Klik untuk kembali ke Halaman Utama

13 January 2011

Marsha nafi ditaja seseorang


ICANDID...Marsha gembira akhirnya
impian menghasilkan album tercapai.

Marsha gembira akhirnya impian menghasilkan album tercapai.
LEBIH lima tahun menanti, akhirnya impian Marsha Milan Londoh, 26, untuk memiliki album tercapai. Menelan kos puluhan ribu ringgit, pembikinan album EP pertama, Yang Pertama, dibiayai sepenuhnya oleh Marsha.
Kenyataan gadis cantik ini membiayai kos albumnya mengundang sangsi lalu ada suara-suara nakal mengusik apakah Marsha ditaja individu bergelar hartawan.

Menguntum senyuman manis namun tegas dan serius suaranya, Marsha ketika ditemui di majlis pelancaran albumnya,menafikan dakwaan liar itu.

Foto
                                                 CANTIK...Marsha antara artis muda yang hadir dengan pakej lengkap.

"Takda maknanya ditaja. Pembikinan album ini menggunakan sepenuhnya wang dari simpanan saya yang dikumpul berdikit-dikit sejak keluar dari AF3 lebih kurang enam tahun lalu.

"Bukan tajaan daripada kekasih atau sesiapa, semuanya hasil titik peluh saya sendiri. Ketika masih bernaung di bawah Maestro Records, masa itu baru tamat AF3 gerak hati seolah dapat menjangkakan ada sesuatu akan berlaku.

"Dengan keadaan penjualan album yang kurang memberangsangkan, tidak semua bintang AF berpeluang menghasilkan album dan ia menjadi lebih rumit apabila kontrak tamat.

"Jadi, awal-awal lagi saya selalu beringat. Dapat saja duit 'show' saya menabung. Mungkin, sekarang ini peminat lebih mengenali saya sebagai pelakon tetapi saya bersyukur kerana dari dulu sampai sekarang saya masih menerima undangan persembahan setiap bulan.

"Daripada rezeki menyanyi dan berlakon itulah saya kumpul wang. Bila rasa sudah cukup duit gunakan untuk merakamkan lagu," katanya turut menghiburkan tetamu dengan lagu Bila, Janji Ruang Kedua secara langsung sebelum pelancaran bermula.

Belum puas menduga Marsha yang memang ramah dan 'sporting', pihak media bertanya lagi, jika bukan hartawan mungkinkah teman lelakinya seorang ahli perniagaan berjaya berusia awal 30-an yang menaja pembikinan album itu.

Gadis kelahiran Michigan, Amerika Syarikat (AS) ini sekali lagi menafikannya. Katanya, teman lelakinya tiada kena-mengena langsung dengan album ini. "Sebagai orang yang terbabit dalam dunia perniagaan, dia banyak memberikan nasihat dan inspirasi selain sentiasa berada di sisi memberi sokongan," ujar pemilik bibir mungil ini.

* dipetik dari Harian Metro

2 comments:

  1. ye la tu... boleh percaya ke cakap diorang ni?

    ReplyDelete
  2. marsha ok la... itupun sbb aku suka dia!
    love u marsha

    ReplyDelete