Klik...Sokongan Anda Amat diperlukan

klik untuk bersama kami

Search This Blog

KLIK follow untuk Sahabat Setia

Klik untuk kembali ke Halaman Utama

14 February 2011

Revolusi Merebak ke Algeria


Beribu-ribu penunjuk perasaan menuntut Presiden Algeria, Abdelaziz Bouteflika meletakkan jawatan semakin merebak ke bandar Annaba di sebelah timur Algeria.

Menurut Penyelarasan Nasional Perubahan dan Demokrasi (CNCD) dan kesatuan pekerja tidak rasmi, Mustepha Bouchahi, tunjuk perasaan antikerajaan seterusnya akan diadakan Sabtu ini.


Pengumuman tersebut dibuat sehari selepas 2,000 penunjuk perasaan bertempur dengan 30,000 anggota polis di bandar Algiers.





Ratusan penunjuk perasaan juga dilaporkan membaling batu ke arah polis di Bandaraya Annaba di timur Algeria dengan pembangkang mengumumkan untuk mengadakan satu lagi tunjuk perasaan besar-besaran minggu depan.


Sementara itu, Washington meminta pihak keselamatan Algeria supaya bertindak lebih berhati-hati selepas sehari protes seluruh negara terhadap kerajaan pimpinan Presiden Abdelaziz Bouteflika yang menyaksikan puluhan orang awam dan wartawan ditangkap.


“Kami ingin menegaskan sokongan kami kepada hak setiap rakyat Algeria termasuk mengadakan perhimpunan dan menyuarakan pendapat," kata jurucakap Jabatan Negara Amerika, Philip Crowley dalam satu kenyataan.





Tunjuk perasaan yang akan datang dijadual diadakan 19 Februari ini, kata Mustepha Bouchahi dari Penyelaras Kebangsaan Bagi Demokrasi dan Perubahan (CNCD), iaitu kumpulan yang bergabung dalam perti pembangkang.


Semalam, dianggarkan 2,000 penunjuk perasaan bertembung dengan lebih 30,000 anggota polis yang bertindak menghalang mereka mengadakan demonstrasi jalanan di ibu negara itu.




Tunjuk perasaan juga diadakan di seluruh bandar di Algeria bagi menyatakan hasrat sama seperti berlaku di Mesir dan negara jiran, Tunisia.

* dipetik dari AFP

Latar belakang Maulid Diba', bacaan serta terjemahannya


Sekilas tentang pengarang maulid Diba’.  

Diambil darihttp://geocities.com/risanuri/agama/Ad_Dibai.html. Seorang ulama bermadzab Syafi’i di zamannya yang se-era dengan Imam as Suyuthi. Pembawa sanad hadits yang mencapai derajat Hafidz. Wallahu a’lam.

Ad-Diba`i
(866 – 944 H)

Satu karya mawlid yang masyhur dalam dunia Islam ialah mawlid yang dikarang oleh seorang ulama besar dan ahli hadits iaitu Imam Wajihuddin ‘Abdur Rahman bin Muhammad bin ‘Umar bin ‘Ali bin Yusuf bin Ahmad bin ‘Umar ad-Diba`ie asy-Syaibani al-Yamani az-Zabidi asy-Syafi`i.
Beliau dilahirkan pada 4 haribulan Muharram tahun 866H dan wafat hari Jumaat 12 Rajab tahun 944H. Beliau adalah seorang ulama hadits yang terkenal dan tiada tolok bandingnya pada masa hayatnya. Beliau mengajar kitab Shohih Imam al-Bukhari lebih dari 100 kali khatam. Beliau mencapai darjat Hafiz dalam ilmu hadits iaitu seorang yang menghafal 100,000 hadits dengan sanadnya. Setiap hari beliau akan mengajar hadits dari masjid ke masjid. Di antara guru-gurunya ialah Imam al-Hafiz as-Sakhawi, Imam Ibnu Ziyad, Imam Jamaluddin Muhammad bin Ismail, mufti Zabid, Imam al-Hafiz Tahir bin Husain al-Ahdal dan ramai lagi. Selain daripada itu, beliau juga seorang muarrikh, yakni ahli sejarah, yang terbilang. Di antara kitab karangannya  ialah:-
“Taisirul Wusul ila Jaami`il Usul min Haditsir Rasul” yang mengandungi himpunan hadits yang dinukil daripada kitab hadits yang 6.
“Tamyeezu at-Thoyyib min al-Khabith mimma yaduru ‘ala alsinatin naasi minal hadits” sebuah kitab yang membezakan hadits sahih dari selainnya seperti dhaif dan maudhu.
“Qurratul ‘Uyun fi akhbaril Yaman al-Maimun”.
“Bughyatul Mustafid fi akhbar madinat Zabid”.
“Fadhail Ahl al-Yaman”.

