Klik untuk kembali ke Halaman Utama

26 October 2010

YAMAHA R-1 HANYA RM15,000




Kastam Di Raja Malaysia menawarkan tender bersepadu Kenderaan Lucuthak Bil 2/2010. Beberapa buah kenderaan kini dibuka untuk lelongan awam bermula 11 Oktober 2010 yang lalu. Semua tawaran harga perlu diserahkan kepada pejabat Kastam sebelum atau pada 1 November 2010.




Tawaran ini adalah terbuka kepada semua rakyat Malaysia. Borang tawaran boleh didapati di Pejabat Kastam dengan syarat-syaratnya dinyatakan sekali.

Apa yang pasti, bagi penduduk negeri Melaka beberapa kenderaan idaman kini bersedia untuk menjadi rebutan. Mercedes Benz C200 (A) tahun 1996 ditawarkan bermula RM 35,000.00, Mitsubishi Gallant 2.0 GDI VRG tahun 2002 pula RM 24,000.00,  Mitsubishi Gallant 2.0 GDI tahun 2002 dengan harga RM 28,000.00, Mitsubishi Gallant 2.0 VR4 tahun 2002 pula berharga RM 39,000.00

Bagi peminat motosikal berkuasa tinggi juga berpeluang untuk turut serta kerana terdapat sebuah Yamaha YZF 100 R1 tahun 2000 ditawarkan pada harga serendah RM 15,000! Untuk makluman, semua kenderaan ini di dalam keadaan yang sangat baik. Untuk melihat kenderaan-kenderaan ini atau ingin menyertai tender ini bolehlah menghubungi pejabat Kastam negeri Melaka.

Jadi kepada yang berminat, jangan lepaskan peluang ini. Miliki kenderaan idaman anda dengan harga yang sangat-sangat berpatutan...  








3 comments: