Klik...Sokongan Anda Amat diperlukan

klik untuk bersama kami

Search This Blog

KLIK follow untuk Sahabat Setia

Klik untuk kembali ke Halaman Utama

27 April 2012

Wadah Panglima: (lawak) Alkisah Puteri Gunung Ledang

Wadah Panglima: (lawak) Alkisah Puteri Gunung Ledang: Facebook kini diiktiraf sebagai medium paling berpengaruh masa kini. Buktinya... hehehe... sekadar gurauan semasa rakyat Malaysia seda...

(lawak) Alkisah Puteri Gunung Ledang

Facebook kini diiktiraf sebagai medium paling berpengaruh masa kini. Buktinya...


hehehe... sekadar gurauan semasa rakyat Malaysia sedang berdepan dengan pelbagai isu... apapun tahniah Mark Zuckerberg atas kejayaan menghidupkan halaman Facebook...  






Wadah Panglima No komen, hehehe
2 minute ago ' Comment ' Like










* gambar dipetik dari gambarizyan.com

20 April 2012

RAHSIA wang kertas TERBONGKAR lagi...!

Catatan ini diambil dari akalemosi.com... tahniah diucapkan kepada mereka yang berjaya membongkar rahsia yang amat jarang diketahui umum. 

Sebelum ni korang mesti guna je wang kertas malaysia tapi tak tahu rahsia wang malaysia ini kan? Hari ini AVE akan bocorkan! Eksklusif hanya daripada AVE!

Mula-mula korang ambil wang kertas Malaysia.Tak kisah, RM1,RM2, RM5, semua boleh.Sila ambil duit sekarang.Kalau tak, rahsia ni takkan menjadi.
Ok,dah amik, lepas tu korang lipatkan 3 seperti garis kat bawah ni.2 mengenai anak mata, 1 lagi tepat kena kat tengah mulut dia....
Dah nak nampak dah...Nampak dah....Ok, sekarang tengok macam kat bawah....
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.



Senyum sokmo! 

Gelaklah, aku starlight nanti! 

Memang kreatif mereka ini... bukanlah rahsia sangat pun cuma sekadar hiburan ringan sebelum solat Jumaat. Selamat beramal

19 April 2012

MELAYU tertipu dengan PERIBAHASA sendiri...

"HARAPKAN PAGAR... PAGAR MAKAN PADI" - inilah peribahasa yang kita sedia maklum semenjak sekian lama. Bermula dari zaman persekolahan sehinggalah sekarang minda kita tertanam dengan ungkapan ini. Maksud disebalik peribahasa ini ialah seseorang yang kita harapkan berpaling atau melakukan khianat kepada kita.

Sememangnya indah peribahasa Melayu yang diperturunkan dari generasi ke generasi ini. Seharusnya warisan ini kita hayati dan pelihara selamanya... namun sejauh manakah kita memahami ungkapan peribahasa tersebut?
Apakah pernah kita menemui spesis yang dinamakan PAGAR ini yang memakan padi? Adakah ianya sejenis serangga ataupun reptilia yang sememangnya gemarkan padi. Kita mungkin membayangkan betapa sawah padi kita dipagari malangnya pagar kita merosakkan padi sendiri? Apakah kita pernah melihat sawah padi di kelilingi pagar di mana-mana tempat dalam negara kita?

Amat malang kita selama ini TERTIPU dan TERPEDAYA dengan peribahasa kita sendiri. Peribahasa yang sebenarnya adalah "HARAPKAN PEGAR... PEGAR MAKAN PADI"!  

Pusat Rujukan Persuratan Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka mentakrifkan PEGAR ialah sejenis burung ataupun burung tatera atau nama saintifiknya Lophura Ignita. Kita mengenalinya sebagai Ayam Pegar.

