Klik untuk kembali ke Halaman Utama

26 January 2011

Fesyen bertudung Rakyat Malaysia


Dunia dah berubah dan menjadikan kita semakin matang. Dalam kesibukan manusia menjalani kehidupan memaksa satu perubahan besar kepada kita bagi menjadikan kita tidak terus tertinggal. Dalam keghairahan mengejar juga kita sering terlupa dan terleka sehingga membabitkan soal-soal yang membuka keaiban dan kejahilan kita sendiri.
Dunia fesyen juga menjalani perubahan malah berjaya dipergunakan oleh pihak tertentu terutama yang bertentangan dengan soal maruah dan akidah. Kalaulah kita terkebelakang sedikit maka dengan pantas kita diejek sebagai ketinggalan zaman.

Bagaimana denganfesyen bertudung? Perlukah kita terus mempertahankan fesyen lama yang ketinggalan tetapi berlandaskan tuntutan Islam atau perlukah kita mengikuti kemodenan berfesyen walau terpaksa mengorbankan prinsip serta tuntutan Islam...?

Tepuk dada tanya selera. Panglima perturunkan beberapa fesyen bertudung yang kini menjadi kegilaan remaja kita antaranya : 


1 – Tudung Jarang
tudung yang sangat popular sekarang ni. Juga dipanggil selendang, shawl dan lain – lain. Niat bertudung tu memanglah murni tetapi apalah gunanya kalau masih menampakkan segalanya di dalam.

Mungkin tudung ini sememangnya dicipta sedemikian bagi menampakkan rantai serta subang yang dipakai. Alang-alang tu tunjukkanlah juga tengkuk serta warna rambut yang sentiasa berubah kerana cuaca panas dan hujan di negara kita?  

2 – Tudung Mickey Mouse

Agak popular sekitar 80 an dulu namun kini dipopularkan kembali. Lebih dikenali sebagai skaff dan biasanya dipakai sekitar kawasan rumah. Namun sekarang dah pelbagai gaya sehingga ada yang melilit tengkuk lagi namun tetap menyerlahkan leher dan dada. Ye la, mungkin niat tu nak tutup rambut yang dikatakan aurat, tapi leher dan dada tu apa pulak? 

3 – Tudung lilit
Kalau kita tengok dari konsep bertudung, tudung lilit ni memang dah tutup rambut, telinga dan tengkok. Ok la tu. Dah cun dah. Tapi, sayang seribu kali sayang. Tudung tersebut hanya menutup aurat rambut, telinga dan tengkok sahaja tanpa menutup bahagian dada.
Tau la orang perempuan ni hanya ada kelebihan didada tu, jangan bagi orang lelaki cemburu dengan apa yang wanita ada tu. Tak guna juga kalau bertudung tapi tak melabuhkan tudung tersebut dibahagian dada. Tak ada ‘point’ pahala disitu yerrr..


4 – Tudung Singlet






Ye, yang ni memang selalu kita nampak di shopping complex, pasar malam dan juga di taman perumahan. Istilah tudung singlet ni tak asing lagi sebab tudung tu dipakai dengan baju yang singkat dan pendek. Tak guna la kalau bertudung macam tu. Bikin semak kepala saja. Baik tak payah pakai.


5 – Tudung Saji



Sekejap ada, sekejap tak ada. mungkin bagi pemakai lebih baik daripada tak pakai langsung sebab sekurangnya masih tergolong dalam wanita bertudung tapi....  
“Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya.Dan hendaklah mereka menutupkan Al-Khimar kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka…”
6 - Tudung Periuk

Ini adalah fesyen yang paling digemari oleh remaja serta golongan artis. Tudung periuk ni hanya pandai menari, jadi pemakainya pun menari mengikut rentak yang dimainkan. Kalau ke mahkamah syariah bukan main bertudung lagi sampai susah kita nak kenal, kalau ke majlis kenduri ada etikanya dan kalau ke parti tudung periuk ni pun terbang macam piring terbang juga....





* gambar-gambar di atas sekadar hiasan

3 comments:

  1. susah2 sgt.. pakai je tudung yg no. 5 tu..gerenti x de org yang complain..

    ReplyDelete
  2. btol la 2...nt nk cbe la...

    ReplyDelete