Klik...Sokongan Anda Amat diperlukan

klik untuk bersama kami

Search This Blog

KLIK follow untuk Sahabat Setia

Klik untuk kembali ke Halaman Utama

03 February 2012

Gambar sensasi Jezamine Lim : Harith Iskandar mohon maaf

Selepas Siti Nurhaliza membantu menaikkan rating Wadah Panglima, terdapat pula pertanyaan mengenai Jezamine Lim, isteri kepada Harith Iskandar yang dikatakan menayangkan perut ketika hamil anak pertama mereka baru-baru ini.

Sebelum ini pun cerita mengenai Jezamine telah pun kami paparkan sebelum ini ketika menghiasi majalah SHAPE satu ketika dulu. (klik : Isteri Harith Iskandar pula berbikini?)



sumber gambar dari mediamalaya.com
gambar perut isteri harith iskandar
sumber gambar dari blog.selebriti.tv

Jezamine Lim, isteri kepada pelakon, pengacara dan pelawak terkenal, Harith Iskandar, tampil sebagai covergirl untuk majalah Shape dengan hanya mengenakan sepasang bikini yang mengiurkan. Jezamine, yang juga seorang doktor dan mempunyai sebuah restoren di kawasan Seri Hartamas, memulakan perkenalan dengan Harith melalui laman sosial Facebook. Wanita kacukan Cina-India ini kemudiannya mengahwini Harith Iskandar sekitar June 2010 dengan hantaran berjumlah RM50,000.



Insiden Harith Iskander menayangkan gambar isterinya yang sarat mengandung dalam keadaan perut isterinya terdedah,menerusi laman sosial Twitter miliknya, telah menimbulkan kritikan negatif sesetengah pihak. Malah ada yang kata, pelakon yang mendapat jolokan King Of Comedy ini sengaja mencari publisiti murahan dengan menayang perut isterinya, Jezamine Lim Iskander yang mengandung lapan bulan, sebegitu.

Memetik kenyataan di portal mStar, Harith berkata dia tidak bermaksud mahu mendapatkan publisiti murahan. Sebaliknya, dia sekadar ingin berkongsi perasaan gembira dan teruja kerana bakal bergelar bapa pada Mac depan.

"Saya tak berniat pun mahu menunjuk-nunjuk tetapi sekadar ingin berkongsi kegembiraan dengan pengikut 'Twitter' saya.

"Walaupun menanti detik untuk bergelar bapa bukannya satu perkara luar biasa tetapi ia adalah perkara yang bukan biasa untuk diri saya kerana belum pernah merasai detik sebegitu," katanya.

Sekaligus Harith meminta maaf sekiranya ada yang begitu sensitif mengenai isu gambar tersebut.

Bercerita mengenai detik kelahiran anak sulung yang ditunggu-tunggunya itu, Harith mengakui dia begitu teruja untuk menantikan saat-saat bahagia itu namun tidak mahu berlebih-lebihan dalam membuat persiapan.
tiada apalah sangat kalau Jezamine bergambar bersama suaminya... lagipun tu anak pertama mereka, tentulah mereka agak teruja bergambar untuk tatapan peminat mereka. Tengok gambar mereka berdua pun haluuuus je...

Apapun bersama kita mendoakan agar Harith Iskandar dan Jezamine selamat menerima kehadiran cahaya mata kelak. Mengenai isu bergambar ni pun Harith telah pun memohon maaf. Seperti kebiasaannya... janji dah mohon maaf kira ok la tu... 


Siti Norhaliza kena CABUL?

BUKAN, Bukan! Ini bukan gambar Siti Norhalisa, artis terkenal. Ini gambar cubaan monyet mencabul wanita berpakaian seksi. Awas wanita-wanita! Berpakaian seksi membahayakan diri. Itu baru depan monyet, kalau di depan manusia, berbagai helah dan cara manusia boleh mencabulnya..
Gambar ini pula, baru nampak macam Siti Norhaliza. Hai, tengok tangan monyet berbulu tu, apa yang dia pegang? He, kalau betul Siti Norhliza, berjayalah monyet itu meraba artis terkenal pujaan jutaan manusia..

