Semua produk yang dihasilkan mempunyai tarikh luput sendiri. Penggunaan sesuatu produk selepas luput adalah tidak disarankan malah sangat merbahaya. Tong gas LPG yang anda gunakan untuk memasak di rumah juga mempunyai tarikh luputnya. Sebagai pengguna anda perlu memeriksa tarikh luput ini demi menjamin keselamatan kita semua.
Bagaimanakah caranya memeriksa tarikh luput silinder ini? Perhatikan pada salah satu sisi sisi silinder gas expiry date akan dikodkan secara alpha-numerical seperti berikut;
A , B , C atau D diikuti dua digit, contohnya D06.
Huruf bermaksud suku ke berapa dalam satu tahun -
A utk March ( Suku pertama ),
B utk June (Suku kedua ),
C utk Sept ( Suku ketiga ), &
D utk December ( Suku keempat ).
2 digit itu pula menunjukkan sehingga tahun berapa selinder itu selamat digunakan. D06 bermaksud selamat digunakan sehingga December 2006.
Periksa tong gas anda. Adalah menjadi hak kita sebagai pengguna untuk menolak tong gas yang telah luput tarikh penggunaannya...
OOO.. OK.. BALIK KENA CHECK NI..
ReplyDeleteKalu just no jee cmne... Just 18 ja
ReplyDeleteKalu just no jee cmne... Just 18 ja
ReplyDeletetak jumpa pun..lat mane ye nk tgok..?
ReplyDeletelat:kat
ReplyDeletedua digit merujuk kepada tahun
ReplyDelete