Klik untuk kembali ke Halaman Utama

08 February 2011

BAKAL PENGETUA AF 9 ILLUMINATI PUPPET?

Kecoh Ahmad Dhani sebagai Pengetua Akademi Fantasia yang kesembilan. Ramai yang tidak berpuas-hati kerana perlantikan Dhani ibaratkan satu 'penghinaan' kepada anak seni tempatan. Ibarat minyak yang disimbahkan ke api, pihak Astro seakan-akan sengaja mengenepikan sensitiviti majoriti rakyat Malaysia yang semakin benci dan muak pada rakyat Indonesia yang kebanyakannya 'tidak sedar diri'. Bayangkanlah, duit yang dibayar oleh ratusan ribu rakyat Malaysia kepada Astro untuk siaran 'satelit anti-Hujan' Astro dibayar pula kepada pengetua AF9 dari seberang itu, bukannya sikit tapi khabarnya RM 500,000. Berapakah agakanya sumbangan pihak Astro untuk mangsa banjir di Malaysia baru-baru ini?


Namun, bukan semua perkara diatas ini yang menjadi bantahan kami ke atas perlantikan Ahmad Dhani sebagai Pengetua AF 9. Cuma yang dipertikaikan ialah 'status' Ahmad Dhani sebagai Illuminati Puppet.

Entahlah, apakah Ahmad Dhani ‘menampilkan’ simbol/gambar tersebut sekadar untuk mencantikan cover album Dewa atau tidak. Itu saya tidak pasti. Tetapi, simbol/gambar di hampir kesemua cover album kumpulan Dewa (kecuali album Pandawa Lima dan Format Masa Depan) memang merupakan simbol/gambar dari freemansory dan Iluminati. Contohnya gambar-gambar Dewa Ra, Eyes of Horus, Evil Eye, Protocol of Zions. 'Ianya 100%' simbol/gambar yang berhubungan kait dengan freemansory dan Iluminati.

Jika anda bertanyakan apakah maksud dari analisa ini? jawapan saya adalah - saya ingin mempersoalkan apakah maksud dan tujuan Ahmad Dhani (Dewa 19) menampilkan simbol/gambar tersebut, itu saja. Bagi orang yang mengetahui tentang freemansory dan Iluminati, simbol/gambar tersebut bukanlah sebuah gambar yang tidak ada maknanya. So you will believe it or not…its up to you ! Sepanjang kajian saya mengenai Yahudi, banyak betul rahsia (tindakan mereka atau sekutu mereka) yang membuatkan saya mengurut dada.

Bagi membuktikan simbol/gambar yang digunakan Ahmad Dhani (Dewa 19) di cover-cover album Dewa merupakan simbol dari freemansory dan iluminati, silakan para pembaca menyemaknya di website:

Album DEWA 19 (1992)
Di muka hadapannya ada gambar (puncak) piramid yang diatasnya disamarkan, tetapi jika diperbesar akan kelihatan seperti ada sesuatu di puncaknya. Ini mirip sekali dengan lambang secret society, Iluminati) Bandingkan dengan gambar piramid Yahudi yang terdapat dalam lembaran One Dollar AS.

Album TERBAIK-TERBAIK (1995)

Terpampang simbol Dewa RA-RA Sun of God (Dewa Matahari Dalam Mitologi Mesir Kuno). Dewa Ra didakwa oleh bangsa Yahudi sebagai salah satu dewa mereka. Di Sinagog lambang ini lazim digunakan. Selain itu, dalam album yang sama, ada pula gambar satu halaman 'Protocol of Zions' dalam bahasa Ibrani. Ridwan Saidi (pakar Zionisme) yang menguasai bahasa Ibrani menegaskan,
"ini jelas diambil daripada salah satu gambar Protocol of Zions, karana di atas lembaran itu ada judul dan logo. Ini tidak ada dalam Taurat ataupun Talmud".
Ridwan Saidi

Lalu terdapat simbol lingkaran dengan titik di tengahnya, dimana ahli kumpulan Dewa berdiri dibawahnya. Simbol ini lazim dikenali sebagai simbol 'All Seeing Eyes' yang menguasai dunia (evil eye), sebuah simbol Illuminati. Pada bahagian lain di dalam album yang sama, simbol mata satu ini juga dimuat.


