Klik untuk kembali ke Halaman Utama

31 March 2012

Jejai sambut hari jadi dengan FASHA SANDHA




* sumber gambar dari Dauspozi.Com. dan zonartis.com




Tahniah buat Fasha Sandha yang kembali berpeluang meraikan hari jadi Jejai bersama... semoga pasangan ini akan kekal sehinggalah bergelar suami isteri kelak. Maklumlah hubungan antara dua watak popular ini sering saja panas dengan gossip.

Kepada pembaca yang sentiasa inginkan berita terkini mengenai Fasha Sandha bolehlah melihat sendiri betapa kemesraan dan keakraban mereka berdua... cuma pesanan kami janganlah dibelek sangat botol apakah yang dihidangkan atas meja tu. Anggaplah saja air botol jenama LONG CHAN yang agak popular di Melaka

MELAYU akan gagah di Nusantara...

Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya raya
tergadai seluruh harta benda
akibat sengketa sesamalah kita
cinta lenyap di akhir zaman

indahnya bumi kita ini
warisan berkurun lamanya
hasil mengalir ke tangan yang lain
pribumi merintih sendiri

masa depan sungguh kelam
kan lenyap peristiwa semalam
tertutuplah hati terkunci mati
maruah peribadi dah hilang

kini kita cuma tinggal kuasa
yang akan menentukan bangsa
bersatulah hati... bersama berbakti
pulih kembali harga diri

kita sudah tiada masa 
majulah dengan maha perkasa
janganlah terlalai... teruskan usaha
Melayukan gagah di Nusantara... 
Melayukan gagah di Nusantara...  
Melayukan gagah di Nusantara...  

26 March 2012

Alhamdulillah... telah selesai!

 

 
Alhamdulillah...

Setelah sekian lama berusaha membebaskan Wadah Panglima dari gangguan teknikal yang tiba-tiba muncul.  Disebabkan masalah ini juga kami gagal menyiarkan sebarang hebahan menerusi blog ini, yang hanya muncul hanyalah tajuknya sahaja tanpa sebarang isi.
Kini segalanya telah selesai. Terima kasih kepada beberapa kenalan yang banyak memberi panduan dan tunjuk ajar sehingga membolehkan kami muncul seperti biasa. 

Kepada semua para pembaca kami memohon maaf atas segala kesulitan akibat dari gangguan ini. Banyak pertanyaan yang disuarakan terutamanya dari teman-teman Facebook juga menerusi email... sesungguhnya kalian merupakan inspirasi untuk kami terus berwadah.
Terima Kasih TEMAN...

celaka atas AMERIKA


-

Menurut jurugambar tentera AS, Ronald L. Haeberle yang mengikuti misi tentera AS menghapuskan anggota Vietcong di Kampung My Lai, Vietnam, wanita dan kanak-kanak yang terpancar di wajah mereka rasa takut yang teramat sangat ini ditembak mati tanpa perikemanusiaan sejurus gambar tersebut dirakam. Tembakan bertubi-tubi itu membunuh kesemua wanita dan kanak-kanak yang tidak berdaya itu.

Itulah antara kekejaman tentera AS yang sebelum ini cuba ditutup, namun terbongkar dan dikecam oleh pelbagai pihak di seluruh dunia. Dalam peristiwa pembunuhan beramai-ramai itu, dianggarkan lebih 500 penduduk kampung yang kebanyakannya orang tua, wanita, kanak-kanak, dan bayi dibunuh dengan kejam oleh tentera AS daripada Kompeni Charlie Batalion Pertama Regimen Infantri Ke-20 dan Briged ke-11 tentera AS.

Menurut saksi kejadian, ada penduduk kampung yang didera secara seksual dan dicederakan dengan senjata tajam sebelum ditembak mati. Wanita, kanak-kanak, dan orang tua yang tinggal nyawa-nyawa ikan ditembak berkali-kali bagi memastikan mereka benar-benar mati. Mayat-mayat penduduk kemudiannya dibakar untuk melupuskan bukti kekejaman tentera AS.

Menurut Wiki, pada malam sebelum serangan itu, Kapten Ernest Medina memberitahu pasukannya bahawa penduduk Kampung My Lai akan meninggalkan rumah untuk ke pasar pada pukul 7:00 pagi. Mana-mana penduduk yang masih tinggal di rumah adalah ahli Vietcong atau orang yang bersimpati kepada Vietcong. Ketika sesi taklimat itu, ada yang bertanya sama ada perintah itu termasuk membunuh wanita dan kanak-kanak. Mereka yang hadir kemudian memberikan pengakuan yang berbeza-beza tentang respons Medina.Biar apa pun lebih 500 penduduk yang tidak berdosa mati dibunuh tentera AS yang diketuai oleh Leftenan William Calley pada pagi 16 Mac 1968.

Setelah menerima kecaman yang hebat dari serata dunia, AS mengambil keputusan untuk menyiasat kes ini. Hasilnya, 26 orang tentera AS disiasat atas kesalahan jenayah yang dilakukan oleh mereka di My Lai. Namun hanya Leftenan William Calley, ketua platun dalam Kompeni Charlie, telah disabitkan bersalah. Dia yang didapati bersalah membunuh 22 penduduk kampung telah dikenakan hukuman penjara seumur hidup. Yang amat mengejutkan apabila hukuman tersebut telah diringankan dan ketua pasukan pembunuh ini hanya menjalani tahanan rumah selama 3 tahun setengah. Puluhan askar dan pegawai tertinggi yang turut terlibat tidak dikenakan sebarang tindakan undang-undang. - DCM

Lebih 40 tahun selepas pembunuhan kejam di My Lai, William Calley yang telah disabitkan bersalah kerana peranannya dalam pembunuhan itu telah memohon maaf secara terbuka. Semasa memperkatakan kejadian itu, selain memohon maaf dan menyatakan rasa kesalnya, Calley mendakwa tindakannya pada waktu itu berdasarkan arahan yang telah diberikan kepadanya. 



Gambar: Ronald L. Haeberle
* sumber : rizuwankini.blogspot.com

Inilah yang akan terjadi apabila malapetaka melanda ke atas manusia. Mereka yang lemah akan terus tertindas oleh mereka yang berkuasa. Celaka lah kepada mereka yang hanya mementingkan diri mereka tanpa mengira batas kemanusiaan.

Amerika... pendokong utama Yahudi sememangnya merupakan musuh kita yang nyata. Kezaliman mereka sengaja disembunyikan bagi menampakkan imej mereka sebagai pejuang untuk umat manusia sedangkan mereka sebenarnya merupakan musuh Islam yang nyata!

Celaka lah kamu wahai Amerika... Semuga azab ALLAH ditimpakan ke atas kamu