Maaf Siti.. Gurau aje. Yang betul tu, betul le... (IH)

* dipetik dari www.ibnuhasyim.com

hehehe... maaf ye Datuk Siti. Sekadar hiburan je untuk pembaca Wadah Panglima

02 February 2012

Intipati Perjanjian Pengambilan Sarawak oleh James Brooke Esquire

Diambil daripada Perjanjian dan Dokumentasi Lama Malaysia, Kuala Lumpur: ITNMB, 2008.
Perjanjian ini yang dibuat pada hari Rabu, tiga puluh hari bulan Rejabtahun Hijriah satu ribu dua ratus lima puluh tujuh pada pukul dua belas menunjukkan bahawa dengan suci hati dan penuh kejujuran PANGERAN MUDA HASSIM putera Al-Marhum Sultan Muhammad dengan ini menyerahkan hasil dan segala tanggungjawab masa depan Pemerintahan Sarawak bersama dengan wilayah tanggungannya, kepada JAMES BROOKE Esquire. Selanjutnya, dia, James Brooke Esquire adalah pemunya tunggal hasil negeri dan dia sahajalah yang bertanggungjawab terhadap perbelanjaan awam yang diperlukan demi kebaikan Sarawak.

Seterusnya, James Brooke Esquire dengan suci hati dan dengan penuh kejujuran menerima Perjanjian ini seperti yang ditetapkan dan selanjutnya mengaku janji dari tarikh ini akan membayar kepada Sultan Brunei satu ribu dolar, kepada Pangeran Muda satu ribu dolar, kepada Petinggi tiga ratus dolar, kepada Bandar satu ratus lima puluh dolar dan kepadaTemenggung satu ratus dolar.

Seterusnya, James Brooke Esquire mengaku janji bahawa undang-undang dan adat resam orang Melayu Sarawak akan dihormati selama-lamanya kerana Negeri Sarawak hingga sekarang ini tertakluk kepada pemerintahan Sultan Brunei, Pangeran Muda dan Raja-Raja Melayu.

Seterusnya, jika timbul apa-apa honar sama ada di dalam atau di luar Negeri Sarawak yang boleh memudaratkan kepentingannya, sama ada yang disebabkan oleh rakyat atau putera raja mahupun raja yang bermusuhan dengan Sarawak, maka Sultan dan adinda Baginda, iaitu Pangeran Muda hendaklah mengesahkanJames Brooke Esquire sebagai Raja Sarawak yang dilantik secara sah dan tidak boleh diganggu-gugat oleh mana-mana orang lain.

Seterusnya, Pangeran Muda dan James Brooke Esquire mengikat Kontrak ini dan Pangeran bersetuju melepaskan semua aktiviti selanjutnya dalam Pemerintahan Sarawak kecuali sebagaimana yang boleh dijalankan olehnyadengan izin James Brooke Esquire dan apa-apa yang dilakukan oleh mereka secara berasingan atau secara individu berkaitan dengan Pemerintahan Sarawak mestilah menurut syarat Perjan jian ini.

Ditulis di Sarawak pada malam Jumaat, dua hari bulan Syaaban 1257pada pukul sepuluh.

Teks diambil dari Maxwell & Gibson 1924: 184-185.

* dipetik dari mindaahad.wordpress.com

Bagaimana seorang Inggeris yang hanya sekadar orang biasa boleh menjadi begitu berpengaruh dan akhirnya menjadi Raja Sarawak yang pertama. Apakah kekuatan sebenar yang dimilikinya sehinggakan Sultan Brunei sedia melepaskan Sarawak kepadanya? Mungkinkah kerana kekuatan ketenteraan yang dimiliki British membuatkan orang-orang Melayu, Iban, Kadazan, Bidayuh, Melanau, Orang Ulu, Cina serta lain-lainnya terpaksa tunduk dan sanggup menerimanya menjadi Raja Sarawak?

Difahamkan beliau pada mulanya membeli sebuah kapal yang lengkap dengan senjata sebelum memulakan pelayarannya ke Asia Tenggara. Siapakah sebenarnya James Brooke ini......?   

01 February 2012

Teknik pembinaan PIRAMID sekadar pembohongan

Sebenarnya, misteri binaan piramid telahpun terungkai sejak sekian lama. Namun, kerana kita manusia yang tidak mahu percaya, kita masih lagi cuba mencari walhal ia telah dicatitkan dalam sebuah kitab yang menyimpan segala kebenaran. Dan hebatnya piramid, ia antara binaan yang sangat mengangumkan sehingga sekarang (klik).

Akhbar Amerika Times edisi 1 Disember 2006, telah menyiarkan berita saintifik yang mengesahkan bahawa Firaun telah menggunakan tanah liat untuk membina piramid. Menurut kajian tersebut, disebutkan bahawa batu-batu yang digunakan untuk membuat piramid adalah daripada tanah liat yang dipanaskan sehingga membentuk batuan keras yang sukar dibezakan dengan batu asalnya.

Profesor Gilles Hug dan Dr. Michael Barsoum, menegaskan bahawa piramid yang paling besar di Giza, dibuat daripada dua jenis batuan yang terdiri daripada batu semula jadi dan batu-batu yang dibuat secara manual hasil daripada olahan tanah liat.

Baru-baru ini majalah Journal of American Ceramic Society memaparkan artikel kajian mengenai bagaimanakah Firaun membina piramid di Mesir yang mengkagumkan itu sebagai peninggalan sejarah tamadun dunia.

Kajian itu menegaskan, bahawa Firaun menggunakan tanah jenis slurry untuk membina monumen yang tinggi, termasuk piramid. Justeru itu tidak mungkin bagi seseorang untuk mengangkat batu besar dan berat ribuan kilogram. Seterusnya pada dasar piramid, Firaun menggunakan batu semula jadi atau batu alam.

Lumpur tersebut merupakan campuran lumpur kapur yang dipanaskan dengan wap air garam dan akan menghasilkan wap air sehingga terbentuknya campuran tanah liat. Kemudian olahan itu dituangkan ke dalam tempat yang disediakan di dinding piramid. Lumpur yang sudah diadun mengikut saiz yang dikehendaki itu dibakar, lalu diletakkan di tempat yang sudah disediakan di dinding piramid.

Sebelum ini, seorang saintis Belgium, Guy Demortier, telah bertahun-tahun mencari jawapan daripada pembuatan batu besar yang tersergam di puncak-puncak piramid. Beliau berkata;

"Setelah bertahun-tahun melakukan kajian dan penyelidikan, sekarang barulah saya yakin bahawa piramid yang terletak di Mesir diperbuat dengan menggunakan tanah liat."

Begitulah manusia, tak akan puas. Kisah pembinaan piramid sebenarnya bukanlah satu misteri, kerana ia telah diceritakan dalam Al Quran, kitab yang membawa kebenaran ke seluruh alam.

Di dalam Al Quran, Allah s.w.t telah berfirman yang bermaksud: 

Dan berkatalah Firaun: Wahai kaumku, aku tidak mengetahui Tuhan bagimu selain aku. Maka bakarlah wahai Haman untukku tanah liat kemudian buatkanlah untukku bangunan yang tinggi agar aku dapat naik melihat Tuhan Musa, dan sesungguhnya aku benar-benar yakin bahawa dia (Musa) orang-orang pendusta. (al-Qasas: 38).

Nyata, dah pun diberitahu dalam Al Quran ... bahawa piramid dibina dari tanah liat. Apa lagi yang ingin diragukan. Kisah di dalam Al Quran ini bukan dibuat semasa pemerintahan Firauan tetapi diwahyukan oleh Allah s.w.t kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Ianya berlaku selepas ribuan tahun ..... iaitu selepas Firaun ditenggelamkan dalam Laut Merah bersama bala tenteranya.

* dipetik dari hasrulhassan.com
itulah hakikatnya sebenarnya... Al-Quran telah lama menjelaskan namun kita sebagai umat Islam tidak menyedari fakta yang telah dinyatakan ini. Malahan ketika kita belajar ilmu senibina dulu, kita didedahkan dengan pelbagai teknik yang mungkin digunakan oleh manusia zaman firaun untuk memindahkan bongkahan batu besar untuk membina piramid berkenaan.

