Klik untuk kembali ke Halaman Utama

09 January 2011

Apa yang tidak kena dengan INTERLOK?



Di dalam kapal ini dia tidak susah. Sebahagaian besar daripada penumpang dekyang bersama-samanya itu dapat bercakap dalam satu bahasa sahaja, bahasa Tamil. Mereka yang dari arah utara sedikitbercakap bahasa Malayalam atau Telugu, tetapi hampir semuanya tahu bahasa Tamil. Malayalam dan Telugupun berasaldari satu rumpun bahasa Dravidia. Satu perkara besar membuatkan mereka senang bergaul adalah kerana mereka tergolong dalam satu kasta Paria. Mereka tidak perlu takut akan mengotori sesiapa kalau bersentuhan. Mereka juga bebas bergaul. Tempat di dalam kapal itu tidak teratur.Mereka berasak-asak seperti kambing. (halaman 211) 

Salahkah Abdullah Hussain menulis begitu? Sedangkan dalam novel yang sama orang Melayu dan Cina turut dikritik oleh Abdullah Hussain. Jika anda membaca novel itu, masyarakat yang sepatutnya melenting ialah orang Melayu, kerana ada watak Melayu dalam novel ini digambarkan begitu bodoh sehingga dipermainkan oleh watak kaum lain. Namun, garapan novel itu bertujuan untuk menyedarkan masyarakat. Pada akhir cerita, watak bongkak dan mementingkan diri itu akhirnya menyedari kepentingan bekerjasama dan bersatu padu.

Jangan nyalakan api perkauman semula! mengapa baru sekarang anda membangkitkan isu ini setelah berdiam diri selama 30 tahun? apa lagi selepas ini....?

apa pentingnya agama anutan Parameswara setelah kemangkatannya bagi kamu? perlukah ianya digembar-gemburkan? Apa yang perlu kamu hayati ialah sejarah Kesultanan Melayu Melaka itu sendiri! Bukannya agama asal sebelum kedatangan Islam.

Kenapa kamu perlu menjadi bodoh!!! terlalu selesa kah kamu sekarang sehingga kamu semua begitu yakin untuk menyalakan semula api perkauman?

Ingat... Melayu tidak mudah LUPA!   

No comments:

Post a Comment