah sumber asal maklumat tersebut.....

    mungkin saudara pernah dengar org kata "matlamat tidak menghalalkan cara" sama2 lah kita fikir.... :D saya menulis jg bukan atas tujuan mencari nama atau sbginya

    Harap saudara dpt terima teguran saya dengan hati terbuka......Minta maaf dan terima kasih

    ReplyDelete
  4. terima kasih atas teguran saudara... Insya Allah, saya akan cuba membuat kajian selepas ini.

    Saya suka berkongsi pengalaman dgn saudara, hasil tulisan saya di sini juga sering diambil tanpa izin malahan Suatu masa dahulu saya berasa marah atas tindakan ini namun saya sedar jika saya tidak mahu orang lain mengambil dari penulisan saya maka saya tidak perlu menulis.

    Dengan itu saya sentiasa berfikiran terbuka, ambillah apa-apa bahagian yang anda suka di sini tanpa syarat, kerana ianya bukan milik saya tetapi milik semua.

    Pada saya adalah menjadi tanggung jawab setiap dari kita untuk menyampaikan apa saja yang kita ketahui untuk masyarakat kita. Matlamat sememangnya tidak menghalalkan cara namun dalam konteks ilmu pengetahuan, adalah menjadi kewajipan untuk kita menyebarkan apa jua ilmu yang kita ketahui untuk kebaikan.

    Maaf atas pandangan peribadi saya, mungkin saudara tidak sependapat dengan saya namun ianya hanyalah sekadar pendapat saya sahaja. Terima Kasih atas teguran saudara, mohon maaf jua atas keterlanjuran kata...

    ReplyDelete
    Replies
    1. berkongsi2 ilmu tanpa syarat,redakanlah seandainya memberi manfaat kpd yg lain.sesungguhnya segalanya utk manfaat bersama,wassalam...

      Delete
  5. Tan Sri Dato' Seri Ali Abul Hassan bin Sulaiman punya sign, bukan ke sama mcm sign "AISHAH"?

    ReplyDelete
  6. jika tidak dapat terima artikel di copy paste jangan menulis untuk orang baca.. private sahaja artikel untuk anda baca sendiri.. rasanya sudah cukup kredit yg diberikan di bawah penulisan untuk memberitahu bahwa artikel itu adalah kepunyaan org lain. maaf, saya hanya memberi pendapat.. dan berhubung kepada tajuk diatas, saya agak confius bahwa ada yg mengatakan aishah itu adalah permaisuri agung? setakat mana kebenarannya....

    ReplyDelete
  7. betul sangat tu. kau terbitkan buku la! jangan tulis dalam blog klu x mahu orang lain cedok tulisan kau.
    itu pun kau nak kecoh ke? utk pgetahuan kau aku pun selalu copy paste, pas ni aku nak copy paste blog kau pulak

    ReplyDelete
  8. hahaha good idea bro! my-koleksi, aku pun nak copy paste dari blog kau jugal pas ni

    ReplyDelete
  9. Kepada orang2 dia atas aku yang sokong sangat copy paste ni, nampak sangat tahap SPM je. Tak pernah dengar perkataan "plagiarism" . Cam mana lah melayu nak maju.

    Tengok, author blog ini pun mengaku dia bersalah, ini lah aku kata orang yang maju; sedia membaiki diri dengan hati terbuka.

    ReplyDelete
  10. kalau duit alam bunian buat proses je la....

    ReplyDelete
  11. Dia copy paste dpt gak aku baca.. Ilmu tu luas n maujud.. Yg penting bagaimana cara dia nak smpaikan maklumat tu.. Bagi pembaca pulak bagaimana cara nak fhmkan.. Al quran sejak dr 1400 thn dh di copy paste..
    Xbetul x salah..

    ReplyDelete
  12. SEMUA ILMU ALLAH YANG MEMILIKI.... BERUNTUNG SAUDARA KERANA ADA ORANG YANG COPY PASTE UNTUK SEBARKAN MAKLUMAT.... KALAU ILMU YANG BAIK DAN DIGUNA ATAU DIAMALKAN DENGAN... SAUDARA SEMUA DAPAT SAHAM AKHIRAT..... RENUNG2LAH..... RASULULLAH PUN TINGGAL SUNNAH UNTUK UMATNYA IKUT........ KITA NI APA ADA??????

    ReplyDelete
  13. Yang terbaik minta izin dahulu,yang baik kita kongsi bersama,yang buruk kita tinggalkan.menyebarkan ilmu suatu kebaikan yang dtuntut agama.

    ReplyDelete
  14. saye ade 2ringgit aishah. siape yg nak boleh call 0178883644. harga boleh runding. terime kasih

    ReplyDelete
  15. Rm10 ade.. Rm50 pn sye ade.. Kalau nak col lah ye.. Wasap pn boleh.

    ReplyDelete
  16. saya ada RM5 baru sign by aisyah. boleh call sy utk nego..ni aisyah bunian punya

    ReplyDelete
  17. Saya ada 3keping rm2 tandatangan Ahmad bin mohd.don dan 1 keping rm100 tandatangan ali abul hassan . Berapa harga boleh dijual . Whatsapp 0177950515

    ReplyDelete
  18. saya ada duit lama Rm1 tandantangan gabenor bank negara tun ismail mohd ali .berapa harga boleh dijual.whatsapp =0127466340

    ReplyDelete