Jadi selama ini kita terpedaya! Kesilapan terjadi adalah disebabkan kesilapan mentafsir ejaan Jawi kepada Rumi suatu masa dulu. Beginilah besarnya malapetaka yang melanda masyarakat apabila kesilapan mentafsir yang mungkin dilakukan oleh sekelompok profesional suatu ketika dahulu diterima pakai oleh masyarakat. Hasilnya keseluruhan generasi kita tertipu dan menerima pakai pandangan pakar. Kesilapan yang dilakukan oleh mereka ini adalah kesilapan besar yang tidak boleh dimaafkan. Kita perlu ingat, kita menerima pandangan pakar sebagai rujukan sebelum kajian dilaksanakan bagi menentukan kesahihan. Janganlah kerana seorang tokoh sejarah terkenal yang disegani di negara ini mengatakan Hang Tuah itu tidak wujud dan hanya sebahagian dari mitos, maka kita pun menerima pakai pandangan dangkal tersebut. Kalau lah Hang Tuah tidak wujud, bagaimanakah nama Hang Tuah begitu gah dan dikenali seluruh Nusantara dari Sulawesi sehinggalah ke Tanah Jawa.

Satu yang harus kita kagumi ialah kebijaksaan bangsa Melayu yang menggunakan Ayam Pegar sebagai kawalan biologi bagi menghalang serangga menyerang tanaman padi. Ingatlah... sebenarnya bangsa Melayu amat bijaksana serta merupakan sebuah bangsa yang mempunyai daya intelektual yang tinggi!     

11 April 2012

Amaran TSUNAMI ke atas 28 negara termasuk Malaysia...



Pusat Amaran Tsunami Pasifik (PTWC) mengesahkan gempa bumi kuat di utara Aceh petang tadi telah mencetuskan tsunami dan gelombang tsunami sudah mula bergerak ke arah pantai Aceh tetapi impaknya masih belum jelas. Sehubungan itu, agensi tersebut telah menasihatkan pihak berkuasa negara-negara di rantau Lautan Hindi supaya mengambil tindakan sewajarnya.

Kawasan Aceh seringkali dilanda gempa bumi. Gegaran paling buruk, yang berlaku pada Disember 2004, telah meragut 170,000 nyawa di Aceh. Seorang pegawai dipetik Reuters berkata, dua jam selepas gempa bumi pada ukuran 8.7 melanda barat laut Aceh, tsunami 17 sentimeter (6.7 inci) sudah mula dikesan dan sedang menuju ke arah pantai Aceh. Ukuran awal yang dimaklumkan kepada media adalah 8.9.

"Gempa bumi pada skala ini ada potensi untuk menjana tsunami yang boleh membawa kerosakan teruk, menyebabkan kemusnahan di kawasan-kawasan pantai di rantau Lautan Hindi," kata PTWC.

PTWC mengeluarkan amaran tsunami kepada 28 negara kesemuanya - Indonesia, India, Sri Lanka, Australia, Myanmar, Thailand, Maldives, Britain, Malaysia, Mauritius, Syechelles, Pakistan, Somalia, Oman, Madagascar, Iran, UAE, Yemen, Bangladesh, Tanzania, Mozambique, Kenya, Afrika Selatan dan Singapura.

Gegaran susulan pada ukuran 6.5 juga dirasai tetapi Presiden Indonesia berkata tiada laporan kerosakan atau kematian di Aceh setakat ini. Malah menurut beliau, tiada bahaya tsunami ekoran gempa bumi hari ini.

Pegawai-pegawai Thailand juga mengeluarkan amaran berpindah di kawasan-kawasan tumpuan pelancong di Phuket dan Phangnga serta di beberapa wilayah di sepanjang pantai. Pihak berkuasa India juga meletakkan amaran di peringkat merah bagi kepulauan Andaman dan Nicobar, dan amaran peringkat rendah di Andhra Pradesh dan Tamil Nadu. Ia antara kawasan dilanda tsunami pada Disember 2004.

Malaysia dan Sri Lanka juga telah meminta penduduknya agar mengelak kawasan pantai. Penduduk di Aceh memberitahu gegaran dirasai untuk tempoh yang lama.

"Ia bermula dengan gegaran kecil dan kemudian menjadi kuat," demikian menurut seorang korespoden AFP. Gegaran dirasai kira-kira lima minit.