Album The Best of Dewa 19 (1999)

Di sebelah tepi discnya terdapat simbol panah dan garis lurus yang saling memotong yang membentuk salib. Lambang garis tersebut sebenarnya sinar yang saling memotong. Ini sebenarnya adalah salah satu simbol dari gerakan Freemanson. Lambang sinar yang saling memotong ini secara "kreatif" juga terdapat dalam cover kaset bahagian dalam dan depan secara keseluruhan.


Album Bintang Lima (2000)

Gambar sayap biasanya dipakai/digunakan sebagai salah satu simbol gerakan kumpulan Theosofie Yahudi.


Album Cintailah Cinta (2002)

Kulit muka depan album Dewa ini memuat secara 'kreatif' simbol Eye of Horus. Horus adalah Dewa Burung dalam mitologi Mesir Kuno. Sama seperti Dewa Ra, Yahudi juga mendakwa Horus merupakan salah satu daripada dewa mereka.
Di kulit dalam juga terdapat simbol yang sekilas mirip mata, tapi sebenarnya merupakan contekan habis salah satu simbol yang terdapat dalam buku The Secret Language of Symbol yang disarikan dari kitab Yahudi, Taurat. Simbol ini biasanya disebut sebagai Femina Geni Msih. Dalam album ini, masih terdapat beberapa simbol-simbol mata, yang merupakan salah satu daripada simbol Gerakan Freemasonry.


Album Atas Nama Cinta I & II (2004)

Lambang sayap yang merupakan lambang rasmi kumpulan Dewa dimuat dalam album live ini dengan latar belakang hitam dan kelam.


Album Laskar Cinta (2005)

Inilah album ketujuh Dewa yang akhirnya menjadi batu sandungan (ibarat membuka seluruh pekung didada) yang mendedahkan rahsia semua album-album kumpulan Dewa sebelumnya yang sarat dengan simbol dan lambang Yahudi. Selain lambang Allah yang dimuat tidak seperti yang sepatutnya, tipologi huruf "Laskar Cinta" pun mengambil dari pola huruf Ibrani / Hebrew fonts "Pola huruf tulisan Laskar Cinta diambil dari pola huruf Ibrani," jelas Ridwan Saidi seraya membuka kitab Taurat berbahasa Ibrani asli dari Israel.

Dibawah lagu berjudul "Satu" (album Laskar Cinta), berisi ajaran sesat yang mengatakan ada kesatuan wujud antara Sang Khaliq dengan mahluk-Nya. Dalam bahasa Syeh Siti Jenar atau Al Hallaj, kenyataan ini disebut "Manunggal ing kawulo Gusti". Lebih teruk lagi, hal ini seakan-akan diakui sendiri oleh Ahmad Dhani dengan menulis di bawah lirik lagu tersebut dalam cover versi kaset, "THANKS TO: AL-HALLAZ".
Satu babak dalam lagu 'Satu' nyanyian Dewa 19
Dalam album yang sama versi CD, di bawah lirik lagu "Satu", ditulis Ahmad Dhani, "THANKS TO: SYEKH LEMAH ABANG", yang tak lain adalah nama lain dari Syekh Siti Jenar.
Ahmad Dhani bersama Admiral Timothy J. Keating, Commander of NORAD dan Northcom
Ahmad Dhani bersama Holland Taylor di Wall Street Journal

Gambar diatas sekali menunjukkan Ahmad Dhani bersama pemimpin-pemimpin LibForAll dalam majlis berbeza. LibForAll adalah sebuah pertubuhan yang menggunakan artis terkenal untuk bertanding dalam pilihanraya atau terlibat dalam kempen pilihanraya, selain ianya juga sebuah pertubuhan yang memperjuangkan kewujudan sebuah negara Islam liberal/moden dikalangan dunia Islam.

* dipetik dari MacJay.Net

No comments:

Post a Comment