Seharusnya kita berasa malu kepada diri sendiri betapa selama ini kita terpedaya dengan dakyah dan tipu muslihat yang telah dimainkan oleh Yahudi sehingga kita turut sama mengkagumi betapa kehebatan firaun menghasilkan piramid tanpa kita menyedari di dalam Al-Quran telah lama menjelaskan teknik pembuatan piramid yang sebenarnya tidak harus dikagumi.

Tidak mengapa... hari ini kita tertipu oleh sekumpulan lelaki yang menggelarkan kita sebagai GOYIM, tanpa mereka sendiri menyedari bahawa mereka berbangga dengan keturunan MONYET yang mereka ciptakan...!


20 January 2012

Hang Tuah di FITNAH oleh Prof Khoo

KUALA LUMPUR: A historian has asked his detractors to prove him wrong in his claim that Hang Tuah and other historical figures never existed.


“If you do not agree with me, bring out sources to show that I am wrong.
“You cannot simply say that you don’t agree. What is the basis?” Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim asked when met at the Interna-tional Conference on the Global Movement of Moderates here yesterday.
Prof Khoo, who is in a committee which will look into the present History curriculum in schools, said legends like Hang Tuah and Princess Hang Li Po were not real because there were no reliable sources to confirm their existence.
On Hang Tuah’s grave in Malacca, Prof Khoo said there was no way of telling it was him unless the grave was dug up and the corpse examined.
“I know there is a Hang Tuah well in Malacca too but it was built by the local people and they go there at night to ask for lottery numbers,” he added.
Prof Khoo, who is from Universiti Malaya, said it was sad that Malaysians were becoming more ignorant of history but were “good at confrontation”.
Asked on the proposed move to allow undergraduates to participate in politics, Prof Khoo said he was worried that if students were given such opportunities, they would be “used” by politicians and would not have time for their studies.
On Monday, Prof Khoo said there was no written record of Hang Li Po, Hang Tuah and Hang Jebat and the stories that have made it into the history books were just myths.

* sumber the star online


Syabas dan tahniah diucapkan kepada Pengurus Besar Perbadanan Muzium Melaka, Datuk Haji Khamis bin Haji Abas atas kenyataan balas yang pantas dan menyakinkan. Memang selama ini kita mengkagumi kepakaran Prof Khoo dalam bidang sejarahnya tapi bukanlah bermaksud kita tak boleh mempertikaikan malah terpaksa mengikut apa saja kenyataan beliau... apalagi beliau pun sememangnya mengkaji sejarah pun berdasarkan sumber-sumber penjajah juga. Almaklumlah... semua rekod dan sumber kegemilangan kita telah dihapuskan serta diolah semula oleh penjajah

05 January 2012

A&W, Nokia dan Sony Ericson BAKAL berkubur...

Suatu ketika dahulu kita begitu terpesona dengan makanan segera A&W yang begitu terkenal dengan keenakan Root Beer. Kita juga seakan terikat dengan teknologi mesra yang diperkenalkan NOKIA menerusi rangkaian telefonnya yang begitu memukau sebelum Sony Ericson.

Tahukah anda kemungkinan jenama-jenama tersohor ini bakal lenyap malah mungkin hanya tinggal nama sahaja? Kajian yang dilakukan oleh 24/7 Wall Street. com menyenaraikan 10 jenama popular yang bakal lenyap pada tahun ini bersama-sama jenama-jenama tersohor lain yang turut disenaraikan di Bursa Saham New York. Kriteria utama yang diambil bagi menentukan kehilangan jenama itu adalah kejatuhan mendadak di dalam jualan selain mengalami kerugian yang besar.

Senarai 10 jenama yang di ramalkan bakal hilang ialah:














Kegilaan masyarakat kepada teknologi Android yang diperkenalkan Samsung mungkin antara penyebabnya syarikat-syarikat seperti Nokia dan Sony Ericson bakal berkubur. Jangan terperanjat jika suatu hari nanti Facebook juga bakal melalui pengalaman yang sama dengan mereka...
Published with Blogger-droid v2.0.2
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...