isu yang sangat menarik dan semakin panas diperkatakan menjelang perlawanan akhir kedua esok. Begini lah besarnya peranan bolasepak sehinggakan rakyat kedua-dua negara nampak begitu emosi.
Apa yang lebih menarik isu serangan laser ini mendapat perhatian menyeluruh sehinggakan presiden Indonesia sendiri mengeluarkan kenyataan memprotes perlawanan antara kedua negara di Bukit Jalil. Sewajarnya tanggungjawab berat yang terpikul di bahu kita selama ini dapat dikendurkan melalui sukan tetapi agak malang sekiranya sukan dijadikan pencetus perbalahan erat antara kedua negara yang sedia terjalin sekian lama!
Apa yang bakal terjadi pada perlawanan esok? Bagaimanakah tahap keselamatan pemain-pemain kerana isu pancaran laser ini dilihat begitu menganggu emosi rakyat di kedua-dua negara. Apakah akan terjadinya perkara-perkara di luar jangkaan yang mungkin boleh mencetus akibat lebih besar? Apakah rakyat Indonesia dapat menerima kenyataan sekiranya mereka tewas esok setelah beberapa isu lain sebelum ini dilihat menganggu keakraban rakyat kedua negara? atau apakah rakyat Malaysia boleh menerima hakikat ditewaskan esok kerana timbulnya insiden-insiden yang sudah dirancang bagi memastikan emosi pemain terganggu?
Ayuh...! bukakan mata kita semua. selama ini sememangnya ada pihak yang sering menganggu hubungan Malaysia dan Indonesia. ini adalah peluang besar mereka bagi memastikan akan ada hati yang terluka kelak.
bukakan minda anda semua.... apa yang pasti walau apa jua keputusannya jangan sampai mencetuskan pertelingkahan antara kita. jadikan perlawanan ini sebagai satu ikatan bagi mengukuhkan hubungan antara kita...
renung diri dulu sahabat2 dari indonesia... jgn nak menyalahkan orang lain jer !
ReplyDeleterenung diri juga sahabat-sahabat dari Malaysia,
ReplyDelete( juga sahat-sahabat saudara Indonesia )
Vietnam mempersalahkan Malaysia karena laser
Singapore mempersalahkan Indonesia karena persiapan kurang,
marilah kuatkan ASEAN, jangan bergaduh .
setuju... x de faedahnya untuk semua. elok kuatkan persahabatan kita. sukan untuk menguatkan kita, bukan untuk menjadikan kita bermusuhan
ReplyDelete