13 February 2011

Rabiul Awal dan Maulidur Rasul



Bulan Rabiulawal bermaksud bulan dimana bermulanya musim bunga bagi tanaman. Mengikut kebiasaannya di Tanah Arab, sewaktu bulan Rabiulawal pokok buah-buahan mula berbunga dan seterusnya berbuah.


Maka nama bulan ini diambil sempena musim berbunga tanaman mereka. Dan setelah kedatangan Islam, Rasulullah saw telah mengekalkan nama Rabiulawal ini sehinggalah sekarang.



Ada banyak peristiwa penting yang telah dicatatkan oleh sejarah jatuh bangunnya tamadun Islam di dalam bulan Rabiulawal ini dan diantaranya ialah;
  1. Kelahiran junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw. Mengikut sumber-sumber mengatakan bahawa nabi lahir pada 12 Rabiul Awwal tahun gajah bersamaan 23 April 571M. Ini adalah sumber yang masyhur dan menjadi amalan umat Islam di Malaysia mengadakan sambutan Maulidurrasul pada 12 Rabiul Awwal di setiap tahun sehinggalah sekarang.
  2. Perlantikan Nabi menjadi Rasul. Dibulan Rabiulawal inilah Nabi saw diangkat menjadi Rasul. Ketika ini Nabi saw berumur 40 tahun. Maka dengan ini bermulah dakwah baginda secara rasmi di Makkah al-Mukarramah.
  3. Hijrah Tarikh hijrah adalah tarikh tibanya Rasulullah di Madinah al-Munawwarah pada ketika itu di sebut Yatsrib. Rasulullah sampai di Quba' pada hari Isnin 8 Rabiulawal dan Baginda sampai di Kota Madinah pada hari Jumaat 12 Rabiulawal dan Baginda menunaikan solat Jumaat yang pertama.
  4. Peperangan Banyak peperangan yang telah terjadi pada zaman Rasulullah saw diantara tentera Islam dan tentera kuffar. Diantara peperangan yang berlaku di bulan Rabiulawal ialah peperangan Safwan (Badar pertama), Bawat, Zi Amar (Ghatfan), Bani An-Nadhir, Daumatul Jandal dan peperangan Bani Lahyan.
  5. Wafatnya junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw. Rasulullah telah wafat pada hari Isnin 12 Rabiulawal 11H bersamaan 7 Jun 632M. Baginda wafat di rumah isterinya Aisyah ra dan dikebumikan di Madinah al-Munawwarah.
  6. Abu Bakar ra. menjadi khalifah Pada hari Rasulullah wafat, para sahabat tidak mahu menangguh urusan pentadbiran kerajaan dan segera membai'ah saidina Abu Bakar ra di Dewan Bani Sa'idah. Ini adalah kerana urusan pentadbiran negara tidak boleh terhenti walau seketika dan ia adalah nadi sesebuah kerajaan. Sebahagian sahabat pula menguruskan pengkebumian jenazah Rasulullah saw yang diketuai oleh Saidina Ali ra Ahli Bait Rasulullah saw.
  7. Pembukaan Iraq Tentera Islam yang dipimpin oleh Khalid Ibni Walid ra telah memasuki Iraq dan bermulalah pemerintahan Islam di bumi Iraq di zaman saidina Abu Bakar ra.
  8. Pembukaan Baitul Muqaddis Salahuddin al-Ayubi telah memimpin tentera Islam menewaskan tentera Salib dan seterusnya membuka pintu bagi pembukaan Baitul Muqaddis pada tahun 583 H.
  9. Kejatuhan Empayar kerajaan Islam Sepanyol Kubu terakhir tentera Islam di Andalusia telah ditumbangkan oleh tentera Sepanyol yang dipimpin oleh Ferdinando dan Isabella pada tahun 897H. Bermulalah kemusnahan tempat-tempat bersejarah warisan umat Islam, masjid-masjid ditukar menjadi gereja dan muzium dan tiada lagi suara azan di negara tersebut.



