18 Mei setiap tahun dipilih sebagai Hari Muzium Antarabangsa – The International Council of Museums (ICOM) yang menjadi sebahagian dari kegiatan UNESCO. Ditubuhkan sejak 1946 yang keahliannya melibatkan 140 negara. Hari Muzium mulai disambut pada 1977 sebagai salah satu resolusi ICOM. Sambutan kali ini ialah kali ke 16 di Malaysia. Ianya diadakan secara bergilir-gilir dari negeri ke negeri. Negeri yang menjadi Tuan Rumah pada kali ini ialah Pahang sempena penaiktarafan Muzium Pahang bertempat di Pekan. Ini adalah giliran kedua bagi Pahang setelah menjadi Tuan Rumah bagi kali pertama 2002 dengan tema kali ini Muzium Dalam Dunia Berubah, tetapi sebelum sambutan di Pahang, maka hari ini (17 Mei) terlebih dahulu diambut di Muzium Negara Malaysia, Kuala Lumpur. Sambutan di sini juga adalah di bawah urusan Perbadanan Muzium Pahang dengan kerjasama Muzium Negara. Sebab itu sambutan yang diadakan pada hari ini dirasmikan oleh DYMM Sultan Pahang. Diwakili Tengku Mahkota Pahang DYMM Tengku Abdullah bin Sultan Ahmad Shah.
Dalam ucapan Baginda kepada para hadirin yang terdiri dari pegawai-pegawai muzium dari seluruh Negara dan agensi-agensi Baginda menyatakan, `Sambutan Hari Muzium adalah hari bersejarah, khususnya bagi Negeri Pahang yang diberi penghormatan bagi kali kedua. Ianya memberi peluang bagi Muzium Pahang menambahkan pengalaman. Dengan mengadakan sambutan di Pahang, orang ramai akan mengunjungi Pahang dan dapat mengenal dan menghayati budaya Pahang` Tambah Baginda, ` Salah satu budaya Pahang yang terkenal yang disebut Baginda, ialah Seni Tenunan yang isteri baginda Yang Teramat Mulia Tengku Puan Pahang Tengku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Al-Marhum Sultan Iskandar Shah Tengku Puan Pahang banyak melibatkan diri mempromosikan tenunan Pahang. Baginda mau dipertingkatkan dari segi penyelidikan dan menghasilkan dapatan-dapatan yang dapat meningkatkan kualiti dan seni tenunan.
Sebelum daripada itu Dato` Seri Dr. Rais Yatim sebagai Menteri Penerangan dan Komunikasi menyatakan Sambutan disertai semangatnya oleh 185 Muzium di Malaysia. Muzium bukan setakat menyimpan artifek yang silam, tetapi melaluinya dapat difahami tentang sejarah manusia dan kemanusiaan. Menurut Dato Seri Rais Yatim, tiap kelompok bahkan negeri mempunyai kelainan ciri permuziuman yang membezakan antara satu sama lain. Beliau berharap pakar-pakar dapat mengkaji ciri-ciri persamaan dan perbedaan yang dapat memberi identiti bagi sesebuah negeri. Beliau menyebut Kerajaan Persekutuan peka terhadap kepentingan muzium dan memperuntukan bagi muzium-muzium negeri setiap tahun. Misalnya:
- Tahun 2011 sebanyak RM36 juta
- Tahun 2012 sebanyak RM42 juta.
Beliau berharap Muzium Negara memantau pencapaian dan kemajuan muzium-muzium negeri. DYMM Tengku Mahkota Pahang merasmikan Hari Muzium Peringkat Kebangsaan dengan membuka Logo Rasmi Sambutan 2012 ialah Bunga Ketumbit yang mekar dalam musim Bunga dan ditransformkan dalam bentuk abstrak yng mencerminkan kehalusan dan kemurnian sesuai dengan misi muzium yang meningkatkan peradaban manusia dan tidak bermotifkan keuntungan. Ini dapat dihayati dari objektif Hari Muzium iaitu:
- Merakam dan mengekalkan monument bersejarah dan berharga sebagai warisan.