Gempa bumi 8.7 hari ini tercetus di kawasan yang sama tragedi 26 Disember 2004. Gempa bumi lapan tahun lalu dianggarkan berukuran 9.1. Laporan Bernama menyebut, Aceh digegarkan gempa bumi sekuat 8.9 pada skala Richter dengan gegaran berpusat di 364 km ke barat daya daerah Simeulue menyebabkan pihak berkuasa mengeluarkan amaran tsunami kepada penduduk di kawasan pantai di beberapa provinsi di sekitarnya.

Gempa tektonik yang berlaku pada pukul 3.38 petang waktu tempatan itu serta gempa susulan 8.5 SR beberapa saat kemudian, dipercayai berpotensi menyebabkan tsunami di lima provinsi iaitu Aceh, Sumatera Utara, Sumatera Barat, Bengkulu dan Lampung. Pusat gempa itu ialah pada kedalaman 10 km di bawah permukaan laut.

Ketua Bidang Pelayanan Data dan Maklumat Badan Meteorologi Klimatologi dan Geofisika (BMKG) Indonesia Wilayah I Medan, Hendra Suwarta berkata gempa bumi itu berlangsung selama 15 saat. Belum ada laporan mengenai korban jiwa atau kerosakan harta benda.

Pemantauan pihak berkuasa mendapati gegaran dirasakan oleh penduduk di hampir semua wilayah Aceh serta beberapa daerah lain di luar provinsi itu termasuk Mandailing Natal dan Tapanuli Tengah di provinsi Sumatera Utara.

Terdapat banyak gambar-gambar yang tersiar di halaman facebook yang mendakwa berlaku perubahan air laut yang surut di Phuket, Thailand, Batu Feringgi, Pulau Pinang serta Port Dickson, Negeri Sembilan namun pihak berkuasa mengesahkan belum terdapat tanda-tanda sedemikian. Walaubagaimanapun orang ramai telah pun diarah menjauhi pantai sebagai langkah berjaga-jaga.

Kita sedar tanggungjawab kerajaan yang tidak mahu berlaku keadaan panik di kalangan orang ramai namun seharusnya orang ramai perlu dan berhak dimaklumkan dengan sebarang peristiwa semasa tanpa perlu ada fakta yang disembunyikan!

Semoga malapetaka 2004 tidak kembali berulang... 
Port Dickson...?

Batu Feringgi...?

Phuket...?

8.9 Ritcher GEGAR Acheh... Amaran Tsunami!

Aceh dilanda gempa bumi lagi... Tiba-tiba rasa sebak menyelubungi diri sekali lagi. apakah bencana yang sama ketika Tsunami pada 2004 akan berulang kembali.

Melihat ke dalam mata anak watan Aceh ketika kunjungan pada 2010 yang lalu jelas menggambarkan betapa hebat dugaan yang telah mereka tempuhi. Jelas terlihat betapa mereka menanggung penderitaan yang cukup hebat walaupun peristiwa berkenaan telah lama berlalu. Apakah mereka mampu mengharungi sekali lagi dugaan yang cukup besar?

26 Disember 2004 Aceh dilanda gempa bumi dengan skala 8.7 Ritcher sehingga mewujudkan tsunami yang menghancurkannya. Hari ini 11 April 2012 Aceh sekali lagi dilanda gempa bumi malah lebih kuat dengan skala 8.9 Ritcher manakala amaran tsunami telah dikeluarkan di semua kawasan berisiko termasuk di Thailand, India dan utara Malaysia.

Ya Allah... kurniakanlah kekuatan kepada saudara kami di Aceh. Hindarkanlah mereka dari segala bahaya dan bencana... berilah mereka kekuatan mengharungi dugaan dan ujian mu ini 

amaran tsunami

05 April 2012

RAHSIA BESAR ketika membeli HP

 
Untuk mengetahui status keaslian buatan telefon bimbit anda

► sila taip *#06#

► akan keluar IMEI [International Mobile Equipment Identity]
► semak nombor IMEI telefon anda di kedudukan 7 dan 8

… Contoh : 358671017470473

… Kedudukan ke 7 dan 8 ialah 01

02 atau 20 : dari China = KUALITI RENDAH

08 atau 80: dari Germany = KUALITI SEDERHANA

01 atau 10: dari Finland = TERBAIK

00 atau 03 atau 04: dari kilang asal = SANGAT TERBAIK

13 : dari Azerbaijan = SANGAT KURANG KUALITI & MERBAHAYA

 

Cuba semak IMEI handphone anda sekarang!! 