Kenali Pokok Gharqad : Pohon Yahudi


"Tidak akan berlaku kiamat
sehinggalah orang-umat Islam berperang
dengan orang-orang Yahudi (di sebuah tempat).
Orang-umat Islam akan membunuh mereka beramai-ramai
sehinggakan apabila mereka bersembunyi
di sebalik batu dan pokok,
tiba-tiba pokok-pokok dan batu-batu itu bersuara
menjerit memanggil umat Islam
agar membunuh orang-orang Yahudi itu,
kecuali pokok 'Gharqad', kerana ia adalah pokok Yahudi"
(Hadith sahih riwayat Al-Bukhari dan Muslim)




Pokok Gharqad muda




Pohon Gharqad pandangan jauh




Pohon Gharqad yang telah besar







Pokok Gharqad atau African Boxthorn (Lycium ferocissimum) merupakan sejenis pohon yang rendang dan berduri.

Terdapat lebih 20 spesis Gharqad di Amerika Utara, 30 spesis di Amerika Selatan, 30 di Afrika, 10 di Eurasia dan satu di Australia.

Pokok Gharqad, adalah panggilan bagi pokok Yahudi dalam bahasa Arab.

Dalam istilah botani, pokok Gharqad dikenali sebagai spesis Boxthorn, termasuk dalam keluarga Solanaceae yang terdiri lebih daripada 90 spesis.

Nama-nama lain yang biasa digunakan untuk pokok ini ialah Desert-thorn, Christmas berry, Wolfberry, Matrimony vine, Tea-tree dan Goji.

Spesis ini banyak tumbuh pada ketinggian lebih kurang 5 meter tinggi dan 3 meter lebar serta boleh menyesuaikan diri dengan keadaan kering serta kekurangan air.

Pokok rendang ini turut menjadi 'rumah' bagi beberapa spesis haiwan seperti musang dan burung untuk berteduh dan mencari makanan.

Menariknya, pokok ini turut terdapat di Australia selepas dibawa masuk pada tahun 1800-an untuk dijadikan sebagai tumbuhan pagar sekitar rumah, malah ia dianggap sebagai "rumpai yang sangat degil" !

Ini kerana ia menjadi ancaman kepada industri agrikultur dan mudah berkembang biak melalui pelbagai cara sehingga pelbagai usaha dijalankan untuk menghapuskan "rumpai" ini.

Ia turut di isytiharkan sebagai rumpai di bawah Tasmania’s Weed Management Act 1999 dan kegagalan menghapuskan pokok ini daripada perumahan membawa kepada tindakan undang-undang !

Dalam bahasa Ibrani, pokok Gharqad disamakan dengan pokok Atad. Sarjana botani Prof. Michael Zohary dan Noga Hereuveni of Neot Kedumim yang mengkaji tumbuhan yang disebutkan dalam Bible mengesahkan pokok Atad adalah sama dengan spesis Jujube.