- Penghargaan terhadap muzium yang berfungsi sebagai institusi pendidikan tidak formal kepada masyarakat.
- Menimbulkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan dan sumbangan muzium dalam melindungi khazanah warisan Negara dan dunia.
- Memberi ruang dan peluang kepada orang ramai untuk mengenali, mengunjungi serta dapat menyertai pelbagai aktiviti yang dianjurkan muzium secara percuma.
- Menggalakkan warga muzium menambahkan koleksi muzium, meningkatkan kualiti bagi memenuhi keperluan dan cita rasa masyarakat melalui bahan dan aktiviti keilmuan yang berkaitan.
- Mengiratkan jaringan kerjasama antara muzium pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
- Meningkatkan kualiti kemanusiaan dan hidup sebagai satu masyarakat warga dunia.
Antara cabaran yang dihadapi muzium ialah:
Kurangnya rasa kehalusan dan kemanusiaan lantaran makin kurangnya tumpuan pendidikan terhadap aspek berkenaan.
Kurang berkemampuan menyediakan bahan yang bermutu yang dapat menarik khalayak mengunjungi dan mengkaji bahan yang disediakan.
Faktor alam yang merosak dan memusnahkan seperti gempa bumi, kebakaran, banjir dan sebagainya.
Kemampuan menggunakan penemuan dan peralatan moden untuk diguna muzium, contoh menggunakan alat komunikasi moden bagi menyimpan dan menyampaikan maklumat.
Dalam kehidupan moden khalayak bukan lagi mendatangi muzium, tetapi muzium perlu mendatangi khalayak. Bagaimana cara terbaik maklumat disampaikan.
Bagaimana menyediakan infra-struktur lalu-lintas maklumat antara-muzium dan khalayak.
Bagaimana cara menyedarkan masyarakat dan tertanam di dalam minda mereka, bahawa pentingnya muzium sebagaimana pentingnya perpustakaan.
Selepas perasmian DYMM Tengku Mahkota Pahang diiringi Dato` Seri Rais Yatim, Timbalannya Dato` Magelen De Crus, Dato` Ibrahim Pengarah Muzium Negara dan pegawai-pegawai melihat pameran-pameran oleh muzium-muzium negeri-negeri, berbagai agensi yang menampilkan berbagai persembahan barang-barang yang mempunyai identiti kenegerian dan agensi masing-masing. Selepas Perasmian di Muzium Negara ini sambutan dan pameran berpindah ke Pahang.
- dipetik dari drshafie.blogspot.com
Seharusnya Kerajaan Malaysia mengiktiraf jasa dan sumbangan warga muzium yang banyak berkorban demi memastikan pembinaan masyarakat yang mempunyai jati diri yang utuh dan sempurna dalam pembinaan tamadun Malaysia yang disegani dan dihormati seluruh dunia.
Lihatlah betapa sukar usaha-usaha membongkar penyelidikan yang kadangkala memakan tempoh sehingga bertahun lamanya, ini tidaklah termasuk usaha mengadakan pameran kepada orang ramai demi memastikan penyelidikan yang dibuat dihebahkan kepada masyarakat umum. Kajian-kajian mengenai sesuatu penemuan misalnya memerlukan pengorbanan yang tiada perinya.
Warga muzium juga adalah berperanan penting sepertimana pentingnya organisasi lain. Maka seharusnya jasa dan sumbangan mereka tidak harus diketepikan malah sepatutnya kerajaan mengiktiraf pengorbanan mereka.
SYUKUR ALHAMDULILLAH.. BARU2 NI GAJI DINAIKKAN.. COLA PUN NAIK JUGA.. SYUKUR.. :)
ReplyDeleteada kebenarannya... guru pun gaji dan cola baru dinaikkan tapi masih dapat insentif khas. kesian dgn panglima, elok jadi guru je
ReplyDelete