Klik untuk kembali ke Halaman Utama

15 January 2011

Isu Laungan Azan di Pantai Dalam : Angkara Siapa?




Berdasarkan surat rasmi di bawah ini, seorang peguam yang mendakwa sebagai ahli seumur hidup MCA  tidak berpuas hati dengan bunyi azan yang didakwanya terlalu kuat di Masjid Al-Khadijah Pantai Dalam, berdekatan dengan tempat tinggalnya, iaitu Pantai Hill Park. Justeru, ahli MCA ini telah menulis surat kepada PM Najib untuk mengadu tentang hal itu.

Selain Najib, surat bertarikh 20 Disember 2010 ini turut dihantar kepada Hishamuddin, Raja Nong Chik, Jamil Khir, Nazri Aziz, dan Koh Tsu Koon melalui faks dan e-mel.





Sumber gambar: Payahsungguh

Inilah surat yang memohon supaya azan yang dilaungkan di Pantai Dalam diperlahankan. Panglima tak tahu nak kata apa. Dalam masyarakat berbilang kaum sepatutnya isu sebegini tidak berlaku. Hormatilah agama-agama lainnya yang diamalkan secara bebas di Malaysia. Jangan menimbulkan sebarang persoalan antara kita apatah lagi Islam adalah agama rasmi negara ini.

* dipetik dari www.duniacacamarba.blogspot.com

1 comment: