Klik untuk kembali ke Halaman Utama

15 October 2012

Penguatkuasaan Sistem AES : Siapa yang menjadi MANGSA sebenarnya?


Hati-hati memandu dan sentiasa patuhi undang-undang! Rakyat Malaysia kini berhadapan dengan penguatkuasaan yang lebih tegas apabila AES (Automated Enforcement System) mula dikuatkuasakan. 

Baguslah kalau kerajaan cuba mendidik rakyat melalui penguatkuasaan yang lebih tegas. Untuk senarai penuh seluruh Malaysia lokasi AES di persimpangan lampu isyarat sila klik (akarimomar.files.wordpress.com) manakala bagi pemasanagan AES bagi mengesan kelajuan pula sila klik (akarimomar.files.wordpress.com). 

Mengikut maklumat terkini Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sebanyak 831 lokasi telah pun dipasang dengan sistem ini yang tentunya akan memudahkan tugasan pengawasan dan pemantauan mereka kelak. AES berfungsi merekod dan merakam imej sebelum kenderaan yang didapati melanggar kesalahan akan dihantar secara automatik ke pusat kawalan AES dan pengkalan data JPJ sebelum saman dikeluarkan kepada pemilik kenderaan. 

Yang tidak sedap kita dengar adalah sistem ini dikendalikan menerusi dua syarikat konsesi yang bertanggungjawab menanggung kos pemasangan sistem ini manakala perolehan akan dikutip menerusi saman kepada pengguna yang melakukan kesalahan. Peliknya mengapa tidak JPJ atau Polis sahaja yang mengendalikannya bagi menjamin KETELUSAN dengan kos pemasangan ditanggung oleh kerajaan. Mengapa perlu diberi ruang dan peluang kepada syarikat konsesi iaitu ATES SDN. BHD. dan juga BETAP TEGA SDN. BHD. yang tentunya akan menggunakan peluang ini sebaik mungkin untuk mengaut keuntungan kelak. Dijangkakan juga mereka ini mampu mengaut keuntungan sekitar RM 700 juta setahun!


Satu hari nanti kita akan melihat senarai pemandu serta kenderaan yang disenarai hitamkan malahan kes-kes mahkamah sehinggalah waran tangkap yang akan dikenakan kepada mereka yang masih gagal menjelaskan saman nanti. Maka akan terlihatlah kelak rakyat Malaysia digari tangannya. Secara simboliknya juga kita terpaksa membayar saman kepada dua syarikat konsesi ini dan bukannya kepada Kerajaan Malaysia. Begitulah juga halnya dengan Indah Water Konsortium (IWK) yang kini sedang menuntut hutang bernilau jutaan ringgit akibat ramai yang enggan menjelaskan bayaran. Namun dalam kes AES ini sangat berbeza kerana kita tetap akan membayar kerana tidak mahu berdepan dengan pelbagai masalah pembaharuan lesen dan cukai jalan kelak. 

Bagaimana kerajaan boleh melepaskan tanggungjawab ini kepada syarikat konsesi? Adalah lebih wajar kerajaan Malaysia membatalkan sahaja kontrak ini dan menguruskan AES ini menerusi agensinya seperti JPJ dan Polis. Didiklah kami menerusi penguatkuasaan seperti ini tapi janganlah memberi peluang kepada orang lain untuk mengaut keuntungan!

Terguris hati melihat betapa ramai pesalah trafik digari tangannya beberapa tahun lalu sedang dalam masa yang sama sejumlah 624,716 saman kesalahan trafik melibatkan rakyat Singapura gagal dituntut semenjak 2000. Fikir secara mendalam sebelum melaksanakan sesuatu... jangan biarkan rakyat Malaysia terus-terusan dijadikan bahan kajian!