Klik untuk kembali ke Halaman Utama

22 November 2010

MUZIUM PULAU BESAR KINI DIBUKA



Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) hari ini mencatat sejarah apabila membuka Muzium Pulau Besar, muzium ke 23 yang dimiliki Perbadanan Muzium Melaka. Pengerusi Lembaga Pengarah, Perbadanan Muzium Melaka Y.Bhg Datuk Wira Hj Hamdin bin Abdollah ketika ditemui semasa lawatan ahli lembaga pengarah PERZIM ke Muzium Pulau Besar melahirkan kebanggaan atas pembukaan muzium ini.

’Saya berharap dengan adanya sebuah muzium di sini, akan menjadikan Pulau Besar sebagai sebuah lokasi pelancongan yang harus dikunjungi semasa di Melaka’, katanya sambil menambah adalah sangat penting sebuah pulau yang penuh dengan keistimewaan tersendiri ini dikunjungi kerana sejarahnya yang begitu menarik.

Pulau Besar yang tercatat di dalam peta-peta pelayaran China serta Eropah terkenal sebagai pusat bekalan air kepada para pelayar semasa pelayaran di Selat Melaka. Di sini juga bersemadi beberapa tokoh Islam antaranya Sultan Al-Arifin Syeikh Ismail (r.a) yang bertanggungjawab menyebar serta mengembangkan ajaran Islam ke seluruh nusantara selepas kejatuhan Kerajaan Kesiltanan Melayu Melaka.

Terdapat juga banyak kawasan-kawasan menarik yang mempunyai cerita tersendiri yang boleh dilawati dan menjadikan pulau ini sering dikunjungi oleh para pengunjung bukan sahaja dari seluruh Malaysia malah seluruh dunia.   
   
Pengurus Besar PERZIM, Tuan Haji Khamis bin Haji Abas ketika ditemui juga melahirkan harapan agar muzium ini mampu merancakkan lagi industri pelancongan di negeri Melaka. Muzium ini dibuka setiap hari bermula jam 9.00 pagi sehingga 5.00 petang dengan bayaran RM 3.00 untuk dewasa serta kanak-kanak sebanyak RM 1.00 seorang. Muzium ini boleh dikunjungi bermula hari ini sementara majlis perasmiannya akan dilakukan pada penghujung tahun kelak.

Muzium yang terletak berhampiran dengan Jeti Pulau Besar ini menerangkan tentang sejarah Pulau Besar serta lokasi-lokasi menarik yang terdapat di sana, selain mempamerkan beberapa khazanah serta artifak yang telah ditemui di pulau berkenaan.



Muzium ini melengkapkan koleksi muzium milik Perbadanan Muzium Melaka selain beberapa galeri di Melaka serta Indonesia bagi mengangkat kembali serta mengembalikan semula kegemilangan negeri Melaka suatu ketika dahulu yang terkenal seluruh dunia.

7 comments:

  1. taniah perzim.bertambah satu lagi muzium melaka

    ReplyDelete
  2. Tahniah perzim. Bertambah lagi panglima hitam punya kerja nak promosi muzium ni..

    ReplyDelete
  3. uhh... ingatkan theme park tadi

    ReplyDelete
  4. betul... macam theme park la pulak. a'famosa alor gajah, wonderland air keroh... then ni yang terbaru kat pulau besar pulak? hehe jangan marah bro...

    ReplyDelete
  5. perzim saja buat macam tu... just to create ceria and fun

    ReplyDelete
  6. pulau besar dah ada muzium...elok la tu. esok2 kalau muzium ni sepi je boleh convert jadi theme park! kan dah jimat belanja tu

    ReplyDelete