* info dari AwangLilin.blogspot

01 April 2012

KAABAH - kehebatan yang menakjubkan!

 
Mekah merupakan tanah suci bagi umat Islam di mana berdirinya sebuah struktur hebat iaitu Kaabah yang menjadi tidak, lambang dan panduan qiblat untuk semua umat Islam di seluruh dunia. Berikut adalah 15 perkara tentang Kaabah dari sudut sains yang tidak diketahui ramai.

1. Mekah adalah kawasan yang mempunyai graviti paling stabil.

2. Tekanan gravitinya tinggi, dan di situlah berpusatnya bunyi-bunyian yang membina yang tidak boleh didengar oleh telinga.

3. Tekanan graviti yang tinggi memberi kesan langsung kepada sistem imun badan untuk bertindak sebagai pertahanan daripada segala serangan penyakit.

4. graviti tinggi = elektron ion negatif yang berkumpul di situ tinggi.

5. Apa yang diniatkan di hati adalah gema yang tidak boleh didengar tetapi boleh dikesan frekuensinya. Pengaruh elektron menyebabkan kekuatan dalaman kembali tinggi, penuh bersemangat untuk melakukan ibadat, tidak ada sifat putus asa, mahu terus hidup, penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah.

6. Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan Kaabah.

7. Malah teknologi satelit pun tidak boleh meneropong apa yang ada di dalam Kaabah. Frekuensi radio tidak mungkin dapat membaca apa-apa yang ada di dalam Kaabah kerana tekanan graviti yang tinggi.

8. Tempat yang paling tinggi tekanan gravitinya, mempunyai kandungan garam dan aliran anak sungai di bawah tanah yang banyak. Sebab itu lah jika bersembahyang di Masjidilharam walaupun di tempat yang terbuka tanpa bumbung masih terasa sejuk.

9. Kaabah bukan sekadar bangunan hitam empat persegi tetapi satu tempat yang ajaib kerana di situ pemusatan tenaga, graviti, zon magnetisme sifar dan tempat yang paling dirahmati.

10. Tidur dengan posisi menghadap Kaabah secara automatik otak tengah akan terangsang sangat aktif hingga tulang belakang dan menghasilkan sel darah.

11. Pergerakan mengelilingi Kaabah arah lawan jam memberikan tenaga hayat secara semula jadi daripada alam semesta. semua yang ada di alam ini bergerak mengikut lawan jam, Allah telah tentukan hukumnya begitu.

12. Peredaran darah atau apa saja di dalam tubuh manusia mengikut lawan jam. Justeru dengan mengelilingi Ka abah mengikut lawan jam, bermakna peredaran darah di dalam badan meningkat dan sudah tentunya akan menambahkan tenaga. Sebab itulah orang yang berada di Mekah sentiasa bertenaga, sihat dan panjang umur.

13. Manakala bilangan tujuh itu adalah simbolik kepada tidak terhingga banyaknya. Angka tujuh itu membawa maksud tidak terhad atau terlalu banyak. Dengan melakukan tujuh kali pusingan sebenarnya kita mendapat ibadat yang tidak terhad jumlahnya.

14. Larangan memakai topi, songkok atau menutup kepala kerana rambut dan bulu roma(lelaki) adalah ibarat antena untuk menerima gelombang yang baik yang dipancarkan terus dari Kaabah. Sebab itu lah selepas melakukan haji kita seperti dilahirkan semula sebagai manusia baru kerana segala yang buruk telah ditarik keluar dan digantikan dengan nur atau cahaya yang baru.

15. Selepas selesai semua itu baru lah bercukur atau tahalul. Tujuannya untuk melepaskan diri daripada pantang larang dalam ihram. Namun rahsia di sebaliknya adalah untuk membersihkan antena atau reseptor kita dari segala kekotoran supaya hanya gelombang yang baik saja akan diterima oleh tubuh.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...