Klik untuk kembali ke Halaman Utama

22 September 2016

Penggunaan KERIS dalam filem Shanghai Knights

Kita mungkin berulang kali menonton Shanghai Knights, yang dibintangi Jackie Chan dan juga Owen Wilson. Namun dalam tak sedar filem garapan David Dobkin yang dikeluarkan pada tahun 2003 ada menonjolkan satu babak yang menonjolkan keris sebagai sebuah senjata istimewa. 

Persoalannya... di manakah agaknya letaknya martabat keris di dalam kehidupan kita hari ini? Berapa ramaikah antara kita yang mengenali keris dan apakah yang tersembunyi di sebalik keris? 

Masyarakat dunia meletakkan senjata warisan kita ini di tempat yang tinggi tetapi amat menyedihkan apabila orang kita sendiri tidak memandang keris sebagai sesuatu yang istimewa. Malahan bangsa Yahudi juga memandang keris sebagai senjata yang istimewa. Mereka bukan sahaja mengkagumi keris malah turut mencungkil dan membongkar kehebatan yang tersembunyi di dalam bilah keris.
Malang bagi kita apabila pemakaian senjata dipinggang diharamkan penjajah semasa mereka berkuasa di Tanah Melayu pada 1948.

Maka selepas itu sejarah gelap keris muncul dan hilang diingatan anak Melayu kemudiannya. Fungsi keris hilang sama sekali dan tergambar di fikiran generasi baru keris adalah senjata yang bermasalah apabila sering dikaitkan dengan tahyul dan berpenunggu...

Maka hilanglah satu lagi kehebatan bangsa Melayu... 




19 September 2016

Ada apa di PULAU NANGKA?

Jom kita jelajah seluruh Pulau Nangka dan bongkar segala cerita berkaitan khazanah silam dan misteri yang terdapat di sana...
Tak perlu bawa apa-apa kecuali pakaian serta barangan peribadi anda sahaja, yang lainnya biarlah kami yang uruskan! Apa yang paling utama pastikan diri anda cukup bersedia dari segi mental dan fizikal untuk menyelongkar pulau ini.

Dengan bayaran sebanyak RM 200.00 seorang anda bukan sahaja berpeluang mengelilingi Pulau Nangka, malahan anda akan dibawa melihat sendiri tapak penggalian harta karun yang pernah diusahakan suatu ketika dahulu. Bukan itu sahaja, anda juga berpeluang melawat 11 lokasi lain di pulau ini yang dikaitkan dengan misteri. Sebelah malamnya pula anda dibawa ke puncak Pulau Nangka untuk menziarahi 3 buah kubur lama di sana. Nak tahu kubur siapa? jom sertai eksplorasi ini...
Segala keperluan makanan dan minuman anda diuruskan sepenuhnya termasuklah pengangkutan bot, peralatan perkhemahan, perlindungan insuran serta jurupandu dan juruiring yang mesra.
Kalau anda tak berkesempatan pada 24-25 September 2016 ini usah bimbang, anda masih boleh menyertai kami pada tarikh lainnya kelak atau anda kumpulkan ahli minima 15 orang dan tetapkan tarikh yang anda sendiri pilih!
Jangan fikir anda boleh pergi sendiri kerana Pulau Nangka merupakan kawasan larangan dan anda dilarang menjejak kaki ke sana tanpa kebenaran PERZIM.
Kalau bukan dengan kami... siapa lagi?
* RM 200.00 dibayar menerusi Kelab Sukan dan Kebajikan PERZIM (CIMB 8004-6183-87)
Untuk keterangan dan maklumat lanjut sila hubungi En. Nurman bin Mohd Baroldin, Kurator Perbadanan Muzium Melaka di talian 0111-5149607







18 September 2016

Wadah Panglima: EKSPLORASI Peninggalan Silam di PULAU NANGKA

Wadah Panglima: EKSPLORASI Peninggalan Silam di PULAU NANGKA: Pernahkah anda terfikir untuk menjejakkan kaki di Pulau Nangka? Apa yang ada di sana? Bagaimanakah caranya untuk ke sana? Pulau Nangk...

13 September 2016

EKSPLORASI Peninggalan Silam di PULAU NANGKA

Pernahkah anda terfikir untuk menjejakkan kaki di Pulau Nangka? Apa yang ada di sana? Bagaimanakah caranya untuk ke sana?


Pulau Nangka adalah sebuah dari pulau milik kerajaan Negeri Melaka menerusi Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) dan sehingga kini pulau ini tidak membenarkan sesiapa pun masuk ke sana. Pulau yang dikaitkan dengan kewujudan sebuah gua yang dikatakan menyimpan harta peninggalan dahulu kala bernilai mencecah trillion ringgit. Atas dasar ini mungkinkah pulau ini tidak menerima kehadiran orang ramai malah sesiapa yang cuba datang ke sana dianggap sebagai penceroboh.


Namun baru-baru ini, Kelab sukan dan Kebajikan PERZIM menawarkan aktiviti Eksplorasi Peninggalan Silam di Pulau Nangka. Orang ramai bukan sahaja berpeluang melihat kesan kerja-kerja penggalian yang pernah dijalankan secara besar-besaran di pulau berkenaan suatu masa dahulu, malahan dibawa menyelami segala yang tersurat dan tersirat di sebalik Pulau Nangka. 


Pakej eksplorasi 2 hari 1 malam ini memang menarik dan sangat sesuai bagi mereka yang berminat dengan aktiviti lasak dan penuh cabaran. Pulau yang tidak berpenghuni ini tidak disajikan dengan sebarang infrastruktur, menjadikan eksplorasi ini penuh bermakna. Tanpa kemudahan air dan elektrik, anda berpeluang merasai kehidupan silam yang bakal memberikan anda seribu kenangan.

Tidak perlu berfikir tentang makanan kerana segala keperluan makan dan minum akan disediakan KSK PERZIM. Malahan tempat penginapan berbentuk khemah yang disediakan mereka juga akan menjadikan eksplorasi ini begitu bermakna dan pastinya bakal menguji sejauh mana keberanian anda!

Berminat untuk mengetahui lebih lanjut? Hubungi sahaja mereka dan sediakan diri anda untuk menghadapi ekplorasi ini pada 24 - 25 September 2016. Atau sekiranya anda berkumpulan anda boleh sahaja menetapkan tarikh yang anda sendiri pilih, selainnya mereka akan mengaturkan untuk anda...