Klik untuk kembali ke Halaman Utama

02 November 2010

penyu menangis lagi


Malam ini air mataku menitis lagi... murah sangat kah nilai air mata ini? Sayang, kurniaan tuhan yang berharga ini terpaksa aku bazirkan ke bumi. Ya... memang murah kerana air mata ini tidak akan memberi sebarang kesan kepada mereka. Ingat... jangan kau bazirkan lagi kerana ia tidak mampu mengubah apa-apa pun. Mereka akan terus begitu tanpa tahu menilau keresahan dan kedukaanmu

Apakah berat sangat dosaku...? apakah kesalahan ku ini sudah tidak terampun lagi. Apakah yang aku lakukan selama ini tidak sedikit pun mampu melembutkan hati mereka yang keras itu?

Maaf... aku tidak mampu terus begini! Aku gagal kini. Aku malu pada diriku sendiri... aku tersangat malu pada mereka. Apa yang harus ku berbuat...? kasih ku pada mereka cukup tebal tapi aku x mampu menipu diriku lagi. Aku sedih melihat mereka terus dengan kehidupan yang tiada kesudahan. Mencari keseronokan dan kegembiraan dengan cara mereka sendiri.

Benar... aku sedih kini. Aku merasa amat lemah menghadapi dugaan ini. Tiada apa yang mampu aku lakukan kini. Aku telah mencuba segalanya tetapi kini akur kepada keadaan. Mereka sudah tidak lagi memerlukan aku! Aku berasa cukup hina sekarang...

Aku meratap apabila mereka masih tidak putus-putus mempersalahkan aku. Sayang sekali, aku telah mencuba segalanya namun masih gagal tetapi aku masih dipersalahkan. Kejamnya mereka ini! Mengambil kesempatan di atas kelemahan aku

Aku pasrah. Kini mereka mempunyai rumah tangga batu yang cantik dan kelihatan mewah sekali. Aku... apa yang aku ada? Aku terlihat rumah tangga batu yang mereka banggakan. Sedih... teramat sedih sekali. Aku lantas hiba melihat rumah itu sebenarnya tiangnya telah rosak. Benar... nampak cantik dari luar tetapi reput di dalam! Aku pasti rumah itu akan roboh kelak. Berdosakah aku nati kerana membiarkan mereka tinggal di rumah tangga batu itu? Aku merasa amat bersalah tetapi apalah dayaku lagi... hati ku akan terus dilukai

Aku sempat juga meninjau ruang dalaman rumah tangga batu itu. Astagfirullah... hanya tuhan sahaja yang tahu bagaimana perasanku. Aku amat kesal mereka memilih untuk tinggal di rumah tangga batu itu! Benar... aku semakin lemah

Apakah ini dugaan ataupun sebenarnya penghinaan untuk aku? Ya Allah, berilah aku kekuatan untuk terus mengharungi dugaan ini

Aku pasti aku mampu beri mereka lebih kegembiraan tetapi dosa aku pada mereka tidak terhitung banyaknya. Aku malu pada mereka. Mereka menyalahkan aku kerana gagal memberikan mereka kuasa mutlak yang telah aku berikan kepada orang lain. Aku menyarankan perkongsian kuasa tetapi mereka menolak mentah-mentah tawaran ku. Jelas... aku dihina lagi!

Apakah kerana mereka gagal mendapatkan kuasa mutlak maka mereka memilih untuk mengenepikan aku. Apakah mereka tidak sedar keselamatan mereka terancam dengan memilih rumah tangga batu yang sering mereka banggakan itu?

Aku tertipu dengan lakonan mereka. Mereka juga jelas tertipu dalam dunia mereka. Kalau mereka tidak mampu lagi menuruti saranan ku, apalagi yang boleh aku lakukan. Kini aku dihantui kebimbangan... aku bimbang mereka ditimpa malapetaka di rumah tangga batu itu sedang aku hanya mampu melihat dengan penuh kekesalan

Tiada apa yang mampu aku lakukan...! kini, aku juga akan memilih cara mereka bagi mengubati kekesalan ku ini.  

6 comments:

  1. petikan dari novel 'Tangga Batu bertiang usang'

    ReplyDelete
  2. jgn nangis lgi penyu nanti cepat tua.

    ReplyDelete
  3. siapa penulis novel ni? cam ada gaya a.samad said je... hehe

    ReplyDelete
  4. penyu...? apsal x cerita pasal dinosour ke? penyu cam lemau je

    ReplyDelete