Jika pokok Jujube ini adalah pohon Gharqad seperti yang disebutkan dalam hadis, kemungkinan pernyataan yang mengatakan orang-orang Yahudi sedang giat menanam pokok Gharqad adalah benar.

Spesis ini adalah tumbuhan kedua terbesar di negara haram Israel selepas pokok Akasia.

Pokok Gharqad ini banyak ditanam oleh orang-orang Yahudi di sekitar rumah mereka kerana mereka berharap dapat bersembunyi di sebalik pohon tersebut daripada dibunuh oleh orang-orang Islam ketika hampir berlakunya hari kiamat nanti.

Sesungguhnya, mereka beriman kepada hadith Rasulullah SAW, namun pada masa yang sama, merekalah yang memusuhi umat Baginda serta melakukan kekejaman terhadap warga Palestin samada yang beragama Islam mahupun Kristian.

Remaja 19 tahun Kantoi Berkhalwat


TERTANGKAP... pasangan (duduk) dicekup berkhalwat dalam bilik hotel bajet, malam kelmarin. 
TERTANGKAP... pasangan (duduk) dicekup berkhalwat dalam bilik hotel bajet, malam kelmarin.



GUA MUSANG: Aktiviti liar seorang remaja perempuan berusia 19 tahun yang menjadikan hotel bajet di sekitar bandar ini sebagai tempat melepaskan nafsu dengan beberapa pasangan, akhirnya terbongkar apabila dia dicekup dalam satu serbuan, di sini, lewat malam kelmarin.


Lebih mengejutkan, remaja terbabit bukan saja dicekup berkhalwat bersama pasangan bukan Islam di hotel bajet di Jalan Besar, di sini, malah didapati asyik melepaskan gian menagih dadah.



Remaja berasal dari Kota Bharu itu mempunyai rekod melahirkan anak luar nikah setahun lalu dan tinggal di Kampung Lembaga, Gua Musang.


Serbuan kira-kira jam 11.30 malam itu dilakukan Skuad Amru bersama Pegawai Jabatan Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) diketuai Iman Muda Masjid Tengku Muhammad Faiz Petra, Gua Musang, Hazuari Che Hamid.


Demam Pilihanraya Kecil berpindah ke Pahang... PRK 16 DUN KERDAU





KUALA LUMPUR, 12 Feb — Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) BN kerusi Kerdau Datuk Zaharuddin Abu Kassim, 63, meninggal dunia di rumahnya di pekan Kerdau, Pahang petang tadi. 

Kenalan rapat Allahyarham memberitahu bahawa wakil rakyat itu meninggal dunia selepas terjatuh di rumahnya kira-kira 6.30 petang tadi. 

12 February 2011

Mesir disinari kegembiraan...




PARA penunjuk perasaan berarak ke Istana Presiden selepas menunaikan solat Jumaat di Dataran Tahrir, Kaherah, semalam. – REUTERS
















KAHERAH 11 Feb. – Penunjuk perasaan yang membanjiri jalan-jalan di seluruh Mesir bersorak kegembiraan dengan berita peletakan jawatan Presiden Hosni Mubarak yang sekali gus mengakhiri pemerintahan autokratik selama 30 tahun oleh diktator tersebut.


Orang ramai melaungkan ‘Allahu akbar’ sejurus selepas Naib Presiden, Omar Suleiman mengumumkan peletakan jawatan Mubarak pada kira-kira pukul 6 petang waktu tempatan (12 tengah malam ini waktu Malaysia) serta penyerahan kuasa kepada Majlis Tertinggi Angkatan Tentera.


Presiden itu akhirnya tunduk kepada desakan rakyat selepas satu perhimpunan disertai lebih sejuta rakyat dilancarkan hari ini, setelah penunjuk perasaan berang dengan kenyataan Mubarak yang enggan berundur dalam satu kenyataannya malam tadi